Wednesday, December 30, 2009

MINI GUEST EVENTS

SKIN CARE & MAKE-UP SESSION


Tarikh: Ahad, 10 January 2010
Masa: 10.00am - 12.00pm.
Tempat: Mary Kay Office, Jaya 33, Section 13, Petaling Jaya

Aktiviti:
1) Body Care
2) Facial Session
3) Make-up Session
4) Beauty Consultation
5) Peluang untuk membina kerjaya di dalam Mary Kay

Sekiranya anda ingin menghadiri Mini Guest Events di atas, sila email/call my hp utk appmt.

HP No: 012-3025405
Email: rk.nabil@gmail.com


ADA DOOR GIFTS DAN LUCKY DRAWS UNTUK GUESTS YANG HADIR!



Monday, November 23, 2009

JOM BOOKING YOUR SKIN CARE CLASS

Di dalam Mary Kay, kami menawarkan Skin Care Class secara percuma kepada semua para pelanggan untuk mencuba produk sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Di dalam Skin Care Class tersebut, manfaat yg akan anda perolehi adalah seperti berikut:

1) Skin Analisis
Kulit anda akan dikenalpasti dan set penjagaan wajah yg sesuai akan dicadangkan kepada anda untuk mencuba sendiri.

2) Facial Session
Semasa facial session, anda akan diajar cara2 yang betul untuk membersihkan kulit wajah.

Antaranya:
- Berpeluang menggunakan produk Body Care & Spa seperti Satin Hands Pampering Set / Body Cleanser (Lotus Bamboo / Red Tea & Fig).
- Cara yg betul untuk membersihkan bahagian mata dan bibir dengan menggunakan Oil-Free Eye Make-Up Remover.
- Penggunaan Cleanser dan cara2 yg betul untuk mencuci muka.
- Penggunaan Mask dan cara2 yg betul untuk memakainya.
- Penggunaan Freshener secara yg betul.
- Penggunaan Moisturiser.
- Lip spa dengan menggunakan Satin Lips Lip Mask.
- Melembapkan bibir dengan Satin Lips Lip Balm.
- Berpeluang untuk menggunakan supplement/barangan lain spt TW Day Solution, Oil-Free Hydrating Gel, TW Firming Eye Cream, dan byk lagi..

3) Beauty Make-Over
Pada sessi ini, anda berpeluang untuk mencantikkan wajah anda dengan mengunakan barangan cosmetics dari Mary Kay. Antaranya seperti foundation, mineral powder foundation, eye primer, mineral eye color, eye brow, eye liner, mineral cheek color, creme lipstick, nourishine lip gloss dan macam2 lagi...

4) Beauty Consultation
Di akhir sessi, kita akan mengadakan consultation supaya anda dapat mencapai objectives yg anda inginkan.


Menarik bukan? Dan semua di atas adalah FREE untuk anda...

Berminat?

Sila hubungi saya utk appmt ya..
SD Rokie
HP No: 019-3525405
Email: rk.nabil@gmail.com

Ada FREE GIFT menanti anda...!!!!

TESTIMONIAL TERKINI - SHERI

Sy telah mengenali Sheri sebelum sy melibatkan diri dalam dunia Mary Kay lagi di mana beliau juga adalah customer utk produk Vantage yg sy jual. Berwajah keibuan, beliau juga seorang yg agak lembut dan pendiam.

Dari Nilai, beliau telah datang ke rumah sy di Kajang pada 26/04/09 untuk menghadiri sesi Skin Care Class yg sy anjurkan. Dalam sesi tersebut, sy telah menganalisis kulit beliau dan telah mencadangkan set yg sesuai utk beliau cuba.

Masalah yg Sheri hadapi adalah kulit yg agak berminyak dan kesan parut jerawat yg terdahulu. Sebelum mencuba Mary Kay, beliau telah memakai produk berjenama antarabangsa dlm masa yg agak lama (melebihi 4 tahun) tp hasilnya tidak dpt memuaskan hati beliau.


Berikut adalah gambar beliau sebelum mengenali Mary Kay

Semasa gambar ini diambil, wajah beliau telah dimekapkan dgn kosmetik Mary Kay. Eventhough telah dipakaikan dgn foundation & powder, kesan parut jerawat masih jelas kelihatan.

