Monday, October 1, 2012

SEMINAR 2012 - HARI PERTAMA

Alhamdulillah.. memang agak sibuk saya kebelakangan ini.. Seminar 2012 baru sahaja berlalu.. selesai sahaja Seminar di Berjaya Times Square Hotel, KL selama 2 hari berturut-turut, saya terus ke Hangzhou, China untuk menghadiri Seminar di sana pula. Dan akan ke Paris pula untuk Top Director Trip (TDT) selama 9 hari.

Seminar yang berlangsung pada 14-15 September baru-baru ini, memang meninggalkan kenangan manis buat saya. Di hari pertama, saya dengan unit Beaute' Butterfly yang lain, memulakan pendaftaran. Ramai dari unit saya hadir pertama kali ke Seminar tahun ini. Ini adalah gambar hari pertama bersama sebahagian unit saya yang hadir pada 14 September 2012 di Berjaya Times Square Hotel..
 
 
Ada yang datang jauh dari Sabah, Kelantan, Penang dan Kedah. Walaupun jauh tetapi mereka datang dengan harapan dan semangat yang tinggi.
 
Di malam hari pula, kami menghadiri Awards Nite. Tema kita tahun ini adalah merah dan memang glamour semua pada malam itu dengan berpakaian merah menyala-nyala. Samalah dengan semangat yang menyala-nyala di hati kami semua.
 
 
 
 
 
Tengoklah betapa seronok dan gembiranya mereka pada malam itu.
 

No comments:

Post a Comment