Thursday, July 23, 2015

MENCARI PELUANG PERNIAGAAN? INGIN BERALIH ARAH?

Assalam semua
OK kali ini saya ingin berkongsi sesuatu. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pandai menulis. Tetapi saya suka berkongsi. Saya suka bercerita. Ini cerita saya untuk hari ini.

Seringkali saya diajukan dengan soalan sebegini "Seronoknyer tengok kerja yang u buat nih.. tapi mesti penatkan?"

Selalunya saya akan tersenyum dan menjawab "Ya, mestilah penat tapi tak sepenat kerja yang dulu".
Orang yang bertanya selalunya mesti berkerut seakan tidak percaya. OK jom sama-sama kita fikirkan.

Dulu saya adalah Penolong Pengurus di sebuah Bank. Waktu kerja saya, Isnin-Jumaat setiap hari 9 jam. Bangun seawal 6 pagi. Merempuh kesesakan lalu lintas 1-2 jam untuk ke pejabat dan 1-2 jam lagi untuk pulang ke rumah. Kalau sampai rumah waktu azan Maghrib tengah berkemundang itu adalah perkara biasa. Kadang-kadang balik lebih lewat dari itu. Itu tidak termasuk lagi kalau saya perlu datang kerja pada hari-hari cuti. Balik dari kerja, bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam. Saya perlu bekerja 45 jam seminggu, 180 jam sebulan. Bila dicampur lagi dengan perjalanan pergi balik sehari dekat 4 jam, seminggu 20 jam, sebulan 80 jam.

Kerja saya sekarang, saya hanya akan keluar rumah selepas pukul 10am tatkala dah kurang jam. Melainkan kalau saya ada meeting di awal pagi (sebulan sekali sahaja) dan saya pastikan saya akan pulang ke rumah sebelum pukul 5pm (kerana anak saya balik sekolah pukul 5pm). Saya tidak perlu keluar rumah setiap hari. Antara Isnin-Jumaat, Isnin kebiasaannya hari cuti saya. Antara Selasa-Jumaat, saya akan buat penghantaran produk, berjumpa dgn Customers dan Beauty Consultants saya, juga mengadakan Skin Care / Make-Up Class. Itupun bukan setiap hari saya perlu keluar. Dan masa yang diambil setiap kali saya keluar adalah dalam 4-5 jam sahaja. Sabtu dan Ahad adalah masa untuk saya beraktiviti dengan Unit Members saya. Bukan setiap minggu kami ada aktiviti bersama. Kalau ke outstation, anak sayalah yang paling suka sebab sambil bekerja, dia dapat berjalan-jalan. Mary Kay telah membawa kami jauh berjalan ke sana sini. Kalau dulu, saya tidak pernah dapat buat Solat Dhuha sebab waktu bekerja tapi sekarang Alhamdulillah saya dapat melakukannya hampir setiap hari. Saya dapat seimbangkan masa saya antara Tuhan, Famili dan Kerjaya. Sejajar dengan philosophy yang diterapkan oleh Mary Kay iaitu God 1st, Family 2nd, Career 3rd.

Bukan sahaja masa kerja saya semakin kurang dari sebelumnya. Malahan pendapatan yang saya perolehi melebihi 3-4 kali ganda. Alhamdulillah.

Jadi, anda rasa, yang mana satu lebih penat?


Kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi tetapi kita juga boleh membuat pilihan yang lebih baik. 
The choices is OURS.

Sekiranya anda ingin bertukar haluan dan ingin mencuba apa yang saya lakukan ini, saya sedia membantu dan membimbing anda sehingga berjaya. Hubungi saya pada bila-bila masa ya.

I luv my Mary Kay.. because of YOU..

Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay

No comments:

Post a Comment