Dan berikut adalah gambar terkini (perubahan selepas hampir 7 bulan)
Nampak tak perubahannya? Kulit beliau nampak begitu gebu, moist, halus dan sihat. Parut2 jerawat semakin berkurangan. Kulit beliau juga menjadi agak cerah di mana ia mengembalikan warna asal kulit beliau yg sememangnya cerah.

Nak tahu set apa yg digunakan? Semestinya set miracle Anti-Ageing TimeWise. Sbg supplement tambahan, beliau telah memakai TimeWise Replenishing Serum+C dan Set Microdermabrasion Step 1 dan Step 2.

Dengan perubahan yg amat menakjubkan ini, sudah tentu Sheri tidak akan bertukar ke produk berjenama lain dan Mary Kay juga telah menarik minat beliau untuk menjadi seorang Beauty Consultant spt sy. Dan skrg, di bawah bimbingan sy dan juga di bawah unit Beaute' Butterfly, beliau telah mengorak langkah untuk membina kejayaan di dalam Mary Kay dan juga ingin membantu wanita2 lain di luar sana untuk mencapai impian mereka.

Thanks Sheri.... Wish u all the best in Mary Kay!!
Luv u always...


Sunday, November 22, 2009

TESTIMONIAL TERKINI - NIZA


Niza yg mula sy kenali secara online ini telah datang ke Mary Kay Office, Petaling Jaya pada 19/04/09 untuk menghadiri Open Skin Care Class dianjurkan oleh group kami.. di sana, ramailah Beauty Consultants (BC) Mary Kay yg sempat Niza kenali... dan sambil tersenyum dan berbisik ke telinga sy, beliau berkata "cantiknyer BCs nih semua... mostly kulit nmpk "pink" aja.."... sambil tersenyum, sy menjawab "Mary Kaylah jawapannya..." Itulah antara kenangan manis bersama Niza semasa sesi facial tersebut...

Masalah yg Niza hadapi adalah jerawat yg tumbuh melata di bahagian pipi dan dahi.. pelbagai cara telah beliau cuba utk mengatasi masalah tersebut termasuklah membuat treatment di Pusat Kecantikan yg bertaraf antarabangsa yg tentunya menelan belanja beribu2 ringgit tp kesan amat tidak memuaskan hati beliau...

Berikut adalah gambar beliau sebelum mengenali Mary Kay.

Dan berikut adalah gambar selepas 6 bulan menggunakan produk Mary Kay..
Beliau hanya berbelanja kurang dari RM500 untuk mendapat result sebegini...Dan RM500 itu pula adalah penggunaan sehingga 6 bulan... tidakkah anda rasa sangat berbaloi??? Adakah anda masih berfikir yang produk Mary Kay adalah mahal?? Anda tentukan sendiri...

Berikut adalah set yg sy suggest kpd Niza sbg permulaan:

F2 Cleanser
F1 Mask
F1 Freshener
F2 Moisturiser
TW Day Solution SPF25
Medium Coverage Foundation Beige 304
Lip Mask
Lip Balm

Dengan perubahan yg amat membanggakan ini, sudah tentu Niza boleh bertukar ke set Miracle-Anti-Ageing TimeWise selepas ini... perubahan yg akan lebih membanggakan...InsyaAllah...

Sunday, November 1, 2009

MY DEBUT AS A SALES DIRECTOR MARY KAY...


Salam semua....

Dah lama betul sy tak update blog nih.... disebabkan kesibukan yg teramat sgt terutama sekali untuk melepasi cabaran DIQ selama 4 bulan...akhirnya sy berjaya menggapai impian untuk menjadi Sales Director di Mary Kay.... syukur Alhamdulillah...bukanlah mudah utk kita mencapai impian ini dan tidak juga susah sekiranya kita benar2 berusaha....

Pada Ahad lepas, 1/11/09 @ 2pm, majlis Debut sy sbg Sales Director telah diadakan di Mary Kay Office, PJ....majlis yg cukup sederhana tp meriah ini dihadiri oleh org2 penting di dalam kehidupan sy... maka lahir jugalah unit sy sendiri iaitu Beaute' Butterfly.... Kami rasa seronok sgt berada di dalam dunia Mary Kay.... dunia kecantikan yg sudah tentunya begitu sinonim dgn wanita... impian sy dan semua unit members sy sudah tentu untuk berkongsi dgn semua wanita di luar sana...to enrich their life...

