Tuesday, August 12, 2014

INGIN MENGANJURKAN KELAS KECANTIKAN BERSAMA KAK ROKIE?

Assalam semua
Saya ingin menjemput anda semua untuk menjadi Hostess (Tuan Rumah) untuk kelas-kelas kecantikan saya. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menjadi Tuan Rumah dengan menjemput rakan-rakan anda untuk hadir. Bilangan peserta diperlukan adalah tidak kurang dari 6 orang utk setiap sesi.

Antara kelas-kelas kecantikan yang saya anjurkan, adalah seperti berikut:
1. Kelas Penjagaan Kulit Wajah (2-3 jam)
2. Kelas Asas Solekan (2-3 jam)
3. Lipstick Party (Lips Spa) (1-2 jam)
4. Kelas Ketrampilan Diri & Imej (2 jam)

Kelas-kelas ini boleh dilakukan di rumah / pejabat / dewan / kelab / persatuan atau di mana-mana sahaja tempat yang bersesuaian. Boleh dilakukan serentak atau berasingan (bergantung kepada masa).

Sebagai Hostess, saya akan memberikan hadiah-hadiah berikut sebagai tanda penghargaan (Bergantung pada jenis kelas dan jumlah peserta ya).



Hubungi Kak Rokie utk menempah slot anda..019-3525405. Berikut antara waktu dicadangkan. Sekiranya anda inginkan waktu-waktu lain, sila nyatakan ya.. boleh diubah ikut kesesuaian..

WEEKDAYS


Selasa
Sesi 1      12noon - 2pm
Sesi 2      6pm - 8pm

Rabu & Khamis

Sesi 1      12noon - 2pm

Jumaat

Sesi 1      12noon - 3.00pm

WEEKEND


Sabtu & Ahad
Sesi 1      10am - 1pm
Sesi 2      2pm - 5pm

Berikut antara kelas yang pernah kak rokie anjurkan bersama Hostess kak rokie:

Kelas Penjagaan Kulit Wajah bersama 30 Pensyarah di Politeknik, Arau, Perlis
 


Kelas Penjagaan Kulit Wajah bersama 5 wanita di salah sebuah jabatan kerajaan

Kelas Penjagaan Kulit Wajah dan Asas Solekan bersama 30 Puteri UMNO di Melaka

Kelas Asas Solekan bersama 6 wanita di Sime Darby

Terimakasih kepada semua yang pernah dan masih menjadi Hostess kak rokie ya.. Semoga hubungan silaturrahim ini akan berkekalan selamanya.. InshaaAllah..

Sunday, August 3, 2014

NEW SEMINAR YEAR 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua...

Woww... lama juga kak rokie tak kemaskini blog nih ya.. sebenarnya kak rokie masih sangat aktif di luar sana dengan aktiviti Mary Kay.. sejak kak rokie ada FB Page "Cantik Bersama Rokie MK", banyak update dilakukan di sana sahaja..

Sebelum kak rokie bercerita lebih panjang, kak rokie nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang mengikuti blog kak rokie nih ya..

Apa yang menarik untuk diceritakan pada kali ini? Sudah tentulah tentang tahun baru Seminar 2015 yang baru sahaja bermula pada 1 Aug 2014 - 31 Julai 2015. Bila menginjak aja ke tahun baru, perkara utama yang menarik perhatian adalah CINCIN BERLIAN.. 4 cincin berlian ditawarkan setiap tahun untuk semua Beauty Consultants Mary Kay.

Jom kak rokie ceritakan satu persatu tentang cincin berlian yang ditawarkan oleh Mary Kay pada tahun ini..

Cincin berlian yang pertama adalah COURT OF PERSONAL SALES. Cincin ini ditawarkan kepada semua Beauty Consultants (BCs) samaada yang baru atau lama. Kita hanya perlu mencapai target jualan yang ditetapkan. Ianya berdasarkan pada jualan kita selama setahun iaitu bermula 1 Aug 2014 sehingga 31 Jul 2015.





Cincin berlian yang kedua adalah COURT OF SHARING. Cincin ini ditawarkan kepada semua Beauty Consultants (BCs) samaada yang baru atau lama. Kita perlu merekrut dengan berkongsi peluang perniagaan ini dengan orang lain. Ianya berdasarkan pada rekrut kita selama setahun iaitu bermula 1 Aug 2014 sehingga 31 Jul 2015.




Cincin berlian yang ketiga adalah COURT OF UNIT PRODUCTION. Cincin ini ditawarkan kepada semua Sales Directors. Sales Directors perlu mencapai target jualan berkumpulan. Ianya berdasarkan pada unit produksi selama setahun iaitu bermula 1 Aug 2014 sehingga 31 Jul 2015.


Cincin berlian yang seterusnya adalah cincin berlian yang diidam-idamkan oleh semua. Ini adalah cincin yang paling istimewa iaitu cincin QUEEN yang diberikan kepada mereka yang mendapat tempat pertama untuk setiap kategori di atas.


Sangat menarik bukan?

Kak rokie ingin berkongsi sedikit tentang cincin berlian yang pernah kak rokie miliki di Mary Kay. Selama lebih 5 tahun kak rokie berkecimpung di dalam Mary Kay, kak rokie telah berjaya memiliki 14 bentuk cincin berlian. 

Tahun 2010 (2 Cincin Berlian)
1. Court of Personal Sales
2. Court of Sharing (TOP 3)

Tahun 2011 (TRIPLE COURTS ACHIEVER - 3 Cincin Berlian)
1. Court of Personal Sales
2. Court of Sharing
3. Court of Unit Production

Tahun 2012 (TRIPLE COURTS ACHIEVER - 4 Cincin Berlian)
1. Court of Personal Sales
2. Court of Sharing (QUEEN)
3. Court of Unit Production

Tahun 2013 (TRIPLE COURTS ACHIEVER - 3 Cincin Berlian)
1. Court of Personal Sales
2. Court of Sharing (TOP 3)
3. Court of Unit Production

Tahun 2014 (TRIPLE COURTS ACHIEVER - 2 Cincin Berlian)
1. Court of Personal Sales
2. Court of Sharing
3. Court of Unit Production

Alhamdulillah.. syukur tak terhingga di atas kurniaanNya ini.. TQ Allah kerana menemukan saya  dengan Mary Kay..

Kak rokie akan teruskan usaha untuk membantu dan memperkayakan lebih ramai lagi wanita-wanita di luar sana. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini.. Ameen..

Sekiranya anda semua ingin memiliki apa yang kak rokie miliki ini, jom menjadi sebahagian dari famili kak rokie di Mary Kay dan bersama-sama kak rokie untuk membina impian ini. Hanya dengan satu langkah, akan mengubah kehidupan anda seterusnya..

Hubungi kak rokie 019-3525405.. kita boleh berkenalan dan sembang-sembang dahulu..