Tuesday, July 23, 2013

TESTIMONIAL - NADIA

Assalam semua
Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang wanita muda yang sangat hebat ini.. Beliau adalah Nadiatul Syahirah yang juga merupakan off-spring saya yang ke-3.

Saya mengenali Nadia pada tahun 2011 di mana pada masa itu beliau mempunyai masalah jerawat yang agak teruk. Beliau yang baru berusia 22 tahun pada ketika itu telah menggunakan pelbagai produk tempatan yang mempunyai pengelupasan. Kesan dari penggunaan produk tersebut, kulit beliau yang sebelum ini licin, tiba-tiba ditumbuhi jerawat yang sangat banyak. Nadia ketika itu berada di Penang dan masih belajar lagi dan saya pula di Kuala Lumpur. Kami memulakan perkenalan jarak jauh dahulu dan apabila saya mengadakan Bengkel Kecantikan di Juru, AutoCity, Penang, saya berpeluang untuk mengenali Nadia dengan lebih dekat.
 
Saya telah mencadangkan Set Botanical untuk Nadia mencuba dahulu. Alhamdulillah selepas beberapa bulan menggunakan set ini, kulit wajah Nadia semakin pulih. Berikut adalah gambar perubahan kulit wajah beliau (Kredit ke atas Nadia di atas testimony ini).
 
(Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
 
 
Selepas 6 bulan menggunakan Mary Kay dan setelah lihat sendiri perubahan pada wajah beliau, telah cukup untuk membuka hati Nadia untuk menyertai Mary Kay. Walaupun saya berada jauh dengan Nadia tapi di atas semangat beliau yang kuat, beliau telah berjaya menjadi Future Sales Director di dalam masa beberapa bulan sahaja.
 
Pada tahun 2012, Nadia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di kampus UiTM Shah Alam. Saya terus membimbing beliau sehinggalah beliau menjadi Sales Director di Mary Kay pada bulan Februari 2013.
 
Apa yang saya lihat di dalam diri beliau ialah:-
 
1) Walaupun usia beliau masih muda tetapi beliau mempunyai semangat dan matlamat yang tinggi. Seorang wanita muda yang mempunyai wawasan yang tinggi dan mempunyai kematangan fikiran.
 
2) Sikap tidak pernah berputus asa. Beliau tidak menjadikan sebarang kesusahan sebagai halangan untuk beliau terus melangkah. Walaupun jarak kami agak jauh dan beliau tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak tapi beliau tetap meneruskan setiap cabaran sehingga Berjaya mencapainya.
 
3) Good Follower - seorang yang menurut kata. Amat mudah untuk saya memimpin beliau kerana sikap positif beliau ini.
 
Dan banyak lagi factor lain yang menyumbang kepada kejayaan beliau.. Alhamdulillah.. saya merasa bangga sangat melihat kejayaan beliau. Saya yakin beliau akan terus terbang tinggi di dalam bidang ini..
 
Berikut adalah gambar-gambar beliau sepanjang bersama Mary Kay..
 
 
Majlis Debut Nadia sebagai Sales Director yang baru di Mary Kay

 
 
Hubungan kami rapat seperti adik beradik
 

 
Sama tak wajah kami?

 
 
Semasa menghadiri Sales Director Retreat di Lone Pine Hotel, Penang pada Februari 2013 yang lepas..bersama 2 off-springs saya yang lain.. SD Nieza, SD Jumie dan SD Nadia..
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, July 22, 2013

WAJAH-WAJAH TERBARU KAK ROKIE

Assalam semua
Ini adalah wajah-wajah terbaru kak rokie.. memang ramai yang tidak percaya apabila mengetahui umur kak rookie dah masuk 4 series.. Alhamdulillah..

TQ Mary Kay kerana menjadikan kulit sy lbh sihat dan awet muda..
TQ Allah di atas kurniaanMu..

Sekiranya ada yang teringin mencuba dan mendapat rundingan peribadi secara percuma dari kak rokie, jangan malu-malu untuk hubungi kak rokie ya.. akak sudi untuk berkongsi tips kecantikan dengan anda semua..


Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas..
 

