Monday, October 22, 2012

TESTIMONI TIMEWISE REGENA-FIRM INTENSIVE SERUM

Bila saya perhatikan gambar-gambar saya yang terbaru, baru saya perasan ada perubahan di wajah saya.. Cuba lihat di sini..



(Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
 



Gambar yang pertama di ambil pada 15 September 2012 yang lalu. Dan gambar yang kedua (tengah) diambil pada 15 Oktober 2012. Saya pakai Timewise Regena-Intensive Serum bermula pada 17 September 2012. Kurang dari 4 minggu penggunaan, sudah nampak perbezaan dagu yang semakin meruncing. Jelas ketara "V" shape.. Woww.. produk ini memang sangat hebat.. Tak perlu melalui suntikan botox.. sapu sahaja pada keseluruhan wajah setiap hari.. Bayangkan kalau dah pakai beberapa bulan, sudah tentu perbezaannya lebih ketara kan
 
Ingin mencuba? Hubungi kak rokie untuk maklumat lanjut ya.. 01903525405..
 
 

TESTIMONIAL - SATIN LIPS LIP MASK

Berikut adalah salah seorang customer saya yang mencuba Satin Lips Lip Mask. Beliau mengalami masalah bibir kering mengelupas dan lebam. Beliah mencuba Lip Mask di bibir bahagian bawah sahaja. Selepas beberapa minit menggunakan Lip Mask ini, nampak perbezaan yang sangat ketara antara bibir atas dan bawah. Hasil yang sungguh menakjubkan.
 
Satin Lips Lip Mask adalah salah satu produk yang mendapat Beauty Awards di dalam Her World Magazine. Memang produk ini sangat hebat. Kalau nak cuba, hubungi kak rokie ya..
 
 (Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
 
 

Thursday, October 18, 2012

TOP DIRECTORS TRIP (8 - 16 OCT 2012) - PARIS, FRANCE

Salam semua.. bertemu kita lagi..

Alhamdulillah... saya baru sahaja pulang dari menghadiri Top Directors Trip di Paris, France bersama-sama dengan hubby. Bersama kami adalah 9 lagi Top Directors dari Malaysia.

Ini adalah gambar semasa di KLIA. Baru lepas check-in.

 
 
Kami sampai di sana seawal 6.40am. Cuaca di Paris agak sejuk, suhu di dalam lingkungan 16C.

 
Syukur dan gembira tidak terkata kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki ke tanah Paris yang sememangnya dikenali sebagai kota cinta dan kota fesyen. Di sepanjang perjalanan ke hotel, mata kami tak puas-puas menikmati pemandangan yang begitu cantik.
 
 
Kami check-in di The Westin Hotel, sebuah hotel mewah yang berada betul-betul di tengah-tengah kota Paris. Terujanya bila tengok bangunan-bangunan di sana yang sangat cantik dan tersusun indah. Setiap inci bangunannya penuh dengan kesenian.
 
Kami menikmati sarapan pagi di sebuah bilik yang sungguh indah dan mewah. Lihatlah sendiri..
 
 
Selesai sahaja sarapan, kami terus ke bilik masing-masing. Masuk bilik sahaja, kelihatan semua luggage kami telah tersusun dengan baik. Memang layanan yang diberikan kepada kami adalah first class. Tanpa membuang masa, kami terus bersiap dengan jaket masing-masing untuk keluar menikmati pemandangan dan keindahan di kota Paris.
 
 
 Di malam harinya pula, kami menghadiri Welcome Dinner di Winter Garden, Westin Paris Vendome Hotel bersama-sama dengan Top Directors dari Philiphines, Taiwan dan India. Selesai sahaja Dinner, kami bersiap sedia dengan jaket yang lebih tebal untuk menikmati suasana malam di Paris.
 
 
Keesokan harinya iaitu pada hari ke-2, kami dibawa melawat sekitar kota Paris dan juga penerangan yang diberikan oleh Tour Guide mengenai sejarah negara Perancis. Memang sangat menarik. Bangunannya memang memukau hati kami semua. En hubby tak putus-putus ambil gambar untuk setiap bangunan itu.
 
Kami berpeluang untuk bergambar di sini di mana bumbung bangunan ini disalut dengan emas. Memang hebat betullah.
 
Selepas itu, ke tempat yang kami nanti-nantikan iaitu Effiel Tower..
 
 
 
 
 
Betapa gembiranya kami dapat menikmati pemandangan dari Effiel Tower. Cantik kan?
 
 
 
Nanti saya upload lagi ya.. Line Internet sangat slow..
 

Monday, October 1, 2012

SEMINAR 2012 - HARI PERTAMA

Alhamdulillah.. memang agak sibuk saya kebelakangan ini.. Seminar 2012 baru sahaja berlalu.. selesai sahaja Seminar di Berjaya Times Square Hotel, KL selama 2 hari berturut-turut, saya terus ke Hangzhou, China untuk menghadiri Seminar di sana pula. Dan akan ke Paris pula untuk Top Director Trip (TDT) selama 9 hari.

Seminar yang berlangsung pada 14-15 September baru-baru ini, memang meninggalkan kenangan manis buat saya. Di hari pertama, saya dengan unit Beaute' Butterfly yang lain, memulakan pendaftaran. Ramai dari unit saya hadir pertama kali ke Seminar tahun ini. Ini adalah gambar hari pertama bersama sebahagian unit saya yang hadir pada 14 September 2012 di Berjaya Times Square Hotel..
 
