Monday, July 25, 2016

Mary Kay 2009 - 2015



Alhamdulillah.. hari ini saya berpeluang untuk berkongsi cerita saya bersama Seminar Mary Kay. Semoga cerita saya ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua untuk menjadi lebih hebat dan terbilang.. Aamiin

2009
Saya menyertai Mary Kay pada penghujung bulan Nov 2008. Dan Seminar pertama yang saya hadiri adalah pada tahun 2009. Memang teruja sangat nak menghadirkan diri sebab ianya adalah pertama kali. Perasaan ingin tahu apa yang ada di Seminar memang membuak-buak walaupun masih banyak perkara yang saya tak faham. Pada ketika itu, nak dress up macam mana pun masih keliru. Jadi, saya hanya mengenakan pakaian yang ada di dalam almari sahaja pada Seminar Awards Nite 2009.

Bila berada di sana, saya lihat ramai orang turun naik pentas, diberi penganugerahan cincin-cincin berlian. Mereka sangat cantik seperti Ratu. Bermula dari situ, ianya memberi satu suntikan semangat yang sangat tinggi dalam diri saya. Saya nekad di dalam hati. Saya tanam impian yang begitu dalam iaitu Seminar tahun hadapan saya tak nak duduk di bawah stage lagi. Saya pastikan saya akan berada di atas stage seperti mereka yang lain. Pada ketika itu, saya masih belum menjadi Sales Director di Mary Kay lagi.

2010
Tahun pertama saya menghadiri Seminar sebagai Sales Director. Alhamdulillah pada tahun 2010 impian saya telah tercapai buat pertama kalinya. Saya dapat berdiri dan berjalan di atas stage Seminar yang sangat gah untuk menerima cincin berlian saya sendiri. Dan pada tahun itu, saya berjaya memiliki 2 cincin berlian
- Court of Personal Sales
- Court of Sharing - 2nd Runner Up
Memang saya tidak pernah menduga akan mendapat kedudukan TOP 3 untuk kategori Court of Sharing.. Alhamdulillah.

2011
Pada tahun 2011 saya berjaya memiliki 3 cincin berlian dan dianugerahkan Triple Courts Achiever buat pertama kali.
- Triple Courts Achiever
- Court of Personal Sales
- Court of Sharing
- Court of Unit Production

2012
Pada tahun 2012 saya berjaya memiliki 3 cincin berlian dan dianugerahkan Triple Courts Achiever buat kali kedua dan saat yang paling manis apabila saya dinobatkan sebagai Queen of Sharing pada tahun itu. Alhamdulillah.
- Triple Courts Achiever
- Court of Personal Sales
- Court of Sharing - QUEEN
- Court of Unit Production

2013
Pada tahun 2013 saya berjaya memiliki 3 cincin berlian dan dianugerahkan Triple Courts Achiever buat kali ketiga. Dan sekali lagi saya mendapat kedudukan TOP 3 untuk kategori Court of Sharing. Alhamdulillah.
- Triple Courts Achiever
- Court of Personal Sales
- Court of Sharing - 2nd Runner Up
- Court of Unit Production

2014
Pada tahun 2014 saya berjaya memiliki 2 cincin berlian dan dianugerahkan Triple Courts Achiever buat kali keempat.
- Triple Courts Achiever
- Court of Personal Sales
- Court of Sharing
- Court of Unit Production

2015
Pada tahun 2015 saya berjaya memiliki 2 cincin berlian dan dianugerahkan Triple Courts Achiever buat kali kelima. Dan saya telah mendapat kedudukan TOP 3 untuk kategori Court of Personal Sales pula. Alhamdulillah.
- Triple Courts Achiever
- Court of Personal Sales - 2nd Runner Up
- Court of Sharing
- Court of Unit Production

Alhamdulillah.. 16 cincin berlian telah saya miliki semenjak dari tahun 2010-2015 dan 2 daripadanya telahpun saya hadiahkan kepada orang2 yang saya sayang.

InshaaAllah.. jika diizinkan Allah, pada tahun 2016 ini akan tercatat sejarah lagi dengan 3 cincin berlian dan Triple Courts Achiever buat kali keenam.

Syukur ke hadrat Illahi kerana ini semua adalah rezeki dariNya.
Terimakasih kepada semua yang telah menyokong saya selama ini. Saya sayang anda semua.

To all my Butterflies, jom kita sama-sama rasai aura Seminar yang hebat pada tahun ini. Kepada yang belum mendaftar, anda masih berpeluang untuk menghadirinya. Jangan lepaskan ya..

Kepada anda yang berada di luar sana, jom sertai kami. Sekiranya saya boleh, kenapa anda tidak. Segala-galanya bermula dari IMPIAN.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran anda semua ke famili Mary Kay saya. Hubungi saya ya..

Kak Rokie
019-3525405

Tuesday, May 24, 2016

Ingin Mengadakan Kelas / Bengkel Kecantikan di Tempat Anda?

