Monday, November 12, 2018

Secebis Kisah Dari Seorang "Penjual Lipstik"

Akak hanyalah seorang anak kampung.
Kehidupan memang susah suatu ketika dulu.
Adik beradik seramai 8 orang tapi seorang kakak meninggal.
Akak anak keempat.


Ayah hanya bekerja sebagai pemandu bas.
Mak pula buat pelbagai kerja seperti menoreh getah, kerja kilang, kerja kantin, jual kerepek dan macam-macam lagi untuk menambah pendapatan keluarga.
Kami sedari kecil telah diajar untuk berniaga.
Membawa kerepek pedas ke sekolah setiap hari untuk dijual.

Selepas tamat Diploma, akak terus bekerja di usia 21 tahun.
Tak sampai hati untuk terus sambung ke peringkat Sarjana kerana adik-adik masih ramai perlu diberi perhatian.
Akak bekerja untuk membantu mak.
Dengan bekerja sebagai kerani dan permulaan gaji RM650 sahaja dapatlah hantar ke mak RM100.
Menumpang di rumah kawan.
Tidur di ruang tamu sahaja untuk beberapa bulan.

Bila dah ada sedikit kenaikan gaji, akak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana secara sambilan di kala usia 25 tahun.
Dapat juga menggenggam segulung ijazah dengan titik peluh sendiri di kala usia 29 tahun.

Gambar kiri adalah pada tahun 2007.
Ketika itu, akak adalah Penolong Pengurus di salah sebuah Bank terkemuka di Malaysia.

Yang suatu ketika dulu,
.. tak pandai bergaya pun
.. tak pandai bersolek pun
.. tak pandai bercakap pun
.. tak punya keyakinan diri pun

Yang hanya tahu melakukan tugas rutin harian.
Pergi kerja pagi dan pulang petang.
Cukup bulan, dapat gaji ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang
Dulu gaji tiada apa pun yang lebih untuk disimpan.

Gambar kanan adalah akak sekarang sebagai Mary Kay Ind. Executive Senior Sales Director telah mengubah segalanya.


Jika dulu bekerja di bidang korporat, akak hanya mampu memberi mak RM200 - RM300 aja sebulan.
Tapi sekarang, akak adalah Perunding Kecantikan Mary Kay dan penjual lipstik.
Bila orang tanya "Jual lipstik boleh hidup ke?"
Kenapa tidak?
Dengan kerja menjual lipstik inilah, akak mampu memberi 4 angka setiap bulan kepada mak sekarang.
Dan dapat membawa emak ke Mekah dengan 100% dari hasil di Mary Kay.
Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki dari Allah ini.

Teringat kata-kata seorang sahabat.
Apa guna kita ada ijazah setinggi gunung, kerja yang nampak hebat di mata.
Tapi kita tak dapat pun nak membahagiakan ibu sendiri,
Setiap bulan nak bagi mak duit pun masih berkira-kira.

Sekarang, kami tujuh beradik ingin membahagiakan mak. Ingin membalas segala jasa mak membesarkan kami selama ini.

Terimakasih mak kerana telah membesarkan kami semua.
Alfatihah untuk arwah ayah yang dirindui.


Sharing with L.O.V.E.
Kak Rokie

MARY KAY MENGUBAH SEGALANYA

Usia kak rokie telahpun menjangkau 47 tahun.
Bukanlah usia yang muda sangat. Hampir setengah abad dah.
Perasaan malas untuk memikirkan ketrampilan diri pasti akan hadir di usia sebegini.
Memang lumrah kan?

Dulu
Jika kak rokie tidak menyertai Mary Kay, mungkin akak masih seorang pekerja Bank sehingga kini.
Dengan wajah yang kusam dan nak bergaya pun dah malas.
Nak pakai make-up? Akak memang tak tahu make-up.
Pakai bedak pun tak rata sebab kulit kering.
Nak bergaya? Memang dah malas sebab akak suka simple aja. Suka pakai pants, blouse, baju kurung dan sandle aja pergi kerja.
Kalau diteruskan, mungkin bila dah capai usia sebegini, dah seperti mak cik mak cik lah rasanya.

