Saturday, November 20, 2010

APAKAH MARY KAY TELAH MENGUBAH SAYA? JOM BACA..

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua apakah perubahan ketara yang telah saya perolehi sejak mengenali Mary Kay...actually kalau nak cerita, banyakkkkk sangat.. tapi saya nak sentuh dari perubahan kulit wajah sahaja..

Nak tengok gambar saya sebelum mengenali Mary Kay? Gambar ni di ambil 2 tahun lepas.. actually segan jugak nak tunjuk gambar tak berapa nak cun nih..tapi sebab niat untuk berkongsi dengan anda semua, ku paparkanlah jua..
Masa ni umur 37 tahun... tak malu pun nak sorok umur sebab itulah kenyataannya...kulit yang sangat kering dan kusam, berjeragat.. nampak berumur kan? (sesuai la dengan usia)....eye bag yang sangat ketara tuh.. ish ish..

Yang ni pula gambar yang terbaru.. yang baru sahaja di ambil seminggu yang lepas..

Masa ni umur dah 39 tahun tau. Perubahan ketara, kulit nampak lebih firm, moist, nampak glowing dan bertenaga. Eye bag pun sudah hampir tidak kelihatan.

Terasa bersyukur sangat kerana mendapat kesedaran untuk mengambil berat tentang kulit wajah dan penampilan diri.. walaupun kesedaran tu datang pada umur 37 tahun tapi masih belum terlewatkan? Sampaikan anak saya, nabil (yang baru berusia 6 tahun) pun pandai komen tau...dia cakap "kulit mama lembut jek.."...dan yang paling seronok, bila hubby yang jarang2 sekali bagi pujian, tiba2 komen "kulit mama lembut, lagi lembut dari kulit nabil.." terpegun seketika... apa2pun, syukur sangat.. Alhamdulillah..segala kecantikan tu kan anugerah dari Allah...

Tujuan saya bercerita, bukan untuk membangga diri...tapi saya sangat ikhlas untuk berkongsi dengan anda semua...kalau boleh, saya inginkan semua wanita itu cantik...sememangnya semua wanita itu dilahirkan cantik... cuma terpulang pada kita untuk menjaga kecantikan itu...jangan biarkan ia pudar sebelum waktunya..Yang paling penting, dapatkan kulit yang sihat...klu kulit kita sihat, insyaAllah wajah kita pun sihat..

Nak tahu rahsia saya? Kalau penjagaan luaran, sudah tentulah dengan Mary Kay.. ada yang menganggap produk Mary Kay adalah mahal..pada mulanya dahulu, saya pun beranggapan yang sama...tapi setelah mengenali Mary Kay, barulah saya tahu, semua orang berkemampuan untuk memperolehinya dan ianya sangat berbaloi dengan hasil yang kita perolehi...Bak kata pepatah Inggeris "Good things, never comes cheap.." .. Tak kenal, maka tak cinta kan..

Kepada kawan2 semua... penatkan kita bekerja siang malam...peruntukkan sedikit untuk diri kita...diri kita juga perlukan belaian dan keistimewaan.. mungkin sekarang, husband cakap "i tak kisah yang..u tak cantik pun"...tapi dalam masa yang sama, terbeliak juga mata diorang kalau tengok wanita2 cantik lalu didepan mata (jangan marah ya guys....itu memang sikap lelaki normal..) Pernah terjadi kat kawan saya sendiri, bila husband dah jumpa wanita lain yang lebih cantik menawan, pandai pulak dia kata kat wife dia "u tengoklah diri u tuh, tak terurus..tak selera nak tengok"..ni kisah benar tau...mula2 dulu dia cakap tak kisah wife dia tak cantik...tapi bila dah jumpa perempuan lain, semua benda dia keluarkan..kalau boleh, tak naklah benda nih berlaku kat kita kan..nauzubillah..

OK lah saya stop kat sini dulu.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang rahsia penjagaan kulit dari saya, janganlah malu2 untuk hubungi saya ya...saya sedia membantu dan menjadi Perunding Kecantikan anda...


