Monday, July 23, 2012

MARY KAY TELAH MENGUBAHKU..


Terlalu banyak perubahan yang berlaku selepas berkecimpung di dalam dunia Mary Kay ini. Selain daripada kehidupan yang semakin baik, penampilan juga semakin berubah, bertambah anggun dan kelihatan lebih muda dari usia (bercakap dengan penuh yakin nih.. hehe.. Alhamdulillah)

Gambar "Dulu" tu adalah semasa umur 37 tahun, sebelum mengenali Mary Kay. Memang tak pandai make-up, cuma tahu pakai bedak compact, eye liner dan lipstick sahaja. Tapi bergaya jugalah dengan tudung Ariani masa tuh. Kulit wajah tak berapa cantik, kusam, kering dan berjeragat dan masalah eye bag tuh mmg musuh utama saya sejak dahulu lagi. Mata saya sangat sensitif.. Dan pipi juga tak berapa tegang dah masa nih.. sesuailah dengan usia 37 tahun masa tuh..

Dan gambar "Sekarang", baru sahaja di ambil pada 15 Julai 2012.. Walaupun usia dah menjangkau 41 tahun, tapi kelihatan kulit semakin halus, licin dan tegang. Pipi pun semakin "cembung".. lalu menampakkan wajahku semakin muda...hehe..Gaya tudung pun dah berubah.. dari Ariani beralih arah pula ke tudung Fareeda Nyata Jelita.. bukan setakat dah pandai bersolek, malahan dah boleh anjurkan Make-Up Class..  mmg berbezanya saya Dulu dan Sekarang.. yang pasti, perubahan yang positif.. semakin berusia semakin nampak muda.. Alhamdulillah...

Pada saya, semua makhluk Allah tuh cantik.. yang penting, cara kita menjaganya.. kalau kita pandai menjaganya, eloklah dia.. samalah macam kita jaga harta kita yang lain.. Sekiranya anda semua inginkan perubahan yang baik seperti ini, bolehlah hubungi kak Rokie (019-3525405). Saya sedia berkongsi tips kecantikan ini dengan anda semua..