Sekarang
Bila berada dalam dunia kecantikan, akak tidak perlu paksa diri untuk buat semua tuh. Ianya semua berlaku secara sendiri dan rela hati. 
Akak seronok bila dapat belajar banyak ilmu kecantikan, bercampur dengan mereka semua yang mementingkan ketrampilan diri.
Bila diri kita semakin berketrampilan, pasti keyakinan diri semakin meningkat.

Dulu
Akak seorang yang low self-esteem, pendiam.
Nak suruh akak bercakap di depan ? Memang tak lah.
Dalam meeting pun akak jarang bercakap, inikan pula nak bercakap di hadapan. Mau menggeletar satu badan.

Sekarang
Memang jauh berbeza. Akak suka jadi Speaker. Akak suka jadi Mentor bercakap di hadapan ramai orang.
Akak suka bila dapat memberi inspirasi pada orang lain. Akak suka bila dapat berkongsi ilmu dan membantu orang lain.

Dulu
Akak tak pernah pun menjejakkan kaki ke luar negara.
Budget memanga tak ada. Gaji yang dapat, cukup-cukup aja setiap bulan. Nak simpan pun tak ada.

Pergi kerja pun naik motorbike. Semata-mata nak jimat minyak, toll, parking. Pernah tergolek berdarah-darah kaki suatu ketika dulu. 
Tak kira berapa kali motor pancit dan tak boleh start di tengah jalan. Tolak sama-sama ngan hubby.
Baju hujan pun koyak rabak dek kerana hujan panas bersilih ganti.

Sekarang
Alhamdulillah.. akak dah memiliki 2 buah kereta Pink (Altis dan Camry) dari Mary Kay. Dan mampu kemana-mana sahaja dengan kereta kesayanga akak ini.

Dulu
20 tahun bekerja makan gaji, gaji terakhir akak tak sampai RM5K pun. Kalau akak masih bekerja makan gaji, pasti tak merasalah akak gaji 5 angka sehingga ke hari ini.

Sekarang
Alhamdulillah.. kurang 2 tahun menyertai Mary Kay, akak dah capai income 5 angka tuh dan bertambah setiap bulan.

Alhamdulillah syukur.. keputusan yang akak ambil 10 tahun lepas untuk menyertai Mary Kay, benar-benar telah mengubah kehidupan akak dan famili dengan lebih baik.
Di kala usia 37 tahun, akak menceburi bidang baru. Beralih dari bidang IT yang telah diceburi selama hampir 20 tahun, ke bidang Beauty yang akak sendiri tiada apa-apa pengetahuan. Bermula dari ZERO.

37 tahun bukanlah usia yang muda dan masa yang sesuai untuk beralih profession. But I DID IT!!!
Akak bersyukur kerana telah buat satu keputusan yang terbaik di dalam kehidupan ini.. Alhamdulillah.

Apa yang anda semua nampak, itulah akak dulu dan kini. 
Adakah akak nampak lebih ceria? Lebih gembira? Lebih muda? Lebih bergaya? Anda nilaikan sendiri ya.

Yang pastinya, akak adalah seorang isteri dan ibu yang berusia 47 tahun. Dan akak juga adalah seorang Perunding Kecantikan yang suka membantu orang lain untuk CANTIK dan BERJAYA.

Ingin menyertai akak di dalam bidang ini? Jangan malu-malu untuk hubungi akak ya. Akak bersedia untuk membantu sesiapa sahaja.

Sharing with L.O.V.E.
Kak Rokie (019-3525405)

HAPPY 18 YEARS ANNIVERSARY MARY KAY MALAYSIA

Mary Kay Malaysia dah 18 tahun. Akak dah bersama Mary Kay dah 10 tahun. Alhamdulillah.

