Sunday, June 14, 2015

SET PENJAGAAN SEMASA MENUNAIKAN IBADAH UMRAH

Assalam semua
Sebagai Perunding Kecantikan, sudah tentu saya perlu menjaga kulit wajah saya walau dimana sahaja berada. Dengan cuaca di Madinah hampir 50c, begitu juga di Mekah, tidak mungkin saya boleh ambil mudah tentang penjagaan kulit. Saya langsung tidak bermekap selama 2 minggu. Tetapi penjagaan kulit wajah saya titik beratkan. 

Saya berada selama 6 hari di Madinah. Masuk hari ke-2, bibir saya mula menggelupas dan sangat pedih. Alhamdulillah,,tidak sampai berdarah kerana setiap hari saya menyapunya dengan Mary Kay Satin Lips Lip Balm. Masuk hari ke-4 bibir saya dah pulih sepenuhnya.


Untuk penjagaan kulit wajah pula, walaupun saya pengguna set MelaCEP Whitening System, tapi apabila saya ke sana, saya hanya membawa set Botanical Effects Formula 1 untuk kulit kering, Untuk mengekalkan kulit saya terus hidrat, saya menggunakan Intense Moisturising Cream, TW Night Solution dan TW Moisturing Gel Mask yang disapu setiap malam. Untuk siang hari, saya menggunakan TW Day Solution SPF35 untuk memberi perlindungan kepada sinaran UV yang sangat terik.

Ni antara set penjagaan kulit wajah saya sepanjang berada di Madinah dan Mekah.




Selain daripada itu, saya menggunakan Creme-to-Powder untuk perlindungan kulit dari habuk dan kotoran, Sapuannya sangat ringkas dan mudah.



Untuk penjagaan tangan supaya tidak kering, saya hanya membawa Satin Hands Peach Cream.

Syukur.. kulit saya kekal hidrat walaupun di bawah cuaca yang sangat panas. TQ Mary Kay kerana produk yang memang terbaik.

Muka berkerut-kerut sebab cuaca yang memang panas terik

Sekiranya anda memerlukan perundingan dari saya, boleh hubungi saya pada bila-bila masa ya. Saya sedia membantu.

Rokie (019-3525405)


UMRAH 2015 (1 - 13 June)

Assalam semua
Alhamdulillah.. dah 2 minggu saya cuti berehat. Sebenarnya saya baru sahaja kembali dari mengerjakan Umrah bersama suami, ibu dan ibu mertua saya. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan berkat rezeki yang dikurniakan, kami dapat menunaikan Umrah sekali lagi pada tahun ini. Impian saya untuk membawa ibu saya juga dapat dilaksanakan pada tahun ini. Impian seterusnya, saya dan suami berazam untuk menunaikan ibadah Haji secepat mungkin. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aamiin.

Saya kongsi beberapa gambar saya di sana ya.


Gambar di KLIA semasa hendak berangkat ke Madinah.

Kerinduan untuk bersolat di Masjid Nabawi terubat.


Memasuki Raudhah. Rindu serindunya untuk bertemu Rasullullah saw.

Masjid Quba'. Masjid yang dibina dengan penuh ketaqwaan oleh Rasullullah saw dan para sahabat dengan tangan mereka sendiri. Bersolat di dalam masjid ini ibarat kita melaksanakan 1 ibadah Umrah. Subhanallah.

Gambar berlatarbelakangkan Bukit Uhud. Menangis saya bila dengar Mutowwif bercerita mengenai perjuangan Rasullullah bersama para sahabat semasa peperangan Uhud. 

Di bawa ke ladang kurma. Kami dihidangkan dengan teh panas. Kurma dari Madinah adalah kurma yang terbaik dan kurma Nabi atau kurma Ajwa adalah kurma yang paling saya suka.


Bersama sebahagian daripada Jemaah dari group kami. Ada seramai 36 orang.

Berlatarbelakangkan Jabal Thur. Tempat di mana Rasullullah bersembunyi selama beberapa hari dari pihak musuh sebelum behijrah ke Madinah.

Alhamdulillah.. dapat juga saya naik ke puncak tertinggi di Jabal Rahmah nih. Masa saya datang tahun 2013 dulu, tak dapat naik sebab masalah kesihatan. Syukur diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah ini. Di sinilah pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa. 


 Hati sebak menangis tatkala melihat keagunganMu ya Allah. Syukur.

Terlaksana akhirnya impian saya untuk membawa mak ke sini. Walaupun mak kurang sihat tapi semangat mak kuat. Syukur kerana saya diberikan kekuatan untuk menjaga mak.

Kami juga berpeluang untuk melawat Museum. Didalamnya tersimpan khazanah-khazanah dan tempat-tempat yang pernah dikunjungi oleh Rasullullah saw.

Gambar yang nih adalah model Masjidil Haram yang dijangka siap sebelum musim Haji pada tahun ini.






Terimakasih kerana meluangkan masa untuk membaca entri saya ini. Semoga perkongsian saya ini, serba sedikit dapat memberi manafaat kepada anda ya. Wassalam.