Sunday, June 14, 2015

UMRAH 2015 (1 - 13 June)

Assalam semua
Alhamdulillah.. dah 2 minggu saya cuti berehat. Sebenarnya saya baru sahaja kembali dari mengerjakan Umrah bersama suami, ibu dan ibu mertua saya. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan berkat rezeki yang dikurniakan, kami dapat menunaikan Umrah sekali lagi pada tahun ini. Impian saya untuk membawa ibu saya juga dapat dilaksanakan pada tahun ini. Impian seterusnya, saya dan suami berazam untuk menunaikan ibadah Haji secepat mungkin. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aamiin.

Saya kongsi beberapa gambar saya di sana ya.


Gambar di KLIA semasa hendak berangkat ke Madinah.

Kerinduan untuk bersolat di Masjid Nabawi terubat.


Memasuki Raudhah. Rindu serindunya untuk bertemu Rasullullah saw.

Masjid Quba'. Masjid yang dibina dengan penuh ketaqwaan oleh Rasullullah saw dan para sahabat dengan tangan mereka sendiri. Bersolat di dalam masjid ini ibarat kita melaksanakan 1 ibadah Umrah. Subhanallah.

Gambar berlatarbelakangkan Bukit Uhud. Menangis saya bila dengar Mutowwif bercerita mengenai perjuangan Rasullullah bersama para sahabat semasa peperangan Uhud. 

Di bawa ke ladang kurma. Kami dihidangkan dengan teh panas. Kurma dari Madinah adalah kurma yang terbaik dan kurma Nabi atau kurma Ajwa adalah kurma yang paling saya suka.


Bersama sebahagian daripada Jemaah dari group kami. Ada seramai 36 orang.

Berlatarbelakangkan Jabal Thur. Tempat di mana Rasullullah bersembunyi selama beberapa hari dari pihak musuh sebelum behijrah ke Madinah.

Alhamdulillah.. dapat juga saya naik ke puncak tertinggi di Jabal Rahmah nih. Masa saya datang tahun 2013 dulu, tak dapat naik sebab masalah kesihatan. Syukur diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah ini. Di sinilah pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa. 


 Hati sebak menangis tatkala melihat keagunganMu ya Allah. Syukur.

Terlaksana akhirnya impian saya untuk membawa mak ke sini. Walaupun mak kurang sihat tapi semangat mak kuat. Syukur kerana saya diberikan kekuatan untuk menjaga mak.

Kami juga berpeluang untuk melawat Museum. Didalamnya tersimpan khazanah-khazanah dan tempat-tempat yang pernah dikunjungi oleh Rasullullah saw.

Gambar yang nih adalah model Masjidil Haram yang dijangka siap sebelum musim Haji pada tahun ini.






Terimakasih kerana meluangkan masa untuk membaca entri saya ini. Semoga perkongsian saya ini, serba sedikit dapat memberi manafaat kepada anda ya. Wassalam.



No comments:

Post a Comment