Thursday, January 13, 2011

TESTIMONIAL - IZ

Gadis manis baru berusia 25 tahun yang saya kenali dengan nama "IZ" ini telah menghubungi saya pada bulan June 2010 untuk mendapat consultation mengenai produk Mary Kay. Saya telah mempelawa beliau untuk menghadiri facial session di rumah saya di Taman Sutera, Kajang. Dan pada lewat petang 6 June 2010, kami telah bersua muka. Seingat saya pada masa itu, IZ baru sahaja pulang dari menghadiri majlis kenduri di rumah saudara beliau.

Di awal sesi consultation, saya telah menganalisis kulit beliau. Masalah yang paling ketara yang dihadapi oleh IZ adalah jerawat yang melata dan kulit yang sangat berminyak. Beliau telah mencuba pelbagai jenis produk tempatan sebelum ini tetapi kesan yang diperolehi oleh beliau adalah sangat teruk.

Berikut adalah gambar-gambar yang di ambil sebelum facial session.



Saya telah mencadangkan set Botanical sebagai permulaan. Setelah hampir sebulan menggunakan set Botanical, kulit IZ menunjukkan perubahan yang sangat positif iaitu jerawat yang semakin berkurangan dan kulit wajah semakin sekata dan kurang berminyak.


Dan sekarang, setelah melebihi 7 bulan IZ menggunakan produk Mary Kay, inilah hasil yang beliau perolehi.




Kulit beliau kelihatan sangat sihat, tone yang sekata dan minyak yang seimbang. Malahan IZ komen, jerawat pun dah macam "malu-malu" nak keluar sekarang ini. Alhamdulillah syukur sangat apabila saya melihat perubahan ini. Kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila dapat membantu orang lain untuk cantik.


Saya akan terus melihat perkembangan IZ dan pastikan beliau mendapat kepuasan dengan Mary Kay. Selepas ini, sudah tentu saya ingin merawat bahagian parut jerawat itu dengan set Microdermabrasion dan juga boleh suggest beliau bertukar ke Set Anti-Ageing TimeWise apabila tiba waktu yang sesuai utk beliau. Semoga IZ akan terus ceria dan akan berkongsi dengan wanita lain untuk membantu mereka mendapatkan kulit yang cantik dan sihat..