Thursday, July 23, 2015

KELAS / BENGKEL KECANTIKAN (GROOMING CLASS) SECARA PERSONAL ATAU KORPORAT?

Ingin mengadakan Kelas Kecantikan secara personal atau berkumpulan?

OK untuk pengetahuan, saya menganjurkan Kelas Kecantikan dan Bengkel Kecantikan secara personal/ berkumpulan dan juga untuk korporat (Untuk Syarikat, Kolej, University, Pertubuhan, Persatuan, Kelab2 dan sebagainya). Antara kelas / bengkel kecantikan yang saya anjurkan adalah seperti berikut:-

1. Kelas Penjagaan Kulit Wajah (Basic) - Demo & Praktikal - min 2 jam.


2. Kelas Penjagaan Kulit Wajah (Advanced) - Demo & Praktikal - min 2 jam.
3. Kelas Asas Solekan - Demo & Praktikal - min 2 jam.
4. Kelas Ketrampilan Diri & Imej (Seperti pemakaian hijab, pemilihan warna dan pakaian yang bersesuaian dan sebagainya).
5. Kelas Khas seperti Body Care, Eye & Lips Care, Lipstick Party, Fragrance Party - 1-2 jam




Kelas-kelas ini boleh diadakan secara personal (antara 2-4 orang) atau diadakan secara berkumpulan (10 - 20 orang). Boleh diadakan di tempat anda atau di tempat saya (di Petaling Jaya) seperti di rumah, pejabat, kelab seperti persatuan, dewan dan sebagainya. Segala peralatan untuk kelas2 tersebut saya sediakan.

Sekiranya anda menjadi Hostess saya iaitu dengan menjemput min 2 orang rakan untuk menyertai kelas ini, anda akan mendapat HADIAH ISTIMEWA (yang merupakan produk Mary Kay) dari saya.

Kepada yang berada di area Lembah Klang, boleh hubungi saya untuk set temujanji bila-bila masa.

Kepada yang berada di luar area Lembah Klang, jangan risau sebab saya mempunyai ramai rangkaian Consultants serata Malaysia. Saya juga boleh turun ke tempat anda untuk mengadakan kelas2 kecantikan ini.

Untuk maklumat lanjut dan ingin mengadakan temujanji dan perbincangan, hubungi saya ya.

Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay

MENCARI PELUANG PERNIAGAAN? INGIN BERALIH ARAH?

Assalam semua
OK kali ini saya ingin berkongsi sesuatu. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pandai menulis. Tetapi saya suka berkongsi. Saya suka bercerita. Ini cerita saya untuk hari ini.

Seringkali saya diajukan dengan soalan sebegini "Seronoknyer tengok kerja yang u buat nih.. tapi mesti penatkan?"

Selalunya saya akan tersenyum dan menjawab "Ya, mestilah penat tapi tak sepenat kerja yang dulu".
Orang yang bertanya selalunya mesti berkerut seakan tidak percaya. OK jom sama-sama kita fikirkan.

Dulu saya adalah Penolong Pengurus di sebuah Bank. Waktu kerja saya, Isnin-Jumaat setiap hari 9 jam. Bangun seawal 6 pagi. Merempuh kesesakan lalu lintas 1-2 jam untuk ke pejabat dan 1-2 jam lagi untuk pulang ke rumah. Kalau sampai rumah waktu azan Maghrib tengah berkemundang itu adalah perkara biasa. Kadang-kadang balik lebih lewat dari itu. Itu tidak termasuk lagi kalau saya perlu datang kerja pada hari-hari cuti. Balik dari kerja, bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam. Saya perlu bekerja 45 jam seminggu, 180 jam sebulan. Bila dicampur lagi dengan perjalanan pergi balik sehari dekat 4 jam, seminggu 20 jam, sebulan 80 jam.