 
Ada yang datang jauh dari Sabah, Kelantan, Penang dan Kedah. Walaupun jauh tetapi mereka datang dengan harapan dan semangat yang tinggi.
 
Di malam hari pula, kami menghadiri Awards Nite. Tema kita tahun ini adalah merah dan memang glamour semua pada malam itu dengan berpakaian merah menyala-nyala. Samalah dengan semangat yang menyala-nyala di hati kami semua.
 
 
 
 
 
Tengoklah betapa seronok dan gembiranya mereka pada malam itu.
 

SEMINAR 2012 - HARI KEDUA

Pada hari kedua, 15 September 2012, Seminar telah bermula seawal 8.30am. Pagi itu, kami mendapat ilmu yang sangat bermanfaat. Sesi ketrampilan diri (grooming session) yang sememangnya best dan selepas itu sesi motivasi dengan Mentors Mary Kay.

Tengahari pula, untuk Special Luncheon Achievers, sudah tentunya kami mendapat makan tengahari yang istimewa.


Posing jap selepas dapat makan best2 di Special Luncheon. Selepas makan tengahari, bermulalah sesi on-stage recognition. Ini adalah 3 Red Jacket University graduates dari Beaute' Butterfly Unit. Yang berada di tengah tuh, adalah offspring saya yang ke-2 iaitu Sales Director Jumirdah Bahtiar. Dan di apit oleh FSD Norhanim Ithnin (kiri) dan TB Norhayati Razali (kanan).


Gambar bersama off-spring saya yang pertama, SD Noraniza Mohtar..



Sebahagian dari unit saya Beaute' Butterfly yang hadir ke Seminar pada hari itu..



Enjoy sungguh mereka kan..

Apa-apa pun mereka sangat gembira dan teruja. Pulang dengan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar untuk merealisasikan impian di dalam Mary Kay dan seterusnya berada di puncak kejayaan.

Sekiranya anda semua membaca coretan saya ini dan teringin menjadi seperti mereka, hubungilah kak rokie 019-3525405. Mulakan langkah pertama anda. Jangan bimbang, saya akan memberikan bimbingan dan arah tuju untuk mencapai kejayaan di dalam Mary Kay. Saya juga dahulu bermula sepeti anda, tanpa ada apa-apa pengetahuan di dalam bidang kecantikan kerana hampir 20 tahun saya hanya menceburi bidang IT sahaja.

Sekiranya anda ingin mencuba rangkaian produk Mary Kay secara PERCUMA, boleh hubungi saya pada bila-bila. Saya bersedia untuk menjadi Perunding Kecantikan anda..

I LUV MY MARY KAY..

SEMINAR 2012 - AWARDS NITE

Pada seminar tahun ini, sekali lagi saya mencapai TRIPLE STAR ACHIEVERS untuk 3 kategori berikut:

1. Court or Personal Sales
2. Court of Sharing
3. Court of Unit Production

Untuk kategori Court of Personal Sales, saya mendapat tempat ke-5 dan untuk kategori Court of Unit Production, saya mendapat tempat ke-10. Dan untuk kategori Court of Sharing, saya mendapat tempat pertama dan dinobatkan sebagai QUEEN Court of Sharing pada malam itu. Ini bermakna, saya mengumpul lagi 4 cincin berlian pada tahun ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Memang tidak saya jangkakan rezeki yang melimpah ruah ini. Tapi saya yakin, ini adalah ganjaran hasil dari perkongsian saya dengan ramai wanita hebat di luar sana yang sama-sama ingin cantik dan berjaya di dalam bidang Mary Kay yang sememangnya indah ini.
 
 
4 cincin berlian, $900000 Gold Bar PIN dan Diamond Bumble Bee PIN termasuk tiara kristal yang menjadi milik saya pada malam itu. Mary Kay juga tidak melupakan para suami di mana my hubby dapat hadiah jam Charles Jordan yang sangat eksklusif. Happy sangat Mr Hubby dapat hadiah yang mahal itu..
 
 
Senior National Sales Director Pam Fortenberry-Slate memakaikan selendang (sash) dan tiara untuk saya. Beliau merasa sangat gembira pada malam itu kerana sememanganya saya berada di bawah area beliau. Jika nak tengok gambar dengan lebih jelas, sila klik pada gambar tersebut ya..
 
 
Impian untuk berada di kerusi QUEEN ini, memang sentiasa berada di hati saya. Dan Alhamdulillah saya dapat merealisasikan impian ini pada tahun ini.


Ini adalah QUEENs dan Ms GO-GIVE 2012..
(Klik pada gambar di bawah untuk imej yang lebih jelas)

 

Berdiri dari kiri:

1, Queen Court of Personal Sales 2012 (SD Category - SD Juliana)
2. Queen Court of Sharing 2012 (sayalah tuh.. SSD Rokie)
3. Ms Go-Give 2012 (ESSD Maimon Jaafar)
4. Queen Court of Unit Production 2012 (ESSD Nafisah Omar.. ini adalah Senior saya..)
5. Queen Court of Personal Sales 2012 (BC Category.. sorry saya terlupa nama)