Wednesday, July 22, 2009

AREA AWARDS NITE 2009

Gambar ni diambil semasa Award Nite di FSTC Kota Damansara untuk Pam Fortenberry Slate Area. Sy menjadi Queen untuk Court of Personal Sales untuk Sparking Swan Unit....siap pakai crown lagi...rasa mcm betul2 queen pulak...heh heh heh....dan juga award untuk 1st Runner Up untuk Court of Personal Sharing...sejak join Mary Kay nih, dah macam2 hadiah yang sy dapat..penuh dah satu almari....kebanyakan hadiah2 tuh sy beri pada customer dan team members sy sbg tanda penghargaan sy pada mereka...dan byk juga yg sy simpan sbg kenang2an...syg pulak sbb hadiah tu semua cute2 belaka...



Yang ni pula semasa Shine On Seminar 2009 dekat Berjaya Times Square, KL. Graduation for Red Jacket University (RJU)..teringat pulak kenangan masa convocation masa dekat university dahulu...



Yang ni pula 3 sekawan hitam putih di malam penganugerahan Shine On Seminar 2009 di Berjaya Times Square. Paling kiri sekali TB Wani dan SD Fiza di tengah2..




Yang ni pula gambar minggu lepas (4/9/09) semasa Success Unit Meeting di Mary Kay Office, PJ. Sy menjadi Queen of Sales dan Queen of Recruitment untuk August 2009 untuk Sparkling Swan Unit....Alhamdulillah...mmg seronok pengalaman menjadi queen byk kali...menaikkan lagi semangat sy untuk terus berusaha...

Tuesday, July 21, 2009

KENAPA SAYA PILIH MARY KAY?


Kenapa Mary Kay? Kenapa tidak produk-produk lain?

Saya adalah pengguna yang setia. Sebab itu, hampir 10 tahun saya setia pada produk sebelumnya. Bukan senang saya nak bertukar ke produk lain jika ianya tidak betul-betul dapat meyakinkan saya...

Antara sebab utama saya memilih Mary Kay adalah:

1) Kualiti produknya. Selepas dapat mencuba sendiri dan melihat kesannya, ianya betul-betul membuat saya teruja.

2) Mahal? Sudah tentu tidak. Secara jujurnya, saya merasakan harganya sgt berbaloi dengan kualitinya. Dan yang paling best, saya berpeluang menjadi BC (Beauty Consultant) dan enjoy diskaun yang diberikan. semua org berpeluang untuk menjadi BC..

3) Selamat? Sudah tentu. Semua produk Mary Kay "clinically tested" and "proven satisfaction". Malahan, ianya ada 90-days money back guarantee sekiranya ianya tidak sesuai dgn kita.

4) Halal? Sudah tentu sbb semua bahan-bahan di dalam produk Mary Kay diperbuat daripada bahan-bahan Botanical / tumbuh-tumbuhan. Tiada langsung unsur-unsur haiwan. Pembuatannya teramat bersih malahan saya sendiri berpeluang melawat cara-cara pembuatannya di kilang di Dallas.

Dan yang paling best, Mary Kay bukan sahaja dapat mencantikkan wanita, malahan memperkayakan wanita.... saya sukakan the company's philosophies...its Golden Rule "Do unto others as you would have them do unto me'....its priority, God First, Family Second and Career Third...and the Go Give Spirit...yang mana tidak pernah saya jumpa di dalam syarikat yang lain...

Harapan saya, inilah produk terakhir yang akan saya guna...saya cuma inginkan kulit yang cantik dan sihat...pada masa yg sama, saya dapat berkongsi dengan wanita-wanita lain di luar sana untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan....sama seperti saya...


Mary Kay... Enriching Women's Lives...


Thank You Mary Kay!

Tuesday, May 5, 2009

TESTIMONIAL 1

Berikut adalah testimonial saya sendiri..

Sebelum memakai produk Mary Kay, kulit wajah saya agak kering, tone tak sekata dan nampak kusam. Terdapat jeragat di kedua2 belah bawah mata. Lingkaran hitam di sekeliling mata agak ketara dan kelihatan "eye bag" di bawah mata. Dan garis2 kedut (di bhgn atas mulut) agak ketara...