Tuesday, July 16, 2013

JOM SET APPOINTMENT DENGAN KAK ROKIE

Assalam semua..
Kak rokie ada juga terima sms/whatsapp yang bertanya begini "Kak rokie ada jual produk juga ker?". Ya sudah tentu. Mungkin ada yang membaca blog kak rokie, hanya perasan yang kak rokie banyak berkongsi tentang peluang kerjaya dan keseronokan menjadi Perunding Kecantikan Mary Kay.
 
Sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay, sudah tentu kak rokie mengadakan kelas-kelas penjagaan kulit wajah dan bengkel-bengkel untuk anda mencuba dahulu produk sebelum menjualnya.
 
Kak rokie melakukan kerjaya Mary Kay ini secara sepenuh masa. Sekiranya anda semua ingin mencuba produk, boleh hubungi kak rokie bila-bila masa. Kelas-kelas ini kak rokie adakan secara PERCUMA sahaja. Apa yang perlu anda lakukan:-
 
1) SMS / WHATSAPP kak rokie bila-bila masa untuk menyatakan anda berminat mengenai produk ini di talian 019-3525405 dan nyatakan lokasi anda.
 
a) Sekiranya anda berada di Lembah Klang terutama area Kuala Lumpur, Kajang, Cheras, Balakong, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Petaling Jaya, Bangsar, Shah Alam, Kota Damansara, memang mudah untuk kak rokie set temujanji kerana kak rokie selalu berada di kawasan tersebut.
 
b) Sekiranya anda berada di negeri-negeri lain, kita boleh memulakan perkenalan/perhubungan jarak jauh dahulu. Sekiranya kak rokie berpeluang ke tempat anda, kak rokie akan menjemput anda untuk menghadiri kelas kak rokie. Kak rokie boleh juga rujuk anda kepada Beauty Consultants (BC) yang lain kerana kak rokie mempunyai ramai rangkaian BC di seluruh Malaysia.
 
2) Sekiranya anda ingin menjemput kak rokie mengadakan bengkel-bengkel kecantikan di tempat anda (rumah, pejabat, persatuan, kolej/university, dsbginya), sila maklumkan bengkel yang bagaimana anda perlukan. Kak rokie mengadakan grooming class untuk Teknik Penjagaan Kulit Wajah, Make-Up, Imej dan Penampilan Diri dan banyak lagi yang berkaitan kecantikan wanita.
 
 
Dan kak rokie nak berkongsi testimonial terbaru kak rokie.. gambar ini diambil 2 hari yang lepas (14 Jul 2013). Inilah antara rahsia kak rokie untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.. TimeWise Replenishing Serum C ini memang sangat hebat. Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenainya, hubungilah kak rokie ya..
 
Jika ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai produk Mary Kay, layarilah website ini..
 
 
 
 
 

Thursday, July 11, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Kepada semua pembaca yang mengikuti blog kak rokie, rasanya belum terlambat lagi untuk kak rokie mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Selamat berpuasa dan menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini. Yang mengenali diri ini, maafkan kak rokie sekiranya ada kekhilafan selama perkenalan kita semua. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.. InshaaAllah.. Ameen..
 
 
 
Di kesempatan ini juga, kak rokie ingin berkongsi pengalaman semasa Ramadhan dulu. Tetiba sahaja teringat pengalaman selama 18 tahun semasa masih bekerja di Bank dulu. Bila bulan Ramadhan, selepas sahur, sudah pastilah tak tidur balik. Dah nak kena bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Memandu dari Kajang --> PJ --> Kajang setiap hari bukanlah jarak yang dekat. Allah sahajalah yang tahu betapa penat dan mengantuknya. Itu belum tiba di office lagi. Bila petang pula, berkejar nak balik ke rumah untuk berbuka puasa. Makan apa sahaja yang sempat dicapai. Kadang-kadang berbuka puasa di dalam kereta aja sebab jam yang melampau. Tahun ini, bila terdengar kawan-kawan merungut keletihan, memang faham sangat isi hati mereka. apa-apa pun, kena bersabar ya..
 
