Sunday, November 9, 2014

TESTIMONI TERBARU KAK ROKIE - 10 NOVEMBER 2014

Assalam semua
Hari ini kak rokie ingin berkongsi testimoni wajah terkini kak rokie sendiri.


(Boleh klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)

.


Kak rokie mula mengenali Mary Kay pada bulan Oct 2008. Pada ketika itu, usia dah meningkat ke 37 tahun. Sebelum ini, kak rokie banyak menggunakan produk-produk tempatan yang mempunyai bahan-bahan pemutih dan pengelupasan. Juga antara produk-produk yang mempunyai bahan-bahan kimia yang merbahaya seperti raksa, merkuri dan hidrokinon.

Bila umur semakin meningkat dan kulit semakin menipis, barulah nampak kesan ke atas pemakaian produk-produk tersebut. Masalah kulit kak rokie ialah sangat kering hingga menggelupas. Kulit kelihatan sangat kusam dan tak bermaya. Jeragat mula berleluasa di kedua belah pipi. Masalah mata memang sangat ketara.

Syukur dipertemukan dengan Mary Kay. Walaupun agak lewat di usia 37 tahun, baru timbul kesedaran tentang penjagaan kulit dan produk-produk selamat yang harus dititikberatkan..tetapi memang masih belum terlambat. Kulit kak rokie di rawat dengan baik dengan produk Mary Kay. Hasil pemakaian yang konsisten dan berdisiplin, perubahan demi perubahan yang positif kak rokie miliki dengan produk ini. Alhamdulillah, setelah 6 tahun menggunakan produk Mary Kay, kulit kelihatan semakin sihat dan awet muda.. walaupun usia semakin meningkat.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk Mary Kay? Hubungi kak rokie ya.. kak rokie sedia berkongsi dengan anda semua.. 019-3525405..


Tuesday, September 30, 2014

BENGKEL KECANTIKAN "JOM CANTIK" - 19 OCT 2014

Alhamdulillah.. Bengkel Kecantikan yang bertemakan "LAVENDER" yang diadakan pada 19 Oct 2014 di Petaling Jaya berjalan dengan begitu lancar dan meriah sekali. Seramai 16 Mary Kay Beauty Consultants telah bergabung tenaga untuk menjayakan Event ini. Ini adalah sebahagian dari Beauty Consultants yang hadir.. ada yang belum sampai lagi masa nih..Terimakasih semua... u are awesome..!!



Terimakasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada seramai lebih 30 tetamu yang hadir. Wajah mereka semua kelihatan begitu bersemangat dan teruja sekali. Dan mereka kelihatan begitu cantik memakai warna-warna Lavendar. 

Di awal pagi, selepas pendaftaran, mereka semua membelai tangan masing-masing dengan menggunakan Satin Hands Pampering Set.




Inilah Mary Kay Satin Hands Pampering Set.. sangat best produk nih.



Selepas itu, setelah kulit masing-masing di analisis oleh Beauty Consultants, mereka membelai wajah masing-masing dengan Skin Care Session.. didahului dengan pencuci mata dan bibir, dan seterusnya membual facial di wajah sendiri dengan penggunaan Cleanser, Mask, Freshener dan Hydrate.


Antara produk yang mereka guna..set Botanical Effects dan set miracle anti-ageing Timewise.



Selesai sesi penjagaan kulit wajah, diadakan pula sesi demo dan praktikal untuk asas solekan.



Sesi seterusnya adalah sesi peluang kerjaya di mana kami membuka peluang kepada semua tetamu yang hadir yang berminat untuk menjadi Beauty Consultants seperti kami dan seterusnya mencari pendapatan sampingan dengan Mary Kay. Banyak hadiah yang telah kami berikan kepada para tetamu yang hadir.


Antara yang telah membuat keputusan untuk menyertai team kami.. Tahniah semua..

Adik yang cantik manis ini telah memenangi pakaian dan makeup tercantik.. mengikut tema LAVENDER. Tahniah sis.

Dan akhir sekali, kami mengadakan konsultasi individu dan gambar bersama-sama. 



Ternyata semua yang hadir begitu seronok sekali. Bukan sahaja mereka dapat ilmu yang bermanfaat, malahan dapat membawa pulang hadiah-hadiah yang menarik dan juga mendapat ramai kawan.

Semoga kita akan berjumpa lagi di Event yang akan datang ya.

Sunday, September 21, 2014

SEMINAR 2014

Assalam semua..
OK kak rokie ingin bercerita mengenai Seminar pula.. Selama lebih 5 tahun menyertai Mary Kay, kak rokie telah berpeluang menghadiri 6 kali Seminar..bermula dari tahun 2009 sehingga 2014.. dan Alhamdulillah.. kak rokie telah berjaya memiliki 14 bentuk cincin berlian dari Mary Kay.. di setiap cincin berlian yang kak rokie miliki ini, ianya mempunyai makna yang sangat besar..

Cincin COURT OF PERSONAL SALES (2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014)
Di sebalik cincin berlian inilah, hadirnya semua para pelanggan kak rokie..Terimakasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang menyokong kak rokie selama ini.

Cincin COURT OF SHARING (2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014)
Di sebalik cincin berlian ini pula, hadirnya semua ahli pasukan (Beauty Consultants) yang menyertai team Beaute' Butterfly. Terimakasih yang tidak terhingga kepada anda semua kerana memberi kepercayaan kepada kak rokie untuk memimpin anda di dalam Mary Kay.  

Cincin COURT OF UNIT PRODUCTION (2011, 2012, 2013 dan 2014)
Di sebalik cincin berlian ini pula, berdiri teguhnya semua Beauty Consultants yang bernaung di bawah unit Beaute' Butterfly. Di bawah kepimpinan saya, kami sama-sama berusaha untuk merealisasikan impian kami.

Kak rokie sayang anda semua.. para pelanggan, Team dan Unit kak rokie.. tanpa anda semua, tidak mungkin kak rokie boleh sampai ke tahap ini..

Jom imbas kembali pada masa mula-mula kak rokie mengenali Seminar di Mary Kay..


Ini wajah-wajah kak rokie menghadiri Seminar Awards Nite selama 6 tahun (Boleh klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas).

Pada tahun 2009, pada ketika ini belum sampai setahun menyertai Mary Kay dan belum menjadi Sales Director lagi. Memang agak blur pada ketika itu. Belum mencapai apa-apa cincin berlian pada tahun itu. Tapi agak excited juga ingin hadir ke Seminar kerana itu adalah pengalaman pertama. Perasaan ingin tahu apa yang menarik di sana, memang agak berkobar-kobar juga. Tema pada tahun itu adalah hitam dan putih dan kak rokie agak simple aja. Muka pun nampak masih agak comot lagi pada ketika itu..hihi..

Di sepanjang Seminar, kak rokie nampak ramai Beauty Consultants turun naik pentas dan banyak kali juga wajah yang sama dapat ON-STAGE RECOGNITION. Di malam Awards Nite pula, kak rokie lihat mereka memakai pakaian yang begitu cantik dan glamour sekali. Melambai-lambai pada audience ibarat sang Ratu.. dan mendapat tepukan yang sangat gemuruh dari audience..berdiri juga bulu roma bila mendengar tepukan mereka itu.. dan tercuit rasa cemburu bila melihat semua Achievers tersenyum manis sambil melambai-lambai di atas pentas.. sambil membayang-bayangkan diri sendiri berada di sana.. sejak daripada saat itu, kak rokie menanamkan azam dan semangat untuk memiliki cincin berlian sendiri dan merasai pengalaman yang dilalui oleh mereka semua..

Bermulalah pada tahun 2010, kak rokie berjaya memiliki 2 cincin berlian, 2011 (3 cincin berlian), 2012 (4 cincin berlian), 2013 (3 cincin berlian) dan 2014 (2 cincin berlian). Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah berikan ini..

Boleh klik link di bawah ini untuk mengetahui cincin-cincin yang ditawarkan di Mary Kay..


Apa itu Seminar Mary Kay?

Seminar adalah Event yang terbesar di Mary Kay untuk semua Beauty Consultants. Ianya adalah tempat untuk meraikan kemenangan dan pencapaian kita di atas usaha selama setahun. Di samping kita mendapat motivasi, ilmu, dari speakers Local dan International, kita juga mendapat ideas dan inspirasi daripada perkongsian dan kejayaan orang lain, suntikan semangat yang sangat tinggi, aktiviti dan updates dari Company, menjalinkan hubungan sisterhood dengan lebih rapat. Makna kata, Seminar adalah tempat untuk kita mendapat "Energy".. kita "Recharge" semula semangat kita untuk meneruskan perjuangan di Mary Kay.

Berikut adalah gambar-gambar yang terbaru dari Seminar 2014.. yang baru sahaja berlangsung pada 12-13 September di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Jom kak rokie ceritakan serba sedikit apa yang berlaku di Seminar 2014.. semoga mendapat inspirasi dari gambar-gambar berikut..