Memandangkan sebelum ini saya memakai produk tempatan yg ada hidrokinon dan pengelupasan (dan dlm jangkamasa yg agak lama), saya harus bermula dengan Set Botanical Formula 1 untuk menyeimbangkan dan memulihkan semula kulit wajah saya.

Sbg permulaan, saya telah menggunakan set seperti berikut:-
1) Formula 1 - Cleanser
2) Formula 1 - Mask
3) Formula 1 - Freshener
4) Formula 2 - Moisturiser
5) Oil-Free Hydrating Gel
6) TimeWise Night Solution
7) TimeWise Targeted Action Eye Revitaliser

Pigmentation, kusam, tone tak sekata, nampak agak berumur..

Selepas 2 bulan menggunakan Set Botanical, saya merasakan kulit saya bertambah baik...lalu sy terus bertukar ke Set TimeWise (Normal to Dry Skin). Selepas bbrp minggu menggunakan Set TimeWise, sy merasakan kulit sy semakin halus dan kekusaman semakin hilang.. keserian di wajah semakin terserlah... bbrp minggu selepas tu, sy menggunakan Replenishing Serum+C sbg supplement untuk menganjalkan dan menghaluskan struktur kulit sy semula.. genap sebulan menggunakan Replenishing Serum+C, sy tambah satu lagi supplement iaitu PureWhite Essence untuk menghilangkan pigmentation / dark spots di wajah.

Berikut adalah perubahan di wajah sy... teramatlah senang hati untuk sy tunjukkan kpd anda semua supaya anda dpt melihat sendiri perubahannya (walaupun malu sebenarnya esp nak tunjuk gambar yg sebelum tuh...)... Bagi sy, tak guna kalau kita melobi sana sini tentang kebaikan produk sekiranya kita sendiri tidak dpt membuktikan kebaikannya kpd diri kita dahulu... Bila kita sendiri yakin, org lain akan lebih yakin...

WAJAHKU SELEPAS PEMAKAIAN HAMPIR 5 BULAN PRODUK MARY KAY..

Nampak lebih berseri, gebu, kulit semakin halus, tone sekata, pigmentation semakin pudar, kulit nampak begitu "moist"...tak spt sblm ini nmpk begitu kering.. yg pasti, ku nmpk lebih muda dr sebelumnya...

Set yang sy guna sekarang...

Skin Care
1) TimeWise 3-in-1 Cleanser (Normal to Dry)
2) TimeWise Age-Fighting Moisturiser (Normal to Dry)
3) F1 Mask
4) Oil Free Hydrating Gel
5) PureWhite Essence

Cosmetics
1) Medium Coverage Foundation (Ivory 200)
2) Mineral Powder Foundation (Ivory 2)
3) Creme Lipstick
4) Nourishine Lip Gloss

Actually semua cosmetics sy dah bertukar ke Mary Kay termasuklah minyak wanginyer sy guna Journey..sedap baunya...



TESTIMONIAL 2

Berikut adalah testimoni kawan saya. Wajah sebelum.
Pigmentation yg agak ketara....pori-pori agak besar dan tone jugak tidak sekata...perhatikan di bahagian bawah mata yg begitu hitam..

Beliau telah menggunakan set berikut:
1) TimeWise 3-in-1 Cleanser (Normal to dry skin)
2) TimeWise Age-Fighting Moisturiser (Normal to dry skin)
3) Oil Free Hydrating Gel
4) Formula 2 - Mask
5) TimeWise Replenishing Serum+C

Dan ini pula perubahan yg berlaku seterusnya...setelah lebih 6 bulan pemakaian produk Mary Kay...Halus betul kulit beliau....pipi pun nmpk lebih anjal... amat ketara sekali pigmentation yg semakin pudar...Beliau masih meneruskan dengan pemakaian Set TimeWise dan menambah PureWhite Essence sbg supplement..

Saturday, May 2, 2009

MY "I" STORY

BAGAIMANA SAYA BERMULA?


Di ruangan ini, saya ingin ingin berkongsi cerita dengan anda semua bagaimana saya boleh melibatkan diri dalam dunia Mary Kay.

Saya adalah seorang yang sangat mementingkan kecantikan. Sejak dari kecil, ciri-ciri itu telah jelas kelihatan, apatah lagi bila usia semakin meningkat dewasa. Bagaimanapun, pengetahuan saya di dalam penjagaan kulit wajah, tidak saya titikberatkan kerana boleh dikategorikan, saya sebagai insan yang sangat bertuah kerana dikurniakan kulit yang tiada bermasalah.