Belief, Trust & Luv
rok / rokie (019-3525405)
email: rk.nabil@gmail.com
http://beaute-butterfly-online.blogspot.com/

GO-CHINA SEMINAR @ HANGZHOU, CHINA 2010

Alhamdulillah...saya baru sahaja kembali dari menghadiri Project SuperStar Seminar 2010 di Hangzhou, China. Pengalaman selama 5 hari (10-14th Nov 2010) yang amat menarik dan membuatkan saya merasa amat teruja untuk kembali ke sana..

Orang-orang China begitu teruja dengan Mary Kay. Jadi tidak hairanlah dalam masa lebih kurang 15 tahun, negara China telah mempunyai lebih 50 orang National Sales Director dan melahirkan ramai jutawan Mary Kay. Mereka mempunyai semangat yang tinggi, "Enthusiastic" dan "Energetic". Walaupun kebanyakan daripada mereka berasal dari keluarga yang miskin dan susah, tetapi hasil dari semangat tinggi yang ada di dalam diri mereka, membuatkan mereka boleh berjaya dengan Mary Kay.

Sebahagian daripada Go-China Seminar Achievers





Monday, November 8, 2010

HONOR SOCIETY ACHIEVER

Alhamdulillah...satu lagi pencapaian di dalam Mary Kay...Pink Laptop from DELL... suka sangat kerana warna merah jambunya... lebih-lebih lagi ianya adalah PERCUMA...






Wednesday, September 29, 2010

MARY KAY SEMINAR 2010

Awards Nite adalah majlis yang amat gilang-gemilang dan berprestij. Ianya adalah majlis penganugerahan "Diamond Rings" kepada semua Achievers.


Team Beaute' Butterfly yang cantik, anggun dan glam. They are gorgeous!!

Royal Reception with my loving hubby

Salah satu pencapaian saya pada malam itu adalah Court of Personal Sales. Hadiahnya adalah satu Diamond Ring.


Melambai2 dekat audience sebelum melangkah ke stage.




Antara barisan pemenang "Court of Personal Sales".


Lagi satu pencapaian adalah Court of Sharing dan saya menjadi Top 3. Satu pencapaian yang amat mengejutkan. Hadiah yang saya terima adalah 1 Diamond Ring dan Bumble Bee.


Masa ni tengah berdebar2 menunggu keputusan.

Saya menduduki tempat ketiga untuk Court of Sharing. Kesyukuran yang tidak terhingga kerana berada di tahap Top 3 adalah satu kejayaan yang amat besar bagi saya dan menguatkan lagi semangat saya untuk terus berusaha.

Bestnya...rasa macam pertandingan Miss Universe pulak..hehe


Ini adalah Diamond Rings dan Bumble Bee yang telah dianugerahkan kepada saya.



MARY KAY SEMINAR 2010


HARI PERTAMA - 24 SEPT 2010

Selesai sahaja Forternberry-Slate Awards Ceremony, kami semua bergegas ke Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur untuk menghadiri Project Superstar Seminar 2010 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula dari 24 - 25 September 2010.


Team Beaute' Butterfly dah bersedia untuk berseminar


Tu dia...berhimpit2 naik Pink Car untuk ke seminar..


Name tag yang dipakai sepanjang Seminar berserta dengan Recognitions


On-Stage Recognition for Go-China Seminar
Sekiranya tiada aral melintang, InsyaAllah saya akan ke Hangzhou, China untuk menghadiri seminar di sana pada 10 - 14 November 2010. Peluang ke Go-China Seminar ini adalah satu pencapaian di dalam Mary Kay and we did it!!!

AREA AWARDS NITE 2010

Forternberry-Slate Awards Ceremony baru sahaja berlangsung di Kota Damansara pada 24 September 2010 yang lalu. Our National Sales Director, Pam Forternberry telah datang ke Malaysia untuk meraikan Awards Ceremony ini bersama2 kami. Seronok sangat dapat jumpa beliau..
Team Beaute' Butterfly bersama NSD Pam

Pelbagai hadiah telah dianugerahkan kepada Top 3 Beauty Consultants yang telah berusaha dengan gigih selama setahun.