Ya, saya menganjurkan Kelas / Bengkel Kecantikan secara personal / berkumpulan dan juga untuk Korporat (Untuk Syarikat, Kolej, University, Pertubuhan, Persatuan, Kelab2 dan sebagainya).

Antara Kelas/Bengkel Kecantikan yang saya anjurkan adalah seperti berikut:-

1. Kelas Penjagaan Kulit Wajah (Basic) - Demo & Praktikal
2. Kelas Penjagaan Kulit Wajah (Advanced) - Demo &Praktikal
3. Kelas Solekan Peribadi - Demo & Praktikal
4. Kelas Ketrampilan Diri & Imej (Seperti pemakaian hijab, pemilihan warna dan pakaian yang bersesuaian dan sebagainya) 
5. Kelas Khas seperti Body Care, Eye & Lips Care, Lipstick Party, Fragrance Party.

Kelas-kelas ini boleh diadakan secara personal (antara 2-4 orang) atau diadakan secara berkumpulan (10 - 20 orang). Boleh diadakan di tempat anda seperti di rumah, pejabat, kelab seperti persatuan, dewan dan sebagainya. Boleh juga diadakan di tempat saya (di Cheras / Petaling Jaya). Segala peralatan untuk kelas2 tersebut saya sediakan.

Sekiranya anda menjadi Hostess saya iaitu dengan menjemput min 2 orang rakan untuk menyertai kelas ini, anda akan mendapat HADIAH ISTIMEWA.


Kepada yang berada di area Lembah Klang, boleh hubungi saya untuk set temujanji bila-bila masa.
Kepada yang berada di luar area Lembah Klang, saya juga boleh turun ke tempat anda untuk mengadakan Kelas2 Kecantikan ini.

Untuk maklumat lanjut dan ingin mengadakan temujanji dan perbincangan, hubungi saya ya.

Kak Rokie (019-3525405)








Thursday, March 10, 2016

AREA RETREAT, LONE PINE PENANG, 4 - 6 MAR 2016

Saya ingin bercerita mengenai Area Retreat yang dihadiri oleh semua Sales Directors yang bernaung di bawah Pam Fortenberry-Slate Area. Ini adalah program tahunan yang dianjurkan apabila National kami iaitu SNSD Pam datang ke Malaysia. Tahun ini adalah tahun yang ke-5 saya menghadiri Area Retreat ini. Di sinilah tempat untuk kami menimba ilmu dan mendapat suntikan semangat di samping mengeratkan hubungi silaturrahim sesama Mary Kay sisters.

Seperti biasa, aturcara untuk hari pertama adalah Special Dinner dan tema pada kali ini adalah SUPERSTARS. Saya hanya menyarung baju yang pernah dipakai semasa menghadiri Seminar tahun 2014 dahulu. OK save budget.. hihi.. Jom layan gambar-gambar sekitar 3 hari di sana. Lone Pine Hotel yang bertaraf 5 bintang nih dan berkonsepkan colonial British nih memang sangat cantik. Kami ambil kesempatan untuk posing sakan. Enjoy the photos ya.

Ready for Dinner. Make-up sendiri aja

Our beloved SNSD Pam looks stunning with red

My Future Area Directors


Kami adalah Pink Car Achievers. Best dapat hadiah spek mata dari SNSD Pam.

Posing sana.. posing sinun.. 






Special education with Future ESSDs

Di dalam bilik Seminar. Ready untuk hari ke-3.


Swan Future Area Directors

With my Senior, NIQ Nafisah

With my beloved offsprings
 

With MK sisters

My beloved son, Nabil pun ikut mama

TQ papa yang sentiasa menemani

Seronok.. teruja.. bersemangat.. memang tak sabar untuk kembali lagi ke Lone Pine pada tahun hadapan. InshaaAllah.

Wednesday, March 9, 2016

HONG KONG TRIP, 21 - 24 FEB 2016

Assalam semua
Wahh.. lamanya saya tak update blog nih. Rindunya nak bercerita di sini. OK kali nih saya nak bercerita tentang trip ke Hong Kong yang sangat best nih. Baru-baru ini, seramai lebih 150 Perunding Kecantikan Mary Kay telah berjaya memenangi trip ke Hong Kong ini. Yang semestinya ditanggung 100% oleh Syarikat Mary Kay Cosmetics.


Bila tengok aja gambar Mickey Mouse nih, memang teruja sungguh nak ke sana. Lebih-lebih lagi, inilah pertama kali saya akan menjejakkan kaki ke Hong Kong. Kerana terlalu ramai sangat, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Saya berada di dalam Group A di mana semua Achievers yang beragama Islam di satukan di dalam group A. Ini untuk memudahkan pihak Travel Agency mengatur program untuk kami seperti mencari restoran yang halal, bersolat dan sebagainya. Memang bagus Mary Kay nih kan. Mereka sangat prihatin.

