Monday, November 12, 2018

MARY KAY MENGUBAH SEGALANYA

Usia kak rokie telahpun menjangkau 47 tahun.
Bukanlah usia yang muda sangat. Hampir setengah abad dah.
Perasaan malas untuk memikirkan ketrampilan diri pasti akan hadir di usia sebegini.
Memang lumrah kan?

Dulu
Jika kak rokie tidak menyertai Mary Kay, mungkin akak masih seorang pekerja Bank sehingga kini.
Dengan wajah yang kusam dan nak bergaya pun dah malas.
Nak pakai make-up? Akak memang tak tahu make-up.
Pakai bedak pun tak rata sebab kulit kering.
Nak bergaya? Memang dah malas sebab akak suka simple aja. Suka pakai pants, blouse, baju kurung dan sandle aja pergi kerja.
Kalau diteruskan, mungkin bila dah capai usia sebegini, dah seperti mak cik mak cik lah rasanya.

Sekarang
Bila berada dalam dunia kecantikan, akak tidak perlu paksa diri untuk buat semua tuh. Ianya semua berlaku secara sendiri dan rela hati. 
Akak seronok bila dapat belajar banyak ilmu kecantikan, bercampur dengan mereka semua yang mementingkan ketrampilan diri.
Bila diri kita semakin berketrampilan, pasti keyakinan diri semakin meningkat.

Dulu
Akak seorang yang low self-esteem, pendiam.
Nak suruh akak bercakap di depan ? Memang tak lah.
Dalam meeting pun akak jarang bercakap, inikan pula nak bercakap di hadapan. Mau menggeletar satu badan.

Sekarang
Memang jauh berbeza. Akak suka jadi Speaker. Akak suka jadi Mentor bercakap di hadapan ramai orang.
Akak suka bila dapat memberi inspirasi pada orang lain. Akak suka bila dapat berkongsi ilmu dan membantu orang lain.

Dulu
Akak tak pernah pun menjejakkan kaki ke luar negara.
Budget memanga tak ada. Gaji yang dapat, cukup-cukup aja setiap bulan. Nak simpan pun tak ada.

Pergi kerja pun naik motorbike. Semata-mata nak jimat minyak, toll, parking. Pernah tergolek berdarah-darah kaki suatu ketika dulu. 
Tak kira berapa kali motor pancit dan tak boleh start di tengah jalan. Tolak sama-sama ngan hubby.
Baju hujan pun koyak rabak dek kerana hujan panas bersilih ganti.

Sekarang
Alhamdulillah.. akak dah memiliki 2 buah kereta Pink (Altis dan Camry) dari Mary Kay. Dan mampu kemana-mana sahaja dengan kereta kesayanga akak ini.

Dulu
20 tahun bekerja makan gaji, gaji terakhir akak tak sampai RM5K pun. Kalau akak masih bekerja makan gaji, pasti tak merasalah akak gaji 5 angka sehingga ke hari ini.

Sekarang
Alhamdulillah.. kurang 2 tahun menyertai Mary Kay, akak dah capai income 5 angka tuh dan bertambah setiap bulan.

Alhamdulillah syukur.. keputusan yang akak ambil 10 tahun lepas untuk menyertai Mary Kay, benar-benar telah mengubah kehidupan akak dan famili dengan lebih baik.
Di kala usia 37 tahun, akak menceburi bidang baru. Beralih dari bidang IT yang telah diceburi selama hampir 20 tahun, ke bidang Beauty yang akak sendiri tiada apa-apa pengetahuan. Bermula dari ZERO.

37 tahun bukanlah usia yang muda dan masa yang sesuai untuk beralih profession. But I DID IT!!!
Akak bersyukur kerana telah buat satu keputusan yang terbaik di dalam kehidupan ini.. Alhamdulillah.

Apa yang anda semua nampak, itulah akak dulu dan kini. 
Adakah akak nampak lebih ceria? Lebih gembira? Lebih muda? Lebih bergaya? Anda nilaikan sendiri ya.

Yang pastinya, akak adalah seorang isteri dan ibu yang berusia 47 tahun. Dan akak juga adalah seorang Perunding Kecantikan yang suka membantu orang lain untuk CANTIK dan BERJAYA.

Ingin menyertai akak di dalam bidang ini? Jangan malu-malu untuk hubungi akak ya. Akak bersedia untuk membantu sesiapa sahaja.

Sharing with L.O.V.E.
Kak Rokie (019-3525405)

No comments:

Post a Comment