Alhamdulillah.. kak rokie rasa sangat syukur dengan keadaan sekarang.. Sejak dah tidak bekerja di Bank, kehidupan kak rokie lebih terurus. Kak rokie dapat seimbangkan waktu untuk Allah, Famili dan Kerjaya dengan baik. I luv my life now.. Syukur tidak terhingga,. TQ Allah..
 
Sekiranya anda semua ingin mengubah kehidupan seperti kak rokie, jom sertai kak rokie di dalam bidang ini.. ia tidak memerlukan modal yang banyak pun.. boleh mulakan sebagai Part Time dahulu.. kak rokie dulupun buat Mary Kay sebagai Part Time 3 1/2 tahun.. jangan malu-malu untuk menghubungi kak rokie ya.. kak rokie akan membimbing anda semua untuk mencapai impian sehingga berjaya..
 
Jom kita mulakan dengan langkah berani.. Bismillahirrahmannirrahim...
 
 
 

HANGZHOU, CHINA (14 - 19 JUNE 2013)

Assalam semua
Pada tahun ini, sekali lagi kak rokie telah melepasi cabaran Asia Pacific Red Jacket Ralley (APRJR) dan melayakkan kak rokie untuk menghadiri training ke Hangzhou, China. Ini adalah kali yang ke-5 kak rokie melangkah kaki ke Hangzhou bersama Mary Kay. Siapa yang tidak ingin ke sana setiap tahun kerana ilmu yang diperolehi dari sana memang tidak ternilai harganya..melihat dan mendengar sendiri cerita kesusahan dan kepayahan orang-orang di sana untuk mencapai kejayaan, memang menginsafkan diri sendiri kerana betapa bertuahnya kita diberi pelbagai kemudahan dan kesenangan di sini. Ia juga memberi suntikan semangat yang sangat tinggi untuk terus berusaha mencapai kejayaan...Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi..
 
Saya berjaya membawa 3 Achievers dari unit saya untuk bersama-sama kali ini. Nadiatul Syahirah (paling kanan sekali) telahpun menjadi Sales Director, Zabrina (sebelah Nadia) telahpun berjaya melangkah kaki ke Director-In-Qualification dan akan menjadi Sales Director tidak lama lagi dan Sariful Aniqah (sebelah Zabrina) juga akan mengikuti jejak langkah mereka berdua untuk bergelar Sales Director di Mary Kay.




Apa yang menariknya pada tahun ini ialah sempena meraikan Mary Kay 50th Years Anniversary, kami ditempatkan di Resort Hotel yang sangat cantik. Mata tidak berhenti melihat, mulut tidak berhenti memuji dan hati berdetik "Betapa bertuahnya aku dapat datang ke sini pada tahun ini" Terima kasih Mary Kay. Jom lihat sekitar gambar-gambar yang sempat kak rokie ambil sepanjang 6 hari berada di sana..


Antara APRJR Achievers yang pergi bersama kak rokie..
 



 
 
Special key-chain yang kami dapat.. DIM bermakna Director-In-Making..


Bergambar di sekitar kawasan Resort Hotel
 

 

 
Lautan manusia yang menghadiri training... Asia Pacific Region..
 
 
 
Di sekitar Mary Kay Manufacturing Plant
 

 
 
Shopping time.. antara barang-barang yang sempat dirembat di sana.. best beli shawl dan silk murah sangat di sana..


 

Thursday, July 4, 2013

INGIN MENJADI PERUNDING KECANTIKAN MARY KAY?

Assalam semua
Ingin menyertai kak rokie di dalam bidang yang sangat menarik ini? Di samping dapat mencantikkan wajah, menambah keyakinan dan penampilan diri, kita juga dapat mencari pendapatan sampingan. Kerja ini boleh dilakukan secara PART TIME atau FULL TIME. Kak rokie akan menunjukkan cara bagaimana untuk berjaya di dalam Mary Kay..
 
Pada bulan ini, pihak Company melanjutkan promosi Starter Kit Rebate sehingga 31 Julai 2013. Sekiranya anda menyertai Mary Kay pada bulan ini dengan bayaran RM195 sahaja, anda akan mendapat semula rebate RM50 selepas anda membuat pembelian paling minimum. Ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana caranya? Hubungi kak rokie 019-3525405 pada bila-bila masa ya..