Monday, November 12, 2018

HAPPY 18 YEARS ANNIVERSARY MARY KAY MALAYSIA

Mary Kay Malaysia dah 18 tahun. Akak dah bersama Mary Kay dah 10 tahun. Alhamdulillah.

Dulu masa awal-awal akak kerja makan gaji, usia 21 tahun, paling lama boleh bersama dengan sesebuah Company hanya dalam setahun dua aja. Selepas itu, akak mesti melompat cari kerja yang lain sebab akak cepat bosan.

Tapi tempat kerja yang terakhir (di Bank) agak lama sikit sampai 10 tahun. Mungkin masa tuh dah semakin berusia dah nak masuk 4 series, dah malas nak melompat-lompat dah.. ingatkan nak kerja sampai bersara lah kat situ.

Tapi siapa sangka kan, di kala usia 37 tahun, akak kenal Mary Kay dengan tujuan asal nak repair kulit aja tapi akhirnya boleh menjadi satu kerjaya. Akak start belajar dari zero benda baru.

Alhamdulillah.. masih setia di sini. Tak pernah rasa bosan pun. Syukur dipertemukan dengan kerjaya yang hebat ini.

Doakan semoga perjalanan akak dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik dalam misi membantu memperkayakan kehidupan wanita2 lain. Akak juga akan mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk anda semua.

Happy 18th years Anniversary Mary Kay Malaysia.


No comments:

Post a Comment