Baru sampai Hong Kong International Airport pada 21 Feb 2016. Selfie memang wajib la kan. Cuaca di sana memang agak sejuk dan berangin. 


Selepas itu, kami terus di bawa ke Masjid Kowloon untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Ini antara masjid yang tertua di Hong Kong.


Sempat juga saya snap beberapa foto di sekitar area masjid. Ada sekumpulan wanita Indonesia berkumpul di area belakang masjid. Saya sempat berbual dengan salah seorang dari mereka. Kebanyakan mereka bekerja sebagai 'bibik"dan setiap hari Ahad, mereka diberi cuti dan mereka akan berkumpul di sini untuk mendalami agama Islam dan belajar mengaji. Nak tahu tak berapa gaji mereka di sana? Dalam HK4000, hampir RM2K juga la duit kita. Memang tinggi kan tapi kos sara hidup di Hong Kong pun sangat tinggi juga.



Selepas itu, kami dibawa untuk check in ke Panda Hotel dan pada malamnya, kami semua berkumpul untuk menghadiri Buffet Dinner dan Conference. Ramai kan?



Keesokan harinya, 22 Feb 2016, kami memulakan our trip to explore Hong Kong. Selepas breakfast, kami semua bertolak ke Tung Chung untuk ke Ngong Ping 360 dengan menaiki cable car. Jom tengok gambar-gambar sekitar berada di sana.


Cantik sangat pemandangan di belakang tu kan. Cuaca memang sangat sejukkk..




Gambar-gambar di bawah adalah di Ngong Ping 360. Di sini ada sebuah restoran halal iaitu Ebeneezer's Kebab & Pizzeria. Memang sedap makanan di restoran nih, Makan nasi beriani kambing panas-panas di dalam cuaca yang sejuk memang marvelleous. Sorry,, terlupa nak snap gambar restoran tuh.



Bersama SD Rahman. Satu-satunya our gentleman yang mengikuti trip ini. Lelaki pun boleh buat bidang yang dipelopori oleh wanita nih kan? Memang sangat hebat
  

Selepas itu kami dibawa shopping ke Citygate Outlet Mall. Kepada yang suka branded items dengan harga yang murah, boleh shopping di sini. Saya sempat beli 2 T-Shirt Levis sahaja untuk anak dan papa nya.

Seterusnya ke Disneyland pula. Wah teruja. Jom kita tengok gambar-gambar di sana pula. Biar gambar sahaja berbicara.



  















Kami berada di Disneyland sampai ke malam sebab nak tunggu fireworks. Cantiknyer castle nih di waktu malam.

Keesokan harinya, 22 Feb 2016, kami bersiap sedia untuk Hong Kong City Tour and Shopping. Kami semua di bawa ke Islamic Center untuk menikmati sarapan pagi Dim Sum di Paramount Banquet Hall. Selepas itu, terus ke Masjid Ammar untuk menunaikan solat. Berikut ialah gambar-gambar di sekitar Islamic Center.





Seterusnya kami ke melawat ke Repulse Bay. Memang sakan berposing.









Berikut pula gambar di Aberdeen Fishing Village.







Selepas makan tengahari di Islamic Center Restaurant, kami semua dibawa untuk melawat Victoria Peak dan Madame Tussauds. Tapi saya sempat mengambil gambar di Victoria Peak sahaja kerana TOP 30 Achievers perlu kembali ke hotel untuk menghadiri Grand Finale Dream Beautiful Contest. Sementara yang lain-lain meneruskan aktiviti melawat Madame Tussauds iaitu muzium patung lilin dan shopping sakan di Ladies Market.












Dream Beautiful Contest adalah acara tahunan yang diadakan untuk mencari Face of Asean. Setiap negara Asia Pacific Region seperti China, Korea, Malaysia, Singapura, Filipina, Australia, Taiwan, Hong Kong diwakili oleh 3 peserta Dream Beautiful Contest. Jom layan lagi.






TOP 3 Winners bersama Perunding Kecantikan masing-masing. Tempat pertama dimenangi oleh Hong Kong, tempat kedua China dan tempat ketiga ialah Malaysia.. yeayy



Hari terakhir kami di Hong Kong, 24 Feb 2016, kami windows shopping di Canton Road, 1881 Heritage, duty free shop. Bila tengok outlet yang ada di sana, berpinar-pinar mata. Semua branded items. Memang heaven sangat la. Tak banyak gambar yang saya ambil di sana. Lepas tuh kami terus bertolak ke airport untuk balik ke Malaysia.. dah rindu sangat nak balik dah.. hihi



Alhamdulillah.. percutian yang sangat menyeronokkan bersama Mary Kay. Jom rasai pengalaman yang saya alami ini. Saya sangat sukakan kerjaya ini dan sememangnya Mary Kay kerjaya terbaik untuk semua wanita. Sekiranya anda ingin menyertai team saya, saya amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Saya akan guide anda untuk berjaya. InshaaAllah.

Kak Rokie
Mary Kay Independent Senior Sales Director
019-3525405