Monday, March 18, 2013

POWER OF IMAGINATION

As-salam semua
Apabila diberi peluang oleh Sr National Sales Director kami iaitu SNSD Pam Fortenberry Slate untuk menyarungkan NSD suit beliau, kami semua memang tidak ingin melepaskan peluang ini. Terpaksa beratur agak lama untuk bergambar dengan NSD suit ini.

Gambar nih selalu saya tengok dan belek-belek. Saya bayangkan semoga suatu hari nanti, ianya betul-betul menjadi milik saya.. Segalanya bermula dari impian.. kita membayangkan impian kita.. dan dari impianlah, ianya menjadi kenyataan.. Doakan saya ya..





MARY KAY DI HATIKU..

As-salam semua
Tiba-tiba rasa nak berkongsi I-Story saya yang terbaru..

Sebelum kenal Mary Kay, kak rokie hanyalah insan biasa sahaja. Bukanlah orang senang. Dan orang yang sangat simple. Selepas tamat pengajian di salah sebuah Universiti Tempatan pada usia 21 tahun, kak rokie terus mencari pekerjaan untuk menampung keluarga. Bila usia meningkat ke 26 tahun, barulah kak rokie berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana. Itupun secara part time sahaja. Selama berbelas-belas tahun bekerja di Bank, gaji yang dapat setiap bulan hanya sekadar cukup untuk perbelanjaan bulanan. Kak rokie banyak menjalankan pelbagai business kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan harian. Hinggalah pada penghujung tahun 2008, kak rokie diperkenalkan dengan Mary Kay. Tujuan asal kak rokie jadi Beauty Consultant adalah untuk kegunaan sendiri sahaja. Pada ketika itu, kulit wajah dah semakin kusam, kering dan berjeragat. Tapi tanpa disedari, kak rokie semakin aktif menjalankan perniagaan ini.
 
Selama 3 tahun setengah kak rokie menjalankan perniagaan Mary Kay secara sambilan. Dan akhirnya, setelah hampir 20 tahun bekerja di Bank, kak rokie mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja dan hingga kini (March 2013), hampir 10 bulan kak rokie menjalankan perniagaan Mary Kay secara fulltime.
 
Kak rokie merasakan kehidupan lebih sempurna dan bermakna. Masa lebih terurus malahan hubungan dengan keluarga semakin rapat. Terima kasih Mary Kay kerana memberi sinar di dalam hidupku. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cerita kak rokie nih, kita boleh jumpa dan sembang-sembang ya..
 
Dan sekarang, tugas kak rokie adalah untuk membantu wanita lain untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Gambar di bawah adalah di antara wanita-wanita yang telah berjaya kak rokie bimbing dan mereka pun telahpun bergelar Sales Director sekarang ini..Alhamdulillah..
 
Mary Kay terlalu indah buat saya.. menyempurnakan saya dari hari ke hari..
Sekiranya anda juga ingin mengubah kehidupan anda, kenapa tidak ingin merebut peluang ini? Hubungi saya.. saya sudi berkongsi dan membimbing anda untuk berjaya seperti mereka..
 
Gambar ini diambil semasa kami menghadiri Directors Retreat di Lone Pine Hotel, Batu Feringgi, Penang. Dinner pada malam itu, bertemakan HELLO AFRICA.. Aummmm...
 
 
 
Hubungan kami sangat akrab melebihi hubungan adik beradik..
 
 
 
 
 
 
 
 

MARY KAY MENGUBAH PENAMPILANKU..

As-salam semua
OK kak rokie nak tunjuk satu lagi testimoni terbaru kak rokie..

Baru-baru nih, anak bujang kak rokie yang berusia 9 tahun tuh asyik menyelak album lama kak rokie.. dan ni salah satu gambar yang kak rokie nak kongsi..

Gambar pada tahun 2005, ketika itu usia kak rokie 34 tahun. Masih bekerja di salah sebuah Bank.. Anak kak rokie, Nabil baru aja berusia dalam setahun.. Sejak kahwin dan dah ada anak, kak rokie memang kurang sikit jaga penampilan. Sibuk kendong anak ke sana ke mari.. Gambar ini pun diambil semasa kami dalam perjalanan nak menghadiri kenduri kahwin di rumah saudara..
 
3 tahun kemudian kak rokie kenal dengan Mary Kay. Dan gambar yang sebelah tuh adalah gambar terbaru kak rokie. Alhamdulillah.. dah 4 tahun kak rokie berkecimpung di dalam dunia Mary Kay.. Mary Kay benar-benar telah mengubah segalanya..
 
Sekiranya anda semua ingin menjadi Perunding Kecantikan seperti kak rokie, jom sertai team kak rokie. Kak rokie akan membimbing anda semua. Mary Kay bukan sahaja boleh mengubah penampilan dan membuatkan kita semakin cantik dari hari ke hari, malahan mengubah kehidupan kita keseluruhannya..
 
Hubungi kak rokie ya.. jangan segan silu..
 
 
(Klik gambar di bawah untuk imej yang lebih jelas)
 
 
 
 

Wednesday, March 6, 2013

RAHSIA AWET MUDA KAMI

 
OK apa yang anda semua rasa bila orang meneka umur anda lebih dari usia sebenar? Mesti rasa sedih dan hilang keyakinan diri kan.. Sebenarnya, perempuan nih kalau bab umur memang agak sensitif.. semua nak nampak awet muda kan.. Alhamdulillah.. sejak bersama Mary Kay nih, kak rokie selalu dapat diskaun umur 10 tahun.. pada pendapat akak, nak awet muda, bukan bergantung 100% pada produk sahaja, sebaliknya lifestyle kita adalah salah satu faktor utama.. sejak kak rokie dah tak bekerja di ofis nih, tekanan dah kurang.. masa lebih terurus.. kerja sebagai Beauty Consultant Mary Kay sangat enjoy.. hidup rasa lebih ceria dan happy selalu.. so, itulah yg membuatkan kami semakin hari semakin awet muda.. terimakasih Mary Kay... Nak awet muda mcm kami juga? Jom bersama kak rokie melangkah ke dunia Mary Kay yang indah ini.. akak sudi berkongsi dgn anda semua..
 
Ni gambar kak rokie dan nadia.. nampak kami mcm tak jauh beza umur?
 
Actually nadia baru berumur 24 tahun dan sangat comel.. wajah beliau macam budak2 sekolah aja kan..
 
Dan kak rokie dah hampir 42 tahun.. 18 tahun beza umur kami.. dah kira pangkat anak dan emak kan..
 
 

JOM CANTIK BERSAMA MARY KAY

As salam semua
Bulan ini kak rokie akan mengadakan Bengkel Kecantikan yg dinamakan "JOM CANTIK BERSAMA MARY KAY" di Mary Kay Office, PJ. Details spt berikut:-
Date: Sunday, 10 Mar 2013
Time: 10am - 3.00pm
Venue: Mary Kay Office, Tgkt 8 Jaya 33, Jalan Semangat, Sec 13 PJ
Fees: RM10 only (For Refreshment)
Activities:-
1. Hands & Lips Spa
2. Eye & Skin Care Session
3. Make-Up Session
4. MK World & MK Career Opportunity
5. Individual Consultation, etc
Kita ada special gift utk:-
1. Quizzes
2. Guests yg membawa 2 org kawan.
3. Gift for Ms Awesome Personality (based on Best Dress & Best Make-Up)
4. Lucky draws
Sekiranya anda ingin menghadiri workshop ini, sila hubungi kak rokie 019-3525405 dengan kadar segera ya.. TQ