Antara hadiah2 untuk Top 3 Personal Sales dan Personal Recruits

2nd Runner Up (Sales) - TB Rozita Mohd Johari

Queen of Recruits - FSD Noraniza Mohtar

Dan ini pula adalah anugerah yang saya terima daripada NSD Pam.

Four Quarter Star Consultant

Rookie of the Year

#2 Director Court of Sales


Special Bracelet for Directors

Tuesday, July 20, 2010

"CATCH THE DREAM" EDUCATION IN DALLAS

Salam semua

Dah lama betul saya tak update gambar2 dekat blog nih...kesibukan yang teramat sangat selepas kembalinya dari Dallas...satu pengalaman yg sangat mahal dan tidak mungkin dapat dilupakan..

Kesyukuran yang dapat saya panjatkan kerana dapat menggapai impian ke sana...Antara gambar2 yang sempat saya ambil semasa di sana..


Name tag yang dipakai sepanjang program

8 Achievers (1 Malay, 7 Chinese)..tapi diorang ni semua sporting habis...


Posing kejap selepas breakfast di I-Hop..

Monday, July 19, 2010

Bersama peserta dari negara lain...sori, tak ingat dari negara mana....


Yang ni bersama Korean. Sesekali rasa macam selebriti pula sebab diorang berebut2 nak ambil gambar. Maklumlah, dari 200 lebih peserta, saya seorang sahaja Muslim iaitu bertudung dan pakai skirt labuh...mungkin diorang rasa pelik sikit kot...


Yang ni gambar di dalam bilik mendiang Mary Kay Ash...cantik sangat biliknya...sempat berposing dalam tuh..

Yang ni dekat museum dalam Mary Kay HQ. Teruja sangat bila masuk dalam tuh...Sempat berposing dalam Pink Bath Tub..
Yang ni pula gambar bersama my roommate, Ivy..di depan Mary Kay factory..
Sekitar gambar di dalam factory..
Yang ni di South Fork Ranch di cowboy village....best sgt...!!
Posing ala2 Charlie Angels konon...hihi

Thursday, April 22, 2010

CAREER CONFERENCE 2010

Project Star Power Career Conference baru sahaja berlangsung di Nikko Hotel pada 10 April 2010. Majlis yang gilang gemilang ini dihadiri oleh hampir 700 Mary Kay Beauty Consultants dari seluruh Malaysia dan Singapura. Disinilah tempatnya di mana kami dapat menceduk ilmu dari salah seorang jutawan Mary Kay iaitu Independent Elite Executive Senior Sales Director Grace Kao Sheng Fen dari Taiwan. Beliau telah berkongsi pengalaman dan perjalanannya dalam syarikat Mary Kay yang mana telah mengubah kehidupan beliau daripada seorang suri rumahtangga yang biasa sehingga memperoleh jutaan dollar sebagai komisen dan juga pencapaian 5 Pink Career Cars.
Selain daripada itu, kami juga mendapat penganugerahan ON-STAGE di atas setiap usaha yang telah kami lakukan di dalam membantu wanita-wanita lain untuk memperkayakan kehidupan mereka. Pada Career Confrence 2009, saya hanya dapat melihat mereka yang berjaya naik turun stage. Dari situ juga, timbulnya suntikan semangat yang tinggi untuk saya berusaha dan berazam untuk mencapai impian seperti mereka yang berjaya. Dan Alhamdulillah, setahun berlalu, pada Career Conference tahun ini saya mendapat banyak penganugerahan. Walaupun lenguh juga kaki naik turun stage, tapi kegembiraan apabila diiktiraf di atas setiap usaha kita memang sesuatu yang teramat istimewa buat saya. Menjadikan saya lebih bersemangat untuk berusaha.
Antara anugerah yang telah saya capai semasa Career Conference 2010.


