Sunday, September 22, 2013

SEMINAR 2013

Assalam semua
Sekarang kak rokie nak update pula Event yang paling gilang gemilang di Mary Kay iaitu Seminar 2013 yang baru sahaja berlangsung pada 13 - 14 September 2013 di Berjaya Times Square Hotel, KL. Ini adalah Seminar yang keempat yang kak rokie hadiri sepanjang berkecimpung hampir 5 tahun di Mary Kay. Sememangnya Event ini adalah yang paling dinanti-nantikan oleh setiap para Beauty Consultants di Mary Kay.
 
Bermula pada 13 Sep 2013, pendaftaran telah dibuka seawal 11.00am. Para Sales Director diminta datang awal untuk sesi fotografi dengan memakai Sales Director Suit yang baru.
 
Berikut adalah gambar kak rokie bersama Off-Springs Sales Director. Alhamdulillah untuk tahun Seminar 2013, kak rokie telah berjaya melahirkan 3 Off-Spring Directors. Berdiri dari kiri adalah SD Nadia, SD Jumie, SSD Rokie, SD Nieza dan SD Zabrina. Mereka semualah pendorong dan kekuatan kak rokie di Mary Kay.. Alhamdulillah..
 
 
 
Dan inilah gambar bersama sebahagian unit members kak rokie yang hadir iaitu Beaute' Butterfly. Dari kiri adalah Zara, Sha, Intan, Lyn dan Min. Hubungan kami sangat akrab dan saling bantu membantu untuk mencapai impian di Mary Kay..Sayang semua..
 
 
Off-Spring kak rokie yang keempat iaitu SD Zabrina mendapat pengiktirafan on-stage dan juga pembacaan ikrar sebagai Sales Director yang baru sedang dijalankan..
 
 
 
Hari pertama Seminar tamat pada pukul 4 petang dan semua balik ke bilik hotel masing-masing untuk persiapan ke Awards Nite yang akan berlangsung pada pukul 8.00 malam. Dan tahun ini, agak lewat kak rokie turun ke Royal Reception disebabkan oleh beberapa masalah teknikal. Hanya sempat ambil beberapa keping gambar di Royal Reception. Tema tahun ini adalah RED & GOLD dan inilah pakaian kak rokie untuk ke Seminar Awards Nite 2013.
 
 
Alhamdulillah.. untuk tahun ini, sekali lagi kak rokie mendapat anugerah Triple Courts Achievers dan ini adalah kali ke-3 kak rokie mendapat anugerah ini selama 3 tahun berturut-turut. Kak rokie berjaya mendapat 3 cincin berlian pada malam tersebut untuk kategori berikut:-
 
COURT OF PERSONAL SALES
COURT OF SHARING (2nd Runner Up)
COURT OF UNIT PRODUCTION
 
Untuk kategori Court of Sharing, sekali lagi kak rokie berada di tangga TOP 3. Walaupun hanya mendapat tempat ke-3, itu sudah cukup bermakna untuk diri kak rokie. Usaha yang berterusan dan saling bantu membantu wanita lain untuk berjaya memang menampakkan hasilnya. Syukur ke hadrat Ilahi yang mampu kak rokie panjatkan.
 
Jom tengok gambar-gambar seterusnya di malam Awards Nite tersebut..
 





 
Dan berikut adalah 3 cincin berlian yang berjaya kak rokie miliki pada tahun ini dan satu Bumble Bee untuk TOP 3 Achiever. Dengan ini menjadikan jumlah kesemuanya 12 cincin berlian yang telah kak rokie miliki sepanjang 4 1/2 tahun berkecimpung di dalam dunia Mary Kay..
 
 
 
Awards Nite berlangsung sehingga pukul 11.00 malam dan kami lepak bersama MK sisters yang lain sehingga pukul 2 pagi, Keesokan harinya, Seminar berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 4 petang. Pagi itu dimulai dengan Grooming Session bersama Professional Image Consultant iaitu Fiona Tahir. Memang best sesi tersebut. Untuk tengahari pula, kak rokie mendapat Special Luncheon bersama ramai lagi Achievers yang lain..
 
Pentas seluas 80 kaki yang cantik dihias bertemakan 50 years Mary Kay Anniversary..

Red Jacket University (RJU) Graduation

Special Luncheon Achievers.. bergambar bersama SNSD Pam dan Off-Springs

Bergambar bersama SNSD Pam dan suami beliau, Chad

Saat gembira berposing sakan bersama Off-Springs dan Beaute' Butterflies..Keakraban kami jelas kelihatan melalui gambar-gambar berikut..




Selepas Seminar, kami sempat mengadakan "debrief session" bersama MK sisters yang lain dan sempat berposing beramai-ramai..

Ni antara Gifts, Awards dan Recognitions yang kak rokie dapat semasa Pam Area Awards Nite dan Seminar 2013.. Alhamdulillah usaha yang sangat berbaloi..
   




 
 
Alhamdulillah.. kesyukuran yang mampu saya panjatkan kehadrat Ilahi di atas kurniaan ini..
Impian saya untuk Seminar 2014 ini, adalah untuk membantu lebih ramai wanita-wanita lain untuk berjaya dan mengubah kehidupan mereka dengan lebih baik. Sekiranya anda semua ingin menjadi sebahagian dari famili saya di Mary Kay, marilah bersama saya menyertai bidang yang sangat menarik ini, Saya akan melatih dan memberi bimbingan sehingga anda berjaya mencapai impian anda..
 
Hubungi saya di talian 019-3525405 atau email di rokie.mk@gmail.com ya..
 
Jangan takut atau segan ya.. mungkin langkah anda ini bakal mengubah kehidupan anda sekeluarga.. InshaaAllah kita sama-sama berusaha ya..
 

Thursday, September 19, 2013

PAM AREA AWARDS NITE 2013

Assalam semua
Baru-baru ini, kami semua yang bernaung di bawah Fortenberry-Slate Area telah mengadakan PAM AREA AWARDS NITE pada 12 September 2013 di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Malam ini adalah malam yang sangat istimewa kerana Senior National Sales Director kami iaitu SNDS Pam Fortenberry Slate telah datang ke Malaysia bersama suami beliau.

Jom kita tengok antara gambar-gambar yang sempat diambil..

 
Dewan yang dihiasi cantik. Warna-warna merah, oren dan kuning menjadi pilihan bersesuaian dengan tema "GIRLS ON FIRE"..!!
 

 
 
 Inilah National SD kesayangan kami iaitu SNSD Pam dan suami kesayangan beliau, Chad yang terbang jauh dari Texas.
 

Ni kak rokie yang memakai baju santai aja malam tuh..
 
 
Para Sales Director beratur di pintu masuk untuk mengalu-alukan kedatangan semua para Beauty Consultants Mary Kay yang berada di bawah naungan Pam Area.
 
 
 Kek yang begitu cantik sempena ulangtahun yang ke-50 untuk penubuhan Mary Kay Cosmetics
 
 
Menjamu selera bersama sebahagian unit dan offspring kak rokie..
 

Ms Intan Jufflisa dinobatkan sebagai Ms Go Give dari unit Beaute' Butterfly..tahniah Intan..!!
 
 
Antara Recognitions yang kak rokie terima..
 

Kami sempat bergambar dengan SNSD Pam..
 

Ni antara hadiah-hadiah yang diterima dari Pam.. memang best sangat..
 


Di antara anugerah-anugerah yang kak rokie terima dari Pam..Alhamdulillah.. akan diteruskan usaha untuk membantu wanita-wanita lain untuk berjaya.. Doakan kak rokie ya..





Monday, September 9, 2013

HADIAH ISTIMEWA UNTUK HOSTESS SAYA

Di Mary Kay, kita ada program yang menarik iaitu HOSTESS PROGRAM atau PROGRAM TUAN RUMAH. Ingin mengetahui bagaimana untuk menjadi HOSTESS saya?

Mudah sahaja..
 
1) Anda perlu menjemput beberapa rakan anda (dalam bilangan 5 - 10 orang) untuk menghadiri Skin Care Class dan Make-Up Session bersama saya.
 
2) Tempat untuk melakukan kelas ini terpulang pada anda sendiri. Ianya boleh dilakukan di rumah, di pejabat atau di mana-mana sahaja yang anda rasakan sesuai.
 
3) Tempat tersebut perlu ada meja dan kerusi secukupnya, tempat untuk mencuci tangan dan haruslah di tempat yang tertutup kerana para peserta perlu membuka tudung semasa melakukan Facial dan Make-Up Session.
 
Sebagai ganjaran, saya akan memberikan hadiah istimewa untuk anda yang merupakan produk Mary Kay.
 
Ini adalah Open Skin Care Class yang saya anjurkan baru-baru ini di Pejabat Tanah, Slim River, Perak. Hostess telah mengaturkan kelas ini bersama 15 rakan-rakan pejabat yang lain.
 
 
 
Sekiranya anda berminat untuk menjadi menghadiri kelas seperti ini, boleh hubungi saya 019-3525405 pada bila-bila masa ya.
 
 
 

Sunday, September 1, 2013

INGIN MENGADAKAN LIPSTICK PARTY BERSAMA SAYA?

LIPSTICK PARTY adalah salah satu cara yang sangat seronok dan tidak mengambil masa yang lama. Semasa Lipstick Party ini dijalankan, anda berpeluang:-

1) Belajar untuk membersihkan bibir dengan sempurna dengan menggunakan produk Oil-Free Eye Make-Up Remover dari Mary Kay.

2) Melakukan sendiri Lips Spa dengan menggunakan produk Satin Lips Lip Mask dari Mary Kay.

3) Membelai bibir anda agar sentiasa lembut dan lembab dengan menggunakan Satin Lips Lip Balm dari Mary Kay.

4) Membuat ujian untuk mengenali personality anda melalui KISS PERSONALITY TEST. Aktiviti ini sangat menarik.

5) Mencuba pelbagai rangkaian dan warna-warna MARY KAY CREME LIPSTICK dan MARY KAY TRUE DIMENSION LIPSTICK yang cantik menawan.

6) Dapat mencuba rangkaian produk lain untuk bibir seperti TW Age-Figthing Lip Primer, Lip Liner, Nourishine Lip Gloss dan pelbagai lagi produk untuk bibir.


Menarik dan tertarik?
Hubungi kak rokie 019-3525405 untuk temujanji ya..