Kerja saya sekarang, saya hanya akan keluar rumah selepas pukul 10am tatkala dah kurang jam. Melainkan kalau saya ada meeting di awal pagi (sebulan sekali sahaja) dan saya pastikan saya akan pulang ke rumah sebelum pukul 5pm (kerana anak saya balik sekolah pukul 5pm). Saya tidak perlu keluar rumah setiap hari. Antara Isnin-Jumaat, Isnin kebiasaannya hari cuti saya. Antara Selasa-Jumaat, saya akan buat penghantaran produk, berjumpa dgn Customers dan Beauty Consultants saya, juga mengadakan Skin Care / Make-Up Class. Itupun bukan setiap hari saya perlu keluar. Dan masa yang diambil setiap kali saya keluar adalah dalam 4-5 jam sahaja. Sabtu dan Ahad adalah masa untuk saya beraktiviti dengan Unit Members saya. Bukan setiap minggu kami ada aktiviti bersama. Kalau ke outstation, anak sayalah yang paling suka sebab sambil bekerja, dia dapat berjalan-jalan. Mary Kay telah membawa kami jauh berjalan ke sana sini. Kalau dulu, saya tidak pernah dapat buat Solat Dhuha sebab waktu bekerja tapi sekarang Alhamdulillah saya dapat melakukannya hampir setiap hari. Saya dapat seimbangkan masa saya antara Tuhan, Famili dan Kerjaya. Sejajar dengan philosophy yang diterapkan oleh Mary Kay iaitu God 1st, Family 2nd, Career 3rd.

Bukan sahaja masa kerja saya semakin kurang dari sebelumnya. Malahan pendapatan yang saya perolehi melebihi 3-4 kali ganda. Alhamdulillah.

Jadi, anda rasa, yang mana satu lebih penat?


Kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi tetapi kita juga boleh membuat pilihan yang lebih baik. 
The choices is OURS.

Sekiranya anda ingin bertukar haluan dan ingin mencuba apa yang saya lakukan ini, saya sedia membantu dan membimbing anda sehingga berjaya. Hubungi saya pada bila-bila masa ya.

I luv my Mary Kay.. because of YOU..

Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay

AWET MUDA - APA ITU PENUAAN DALAMAN DAN LUARAN?

Assalam semua
Kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang penting disini. Tahukah anda bahawa penuaan berlaku disebabkan oleh 2 faktor utama iaitu faktor Penuaan Dalaman dan Penuaan Luaran.

Penuaan Dalaman disebabkan oleh faktor genetik dan juga proses penuaan semuajadi iaitu peningkatan usia kita.

Penuaan Luaran disebabkan oleh faktor persekitaran iaitu gaya hidup yang kurang sihat seperti terdedah kepada cahaya matahari yang merbahaya, pencemaran, pemakanan, ekspresi wajah, hormon, stress (tekanan), kurang tidur, pengambilan kafein dan alkohol, merokok dan tiada penjagaan yang sempurna.

Tahukah anda berapa peratusan faktor LUARAN dan faktor DALAMAN yang boleh menyumbang kepada penuaan kulit?

80% penuaan disebabkan oleh faktor LUARAN iaitu persekitaran dan gaya hidup.
20% sahaja penuaan disebabkan oleh faktor DALAMAN iaitu genetik/usia.

Cuba tengok gambar berikut. Ianya adalah testimoni wajah saya sendiri. Perbezaan 7 tahun peningkatan usia. Saya mula mengenali Mary Kay pada usia 37 tahun dan sekarang usia saya telah meningkat kepada 44 tahun. Walaupun usia meningkat, tapi wajah kelihatan lebih muda dari sebelumnya. Anda boleh menilainya sendirikan?


Saya sudi berkongsi tips kecantikan untuk mendapatkan wajah awet muda. Kita boleh set temujanji untuk saya ke tempat anda atau anda ke tempat saya. Hubungi saya untuk perundingan PERCUMA.

Jom bertindaklah dari sekarang. Jangan tua sebelum waktunya ya.

Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay