Thursday, October 18, 2012

TOP DIRECTORS TRIP (8 - 16 OCT 2012) - PARIS, FRANCE

Salam semua.. bertemu kita lagi..

Alhamdulillah... saya baru sahaja pulang dari menghadiri Top Directors Trip di Paris, France bersama-sama dengan hubby. Bersama kami adalah 9 lagi Top Directors dari Malaysia.

Ini adalah gambar semasa di KLIA. Baru lepas check-in.

 
 
Kami sampai di sana seawal 6.40am. Cuaca di Paris agak sejuk, suhu di dalam lingkungan 16C.

 
Syukur dan gembira tidak terkata kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki ke tanah Paris yang sememangnya dikenali sebagai kota cinta dan kota fesyen. Di sepanjang perjalanan ke hotel, mata kami tak puas-puas menikmati pemandangan yang begitu cantik.
 
 
Kami check-in di The Westin Hotel, sebuah hotel mewah yang berada betul-betul di tengah-tengah kota Paris. Terujanya bila tengok bangunan-bangunan di sana yang sangat cantik dan tersusun indah. Setiap inci bangunannya penuh dengan kesenian.
 
Kami menikmati sarapan pagi di sebuah bilik yang sungguh indah dan mewah. Lihatlah sendiri..
 
 
Selesai sahaja sarapan, kami terus ke bilik masing-masing. Masuk bilik sahaja, kelihatan semua luggage kami telah tersusun dengan baik. Memang layanan yang diberikan kepada kami adalah first class. Tanpa membuang masa, kami terus bersiap dengan jaket masing-masing untuk keluar menikmati pemandangan dan keindahan di kota Paris.
 
 
 Di malam harinya pula, kami menghadiri Welcome Dinner di Winter Garden, Westin Paris Vendome Hotel bersama-sama dengan Top Directors dari Philiphines, Taiwan dan India. Selesai sahaja Dinner, kami bersiap sedia dengan jaket yang lebih tebal untuk menikmati suasana malam di Paris.
 
 
Keesokan harinya iaitu pada hari ke-2, kami dibawa melawat sekitar kota Paris dan juga penerangan yang diberikan oleh Tour Guide mengenai sejarah negara Perancis. Memang sangat menarik. Bangunannya memang memukau hati kami semua. En hubby tak putus-putus ambil gambar untuk setiap bangunan itu.
 
Kami berpeluang untuk bergambar di sini di mana bumbung bangunan ini disalut dengan emas. Memang hebat betullah.
 
Selepas itu, ke tempat yang kami nanti-nantikan iaitu Effiel Tower..
 
 
 
 
 
Betapa gembiranya kami dapat menikmati pemandangan dari Effiel Tower. Cantik kan?
 
 
 
Nanti saya upload lagi ya.. Line Internet sangat slow..
 

No comments:

Post a Comment