Tahun berganti tahun, selaras dengan usia yang semakin meningkat, kulit menjadi semakin kering dan kusam dan jeragat mula kelihatan. Ramai kawan-kawan yang tegur tetapi tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana saya tidak suka bertukar-tukar produk dan tetap setia dengan produk yang sama selama hampir 10 tahun. Sehinggalah apabila saya diperkenalkan kepada produk Mary Kay oleh salah seorang kawan saya.

Produk pertama yang saya cuba adalah Oil-Free Hydrating Gel untuk mengatasi masalah kekeringan di wajah dan juga Medium Coverage Foundation untuk perlindungan kulit. Saya merasa amat teruja kerana setelah beberapa minggu memakai Oil-Free Hydrating Gel, kulit saya menjadi lebih "moist" dan ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk bertukar ke produk Mary Kay dan seterusnya meninggalkan produk lama yang hampir 10 tahun itu.

Pada 21 November 2008, saya telah menandatangani Independent Beauty Consultant Agreement form dan seterusnya bergelar Mary Kay Beauty Consultant (BC). Tujuan utama saya untuk menjadi BC adalah semata-mata untuk kegunaan sendiri dan pada masa yang sama untuk mendapatkan diskaun yang ditawarkan sebagai seorang BC.

Di awal pembabitan sebagai seorang BC, saya tidak terfikir akan begitu serius di dalam bidang ini. Namun, setelah mendapat banyak kebaikan dari produk Mary Kay, maka bermulalah perkongsian demi perkongsian dengan wanita-wanita lain. Kebaikan yang saya perolehi bukan sahaja tentang produknya, malahan dari segala aspek. Mary Kay bukan sahaja membina kecantikan luaran, malahan dia juga membina kecantikan dalaman dengan menjadikan setiap Beauty Consultantnya untuk menjadi insan yang lebih baik dengan berprinsipkan Golden Rule "
Do unto others as you would have them do unto me"....its priority "God first, family second and career third" dan "Go-Give Spirit"...Semua ini saya belum pernah jumpa di dalam mana2 syarikat lain.. dan itulah istimewanya Mary Kay selaras dengan misinya "Enriching Women's Live"..

Saya telah mula mempelajari cara-cara untuk mengadakan Skin Care Class (SCC) dan seterusnya menghadiri kelas ESRS untuk persediaan sebagai seorang BC. Hasil dari SCC yang berterusan, saya telah mendapat jualan yang amat memberangsangkan setiap bulan dan pada masa yang sama, saya telah mula merekrut. Apabila anugerah demi anugerah yang saya terima spt Queen of Sales, Queen of Recruit, ianya telah menaikkan lagi semangat saya untuk terus berusaha.

Pada April 2009, saya telah menghadiri kelas Red Jacket University (RJU). Di sini, saya lebih fokus untuk menjadi seorang Leader dan seterusnya impian untuk bergelar Sales Director semakin berkobar-kobar.

Setelah 10 bulan menyertai Mary Kay, iaitu pada October 2009, saya Debut sebagai Mary Kay Independent Sales Director dan mempunyai unit sendiri yang saya namakan "
Beaute' Butterfly Unit". Kenapa saya memilih nama ini? Kerana saya ingin jadikan semua wanita itu cantik.. bukan sahaja kecantikan luaran, malahan kecantikan dalaman dan juga kecantikan di dalam seluruh kehidupan mereka.

Sehingga ke hari ini (October 2012), saya telah berjaya menjadikan 3 orang unit saya sebagai Sales Director dan sekarang mempunyai lebih 150 orang Beauty Consultants yang bernaung di bawah Beaute' Butterfly Unit. Tugas saya sudah tentu untuk merealisasikan impian mereka untuk berjaya bersama-sama..