NEW SALES DIRECTOR DEBUT
(Saya berdiri di kedudukan kedua dari kiri)

FABULOUS 50 & NEW DIRECTOR RALLY
CATCH THE DREAM - DALLAS 2010Saya rasakan ini adalah pencapaian yang paling berharga dan mahal buat diri saya pada hari itu. Saya merasa sebak dan pada masa yang sama terlalu gembira dengan pencapaian ini. Tidak pernah saya terfikir sebelum ini akan berjalan jauh sehingga ke US tapi Mary Kay telah merealisasi impian saya. Terima kasih Mary Kay.... Luv u soooo much...



EMERALD STAR CONSULTANTS FOR QUARTER 2 AND QUARTER 3
SPECIAL LUNCHEON
ON-TRACK GO CHINA SEMINAR
ON-TRACK SALES FIRECTOR - COURT OF PERSONAL SALES

Thursday, April 1, 2010

MINI GUEST EVENT @ MARY KAY OFFICE, PJ @ 18 APRIL 2010

This week kita akan mengadakan Mini Guest Event...antara aktiviti yg akan diadakan

1) Facial session (Utk yg ingin mencuba produk Mary Kay ie Body Care, Skin Care, Lip Care, Eye Care dan Cosmetic range). Juga akan diajar teknik2 penjagaan kulit wajah.
2) MK Career Path (Business opportunity utk org yg minat biz)
3) Lucky draws


Date: 18 April 2010
Time: 10.00am - 3pm
Venue: Mary Kay Office, Jaya 33, Sec 13, Petaling Jaya

Kemasukan PERCUMA aja.

Our main objective is for sharing with other women and enrich their lives too.

Kalau ada yg nak join, call rokie 019-3525405 atau email: rk.nabil@gmail.com untuk reservation ya.

Sunday, March 7, 2010

BERMINAT NAK CUBA PRODUK MARY KAY?

Utk yg berada di Melaka..

Skin Care & Make-Up Session


Tarikh: Sabtu, 20 March 2010
Masa: 2.30pm
Tempat: Malim Jaya, Melaka

Aktiviti:
1) Body Care, Lip & Eye Care
2) Facial Session
3) Make-up Session
4) Beauty Consultation
5) Peluang untuk membina kerjaya di dalam Mary Kay


Sekiranya anda ingin menghadiri Skin Care Class di atas, sila email/call my hp utk appmt.

HP No: 019-3525405
Email: rk.nabil@gmail.com


Saturday, February 20, 2010

SHARING IS CARING

Idam nak cantik jadi gila

Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2010/08/15

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
•Kintop
•Body Beaus
•BMI-9 Xylimming Capsule
•Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
•Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
•Obexlim
•Slimax Coffee
•Beaute Fit Body Contour
•Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
•357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
•Makjun Taufiq Dua Istimewa
•Majun Dua Istimewa
•Ginseng Jin Fui Wan
•Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
•Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
•Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
•Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
•Makjun Syafiq 3 Istimewa
•Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
•Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
•Eriesya Spa Beauty Cream
•Atika Beauty Renewal Cream
•Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
•Ratna Sari Whitening Night Cream
•Tia Amelia Krim Jeragat
•Chantique Whitening Night Cream
•RZAC White Pearl Cream
•Nuriz Day and Night Cream
•Elite Rias Er Cream
•R&Z Whitening Night Cream
•Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
•Pigmentation Recovery Complex
•Zara Rejuvenation Cream
•Natasya Krim Herba Gold
•De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine:
•Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine:
•Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
•Qian Tong Dan
•Raja Ubat Resdung
•Coral Plus UA 350MG

Wednesday, January 27, 2010

GUEST EVENT

(Skin Care & Make-Up Session)

Tarikh: Ahad, 7 March 2010

Masa: 10.00am - 1.00pm.

Tempat: Mary Kay Office, Jaya 33, Section 13, Petaling Jaya

Bayaran: RM10/person (for food & lucky draws)


Aktiviti:
1) Body Care, Lip & Eye Care
2) Facial Session
3) Make-up Session
4) Beauty Consultation
5) Peluang untuk membina kerjaya di dalam Mary Kay

Sekiranya anda ingin menghadiri Skin Care Class di atas, sila email/call my hp utk appmt.