Dewan dan pentas yang tersergam indah

Bersama peneman setia kak rokie.. Tq hubby

Antara sebahagian dari unit Beaute' Butterfly yang hadir

Bersama Future Area kak rokie.. SSD Noraniza dan SD Rosma.. 
SD Jumirdah tidak dapat hadir kerana tengah berpantang

Bersama sebahagian dari Sales Directors under Pam Area

Wajah-wajah gembira dapat hadiah dari SNSD Pam.. untuk kategori Sales bulan August

Anugerah yang sangat istimewa pada hari itu.. sempena ulangtahun yang ke-5 kak rokie di Mary Kay.. di sebelah saya adalah Recruiter saya, SSD Norfiza


Kak rokie salah seorang pencapai Special Luncheon. Makanan yang dihidangkan memang lazat-lazat belaka.


Berikut adalah gambar-gambar sekitar Seminar Awards Nite..

Wajah-wajah kak rokie selepas ditatarias..sangat berubahkan

Royal Reception bersama En. Hubby

Comel-comel dah semua


Bersama sebahagian pencapai TRIPLE COURTS ACHIEVERS..yang ditengah-tengah tuh adalah offspring kak rokie, SSD Noraniza

Bersama Senior kak rokie.. ESSD Nafisah Omar

Sekitar gambar-gambar di atas pentas dan di luar Seminar





Anak-anak pun happy..kerana berpeluang meraikan bersama..


Antara hadiah-hadiah yang diperolehi during Seminar

Lagi panjang Lanyard, bermakna lagi banyak pencapaian

Triple Courts Achievers


Circle of Achievement

2 Diamond Rings (Court of Personal Sales & Court of Sharing)


5 Years MK Anniversary

Year of the Consistent Star Rewards

Alhamdulillah.. kak rokie harap anda semua enjoy dengan gambar-gambar di atas, Pengalaman nih semua memang sangat berharga, Dan kak rokie sangat2 menyayangi hadiah2 yang diperolehi di atas..

Mary Kay memang sentiasa menghargai setiap usaha kami dari sekecil2 pencapaian sehinggalah sebesar2nya. Kepada wanita-wanita di luar sana, sekiranya anda ingin merasai pengalaman seperti ini.. jom bersama-sama menyertai kak rokie di dalam bidang yang sangat menarik ini. Di Mary Kay, kami dapat seimbangkan kehidupan kami dengan lebih sempurna.. GOD 1st.. FAMILY 2nd.. CAREER 3rd.. itulah philosophy kami di Mary Kay..

Sekiranya kak rokie boleh, sudah tentu anda boleh melakukannya.. kak rokie sedang mencari team baru yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya..  hubungi kak rokie ya.. kita boleh sembang-sembang dan berkenalan dahulu..019-3525405..

Kepada semua MK sisters, InshaaAllah kita semua berjumpa lagi di Seminar 2015 dengan pencapaian yang lebih gemilang..

Saturday, September 20, 2014

PAM AREA AWARDS NITE 2014

Assalam semua..
Bulan September memang bulan yang sangat sibuk kerana ini adalah bulan kami menghadiri Event yang terbesar di Mary Kay iaitu Seminar yang diadakan setahun sekali. Pada masa ini, Senior National Sales Director yang kami sayangi iaitu SNSD Pam akan datang ke Malaysia untuk menjadi salah seorang Mentor dan meraikan Seminar ini bersama kami. 

Sehari sebelum Seminar, kami mengadakan Pam Area Awards Nite untuk meraikan kejayaan semua Sales Directors dan Beauty Consultants yang berada di bawah area Pam ini. Event ini telah diadakan pada hari Khamis, 11 September 2014 @8pm-11pm di The Club, Bukit Utama, Damansara. Tema kali ini adalah R.O.A.R. Semua kelihatan begitu ceria dan cantik sekali.

Beberapa gambar yang ingin kak rokie kongsi untuk tatapan anda semua..

Ni gambar kak rokie pada malam tersebut. Gaya yang agak simple dan santai tapi tetap R.O.A.Rrrr... hehe

Ni gambar kak rokie bersama 2 org unit members kak rokie (Intan dan Sha) dan juga SNSD Pam (berbaju merah) dan anak daranya, Katie yang sangat cantik..

Dua-dua nih kak rokie sayang..

Dewan dan backdrop yang dihias dengan sangat cantik.. bersesuaian dengan tema,,

Antara gambar-gambar yang diambil untuk pencapaian kak rokie setahun yang lepas..





Antara hadiah-hadiah yang kak rokie terima pada malam tersebut













Alhamdulillah... kak rokie memang suka dan sayang hadiah-hadiah ini..kerana hadiah ini adalah istimewa dari SNSD Pam.. semoga ianya akan dijadikan semangat untuk kak rokie terus berusaha untuk mencapai impian kak rokie seterusnya.. doakan akan ya..

Sekiranya anda ingin menyertai team kak rokie, kak rokie sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke Beaute' Butterfly. Kak rokie sedang mencari lebih ramai wanita-wanita yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya.. jom kita bersama-sama membina impian di dalam bidang yang sangat menarik ini..