Berikut adalah antara perjalanan dan pencapaian saya di dalam Mary Kay:-

Nov 2008 Beauty Consultant
Jan 2009 Senior Beauty Consultant
Feb 2009 Team Builder
Mar 2009 Team Leader
Apr 2009 Future Sales Director
Oct 2009 Independent Sales Director (SD)
Aug 2011 Independent Senior Sales Director (SSD)

Pencapaian (2009 - 2012)

==> Malaysian Red Jacket Rally (MRJR) (2009)
==> New SD Challenge - Fabulous 50s (2010)
==> New SD Challenge - Catch the Dream, Dallas, Texas (2010)
==> New SD Challenge - Honour Society Achiever (2010)
==> Wall of Fame Achiever (2011)
==> Party of the Year - POTY (2010, 2011, 2012)
==> Go-China Seminar, Hangzhou (2010, 2012)
==> Red Jacket Development Day (2010, 2011)
==> Red Jacket Retreat (RJR) (2012)
==> Asia Pacific Red Jacket Rally (APRJR), Hangzhou (2011, 2012)
==> Diamond Rings for Court of Personal Sales (2010, 2011, 2012)
==> Diamond Rings for Court of Sharing (2010, 2011, 2012)
        - 2nd Runner Up - 2011
        - Queen of Sharing - 2012
==> Diamond Rings for Court of Unit Production (2011, 2012)
==> Triple Stars Achiever (2011, 2012)
==> Pink Car Achiever (Pink Corolla Altis) (2011)
==> Top Directors Trip (TDT), Paris (2012)

Syukur Alhamdulillah.. Semua ini memang tidak pernah saya bayangkan pada mula-mula saya membuat keputusan untuk menjadi Mary Kay Beauty Consultant.

Semuanya bermula dengan bermodalkan RM180 sahaja. Anda juga boleh melakukannya.. Hubungi saya pada bila-bila masa untuk mengetahui peluang kerjaya yang menarik ini..

Dan kepada semua wanita-wanita yang bernaung di bawah unit Beaute' Butterfly, saya akan terus berusaha untuk membawa anda kepada impian anda dan semoga impian kita semua menjadi kenyataan...Aminn..

Tuesday, April 28, 2009

SATIN LIPS


SATIN LIPS LIP-MASK-EFFECT

Berikut adalah perubahan yang berlaku selepas menggunakan Mary Kay Satin Lips Mask.

Ni gambar sebelum guna Lip Mask. Bibir nampak agak pucat..


Yang ni pula gambar selepas guna Lip Mask. Bibir nampak kemerah2an..Lebih moisture..

Bibir juga perlu penjagaan rapi. Kalau kita asyik "tenyeh" bibir kita ni dgn lipstick, lama2 akan merosakkan bibir kita dan terjadinya kekeringan dan bibir pecah. Nak2 pula kalau kita guna lipstick yg mempunyai kandungan yg merbahaya.

Lip Mask ni penting untuk kita membersihkan dan membuang sel-sel kulit mati dibibir kita akibat beberapa faktor spt pemakaian lipstick yang berterusan dan sebagainya. Penggunaan adalah seminggu sekali dan di sapu di bibir selama lebih kurang 2-3 minutes sebelum dicuci. Selepas guna Lip Mask, barulah kita guna Lip Balm utk melembapkan bibir dan seterusnya pemakaian lipstick. Baru nampak MARVELLAOUS gitu...

Lipstick Mary Kay juga selamat digunakan kerana ianya tidak mengandungi "LEAD". Org yg mempunyai kanser pun boleh menggunakan lipstick Mary Kay, inikan pula org yg sihat walafiat...sudah tentu selamat memakainya..

TESTIMONIAL ROKIE

 




Alhamdulillah..sy rasa amat berpuashati dan berbaloi sgt dengan Mary Kay nih... Nak tahu kenapa?
1) Wajah sy yg sebelum nih agak kusam, dah nampak semakin berseri.
2) Pigmentasi yg agak ketara sebelum nih dah semakin pudar.
3) Tona yang tidak sekata sebelum nih pun dah dapat diatasi.
4) Kulit wajah yg kering sebelum nih, kelihatan lebih moist skrg nih..
5) Kulit sy nampak lebih segar, licin dan gebu.
6) Whitehead dan blackhead pun sudah tidak menjelma.
7) Lingkaran mata hitam dan "eye bag" pun dah dapat diatasi.

TAK PERCAYA?Bandingkanlah dengan gambar sebelum sy pakai Mary Kay nih..


Dan yang paling best, kebanyakan org yg sy jumpa, beritahu sy kelihatan jauh lebih muda dari usia sebenar sy.....seronok sgt...
Terima Kasih MARY KAY....!!!!