HP No: 019-3525405
Email: rk.nabil@gmail.com




Tuesday, January 26, 2010

WAJAH TERBARU SAYA

GAMBAR INI BARU SAHAJA DI AMBIL 3 HARI LEPAS (23/1/10)
Selepas 1 tahun 2 bulan pemakaian produk Mary Kay...


Nak tahu rahsianya?


Sudah tentu set MelaCEP Whitening System.

Basic Set (Daily Use)
MelaCEP Foaming Cleanser.
MelaCEP Freshener
MelaCEP Mask (Once a week)
MelaCEP Day Moisturiser SPF15
MelaCEP Night Cream

Supplements?
MelaCEP Essence (Daily)
Microdermabrasion Step 1 & 2 (Once a week)
TimeWise Replenishing Serum+C (Every 3 months)

Sunday, January 24, 2010

TESTIMONIAL TERKINI - MAS


Mas yg sy kenali di forum wmc, telah menghubungi sy melalui sms dan menyatakan minat untuk mencuba produk Mary Kay. Sy telah ke rumah beliau di Sri Serdang pada 28/09/09 dan menawarkan facial session secara percuma.

Masalah yg Mas hadapi adalah kulit yg agak kusam, tone yg tidak sekata, black head dan white head. Pada mulanya, agak sukar juga utk mendapatkan set yg sesuai utk Mas sbb kulit Mas yg tidak sekata dan berminyak di tempat2 tertentu sahaja. Sy telah customise set utk Mas dan akhirnya beliau berpuashati dgn set yg dicadangkan.

Berikut adalah gambar beliau sebelum mengenali Mary Kay

Wajah yg agak kusam dan kelihatan agak berumur.

Dan berikut adalah gambar terkini (perubahan selepas 4 bulan pemakaian)

Wajah Mas kelihatan amat berseri, lebih halus, tone yg lebih sekata dan sudah tentunya wajah kelihatan lebih muda.

Pada masa gambar ini diambil, Mas memakai sedikit Medium Coverage Foundation + Mineral Powder Foundation. Foundation Mary Kay adalah sgt ringan dan nmpk natural. Dgn sapuan sedikit shj, terserlah serinya.

Nak tahu set apa yg digunakan? Semestinya set miracle Anti-Ageing TimeWise.

TW 3-in-1 Cleanser (Normal to Dry)
TW Age-Fighting Moist (Combination to Oily)
TW Day Solution SPF25
TW Night Solution
F2 Mask

Sbg supplement tambahan, beliau telah memakai TimeWise Replenishing Serum+C. Sungguhpun Serum+C ini agak mahal sedikit, tetapi ianya amat berbaloi sekali di mana kesannya yg lebih cepat dan amat memuaskan.

Perubahan kulit wajah Mas telah dapat dilihat walaupun baru 4 bulan pemakaian.. Bayangkan sekiranya pemakaian diteruskan bertahun2...anda fikirkan sendiri... Yg penting, kulit haruslah sihat...sekiranya kulit cantik dan sihat, tidak perlu bermekap tebal pun, tetap akan kelihatan cantik...Harapan sy, agar dpt berkongsi dgn lebih ramai lg wanita2 di luar sana utk memiliki kulit yg cantik dan sihat..

Thanks Mas for sharing....

Tuesday, January 19, 2010

GUEST EVENT WITH OUR MILLIONNAIRE - SENIOR NSD

Nk tahu bagaimana seorg Beauty Consultant boleh menjadi MILLIONNAIRE? Come & join me to Kota Damansara tmrw, 20th Jan @ 7.30pm.....Guest Event with our Executive National Sales Director...


Date: 20th January 2010

Time: 7.30pm - 10.00pm

Venue: 28-3 Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway, Kota Damansara (Behind Kayu Nasi Kandar).


Senior National Sales Director, Pam Fortenberry Slate (2nd from left)