Dulu masa awal-awal akak kerja makan gaji, usia 21 tahun, paling lama boleh bersama dengan sesebuah Company hanya dalam setahun dua aja. Selepas itu, akak mesti melompat cari kerja yang lain sebab akak cepat bosan.

Tapi tempat kerja yang terakhir (di Bank) agak lama sikit sampai 10 tahun. Mungkin masa tuh dah semakin berusia dah nak masuk 4 series, dah malas nak melompat-lompat dah.. ingatkan nak kerja sampai bersara lah kat situ.

Tapi siapa sangka kan, di kala usia 37 tahun, akak kenal Mary Kay dengan tujuan asal nak repair kulit aja tapi akhirnya boleh menjadi satu kerjaya. Akak start belajar dari zero benda baru.

Alhamdulillah.. masih setia di sini. Tak pernah rasa bosan pun. Syukur dipertemukan dengan kerjaya yang hebat ini.

Doakan semoga perjalanan akak dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik dalam misi membantu memperkayakan kehidupan wanita2 lain. Akak juga akan mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk anda semua.

Happy 18th years Anniversary Mary Kay Malaysia.


Sunday, November 11, 2018

MARY KAY BEAUTY CENTRE

Mary Kay Malaysia mempunyai ibupejabat yang bertempat di Petaling Jaya. Di sini, kami selalu mengadakan Trainings dan Bengkel Kecantikan. Anda boleh hadir ke sini dengan membuat temujanji dengan mana-mana Perunding Kecantikan Mary Kay. Alamatnya:

Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd
Level 8 Block 6
VSQ @ PJ City Center
Jalan Utara
46200 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

VSQ @ PJ City Center

Mary Kay Malaysia juga mempunyai beberapa buah Beauty Center di negeri-negeri lain seperti Johor Bahru, Ipoh, Penang, Kota Kinabalu dan Kuching.

Selain daripada itu, Kak Rokie juga mempunyai Training Center sendiri yang bertempat di Cheras. Kami mengadakan Mesyuarat Unit mingguan dan semua aktiviti Mary Kay di sini. Alamatnya:

D'Butterflies Centre
5C Jalan Suarasa 8/7
Bandar Tun Hussein Onn
43200 Cheras
Selangor, Malaysia


Alhamdulillah.. syukur kerana diberikan kemudahan ini di dalam misi kami di dalam membantu wanita-wanita lain untuk cantik dan berjaya.


MARY KAY SKIN ANALYSER

Mary Kay Skin Analyser ini sangat kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Berupaya 50x zoom camera lens.

Skin Analyser ini akan menentukan jenis kulit, keanjalan / elasticity kulit, kelembapan dan minyak, pori-pori, sensitivity kulit dan juga menentukan tona kulit.

Gambar-gambar berikut adalah antara keputusan yang telah akak perolehi. Berdasarkan report ini, akak boleh suggest produk yang sesuai untuk mengatasi segala permasalahan kulit anda.

Kepada yang nak analisis kulit, boleh hubungi kak rokie ya. Anda akan dapat test kulit dan sesi rundingan secara percuma sahaja.

Jom cantik!




RAHSIA AWET MUDA ?

47 tahun????
Biar betul ðŸ˜²
Ini adalah antara respons yang biasa akak terima bila akak beritahu umur akak.
Rahsia awet muda akak? 
Sudah tentu TimeWise Repair dari Mary Kay ini, Memang sangat membantu.
Dua produk di bawah ini antara yang akak sukaaaaaaa sangat.
1. TimeWise Revealing Radiance Facial Peel melakukan deep exfoliating, menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan garis halus dan kedutan.
2. TimeWise Repair Lifting Serum pula menegangkan dan menganjalkan kulit.

Dan jangan lupa pakai TimeWise Repair Deep Wrinkle Filler sekali. Sangat membantu untuk mengurangkan kedutan.
Jangan biarkan kulit kita dimamah usia ya..

"Its never too late to rescue skin from the damage of the past"

Untuk info lanjut dan tempahan, hubungi Kak Rokie ya.