Tuesday, July 23, 2013

TESTIMONIAL - NADIA

Assalam semua
Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang wanita muda yang sangat hebat ini.. Beliau adalah Nadiatul Syahirah yang juga merupakan off-spring saya yang ke-3.

Saya mengenali Nadia pada tahun 2011 di mana pada masa itu beliau mempunyai masalah jerawat yang agak teruk. Beliau yang baru berusia 22 tahun pada ketika itu telah menggunakan pelbagai produk tempatan yang mempunyai pengelupasan. Kesan dari penggunaan produk tersebut, kulit beliau yang sebelum ini licin, tiba-tiba ditumbuhi jerawat yang sangat banyak. Nadia ketika itu berada di Penang dan masih belajar lagi dan saya pula di Kuala Lumpur. Kami memulakan perkenalan jarak jauh dahulu dan apabila saya mengadakan Bengkel Kecantikan di Juru, AutoCity, Penang, saya berpeluang untuk mengenali Nadia dengan lebih dekat.
 
Saya telah mencadangkan Set Botanical untuk Nadia mencuba dahulu. Alhamdulillah selepas beberapa bulan menggunakan set ini, kulit wajah Nadia semakin pulih. Berikut adalah gambar perubahan kulit wajah beliau (Kredit ke atas Nadia di atas testimony ini).
 
(Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
 
 
Selepas 6 bulan menggunakan Mary Kay dan setelah lihat sendiri perubahan pada wajah beliau, telah cukup untuk membuka hati Nadia untuk menyertai Mary Kay. Walaupun saya berada jauh dengan Nadia tapi di atas semangat beliau yang kuat, beliau telah berjaya menjadi Future Sales Director di dalam masa beberapa bulan sahaja.
 
Pada tahun 2012, Nadia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di kampus UiTM Shah Alam. Saya terus membimbing beliau sehinggalah beliau menjadi Sales Director di Mary Kay pada bulan Februari 2013.
 
Apa yang saya lihat di dalam diri beliau ialah:-
 
1) Walaupun usia beliau masih muda tetapi beliau mempunyai semangat dan matlamat yang tinggi. Seorang wanita muda yang mempunyai wawasan yang tinggi dan mempunyai kematangan fikiran.
 
2) Sikap tidak pernah berputus asa. Beliau tidak menjadikan sebarang kesusahan sebagai halangan untuk beliau terus melangkah. Walaupun jarak kami agak jauh dan beliau tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak tapi beliau tetap meneruskan setiap cabaran sehingga Berjaya mencapainya.
 
3) Good Follower - seorang yang menurut kata. Amat mudah untuk saya memimpin beliau kerana sikap positif beliau ini.
 
Dan banyak lagi factor lain yang menyumbang kepada kejayaan beliau.. Alhamdulillah.. saya merasa bangga sangat melihat kejayaan beliau. Saya yakin beliau akan terus terbang tinggi di dalam bidang ini..
 
Berikut adalah gambar-gambar beliau sepanjang bersama Mary Kay..
 
 
Majlis Debut Nadia sebagai Sales Director yang baru di Mary Kay

 
 
Hubungan kami rapat seperti adik beradik
 

 
Sama tak wajah kami?

 
 
Semasa menghadiri Sales Director Retreat di Lone Pine Hotel, Penang pada Februari 2013 yang lepas..bersama 2 off-springs saya yang lain.. SD Nieza, SD Jumie dan SD Nadia..
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment