Sunday, August 23, 2015

BENGKEL KECANTIKAN KUALA TERENGGANU (21 Aug), JOHOR BAHRU (5 Sep, PETALING JAYA 6 Sep)

Alhamdulillah.. Bengkel Kecantikan di Kuala Terengganu telah berakhir dengan jayanya. Sambutan memang sangat menggalakan. Seramai 56 tetamu telah menghadirinya. Semua ingin kelihatan cantik.

Persediaan sebelum bengkel bermula. Memang sangat teratur dan dan sempurna.

Antara para tetamu yang telah bersedia dan tak sabar untuk belajar ilmu kecantikan dari kami.

Bengkel Kecantikan seterusnya akan diadakan pada minggu hadapan. Jom belajar ilmu kecantikan dari kami.. tips wajah awet muda, tips penjagaan kulit wajah, tips menatarias wajah, tips penjagaan tangan, mata dan bibir.. dan juga peluang untuk membina kerjaya di dalam bidang kecantikan.

Bengkel Kecantikan @Johor Bahru 
5 Sept 2015 @10am - 2,30pm
Menara Pelangi, JB


Bengkel Kecantikan @Petaling Jaya 
6 Sept 2015 @10am - 2.30pm
VSQ PJ City Center (Berdekatan LRT Taman Asia Jaya)


Semua dijemput hadir. Hanya untuk wanita sahaja.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan tempahan tempat duduk ya.

Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay

Wednesday, August 12, 2015

SEMINAR 2016 - DIAMOND RINGS

Alhamdulillah.. dalam diam tak diam, Seminar 2015 telahpun melabuhkan tirainya. Syukur kali ini saya dapat memiliki 2 bentuk lagi cincin berlian pada Seminar 2015 yang lepas. Tak sabar rasanya saya nak terima cincin berlian saya yang ke 15 dan ke 16 dari Mary Kay.

OK saya kongsi serba sedikit ya cincin-cincin berlian yang pernah saya terima dari Mary Kay. Ada 14 bentuk kesemuanya bermula dari tahun 2010 hingga 2014.


Saya suka membelek-belek cincin-cincin nih. Walaupun saya tidak berapa suka memakai cincin (sebab saya nih cuai, suka letak merata-rata), tapi saya suka mendapatkannya. Bila saya tengok cincin-cincin berlian ini, ianya adalah satu kepuasan yang tidak terhingga. Mengingatkan saya kepada setiap usaha dan pengorbanan saya selama ini. TQ Allah. TQ kepada semua famili saya. TQ semua para pelanggan saya, TQ kepada semua Beauty Consultants yang berada di bawah unit saya, Beaute' Butterfly. 



InshaaAllah, pada 18 Sept 2015 ini, saya akan menerima lagi 2 bentuk cincin berlian. Ni cincin berlian yang bakal saya terima.



Cantik sangat kan? Saya memang suka dan idam-idamkan sangat cincin yang berbatu Pink tuh. Nanti saya kongsi gambar-gambar semasa majlis penganugerahan tuh ya.



OK jom kita tinggalkan Seminar 2015 yang telahpun berlalu. Kita sambut kedatangan Seminar 2016 dengan semangat yang lebih membara. Setiap kali kedatangan Seminar baru, sudah tentulah semangat akan berkobar-kobar. Tahun baru, semangat pun mesti baru. Matlamat juga baru. Dan paling tak sabar, nak tengok apakah cincin-cincin berlian yang bakal ditawarkan pada Seminar yang baru ini. 



Jom kita tengok. Semua cincin-cincin nih dari Habib Jewels dan direka secara eksklusif untuk Mary Kay sahaja.


Exclusive White Gold ring with Tsavorite and Diamonds. 
Cincin ini untuk kategori menjual. Peacock Design yang sangat unik. 



White Gold Ring with Heart Shape details with Pink Sapphire and Diamonds. 
Cincin nih untuk kategori merekrut. Memang betul-betul buat jantung saya bergegar bila tenung lama-lama. Melting.. Melting..


Dazzling White Gold Ring encrusted with Blue Sapphire and Diamonds.
Cincin nih pula untuk kategori Unit Production. Hanya Sales Directors sahaja yang boleh memilikinya.


Exclusive White Gold Ring with Ruby and Diamond encrusted details.
Cincin ini diberikan kepada Queen untuk setiap kategori di atas. Makna kata, yang mendapat tempat pertama. 

Untuk semua Beauty Consultants, mereka boleh memiliki 2 cincin berlian iaitu Court of Personal Sales dan Court of Sharing. Best kan? Dan cabaran ini baru sahaja bermula 1 Aug 2015 dan berlangsung selama setahun iaitu akan berakhir pada 31 July 2016.

Anda semua juga boleh memiliki cincin-cincin berlian di atas sekiranya anda menyertai Mary Kay. Jika ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya.

Selain daripada itu, Company juga menawarkan percutian mewah untuk TOP DIRECTORS TRIP. Destinasi kali ini ke BUDAPEST, HUNGARY. Achievers boleh membawa suami bersama-sama untuk mengikuti percutian mewah ini. Ditanggung sepenuhnya oleh Mary Kay. Memang sangat teruja..!


Dekat mana lagi kita nak dapat peluang sebegini selain daripada di Mary Kay. Jom sertai saya. Saya sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk bersama pasukan saya. Kita maju bersama-sama ya.


Rokie
019-3525405



Tuesday, August 11, 2015

MARY KAY EDUCATION SYSTEM - TRAININGS

OK kali ini, saya ingin berkongsi tentang Education yang terdapat di Mary Kay. Selain daripada Company yang sangat kukuh dan produk yang sangat berkualiti, salah satu lagi kekuatan yang ada pada Mary Kay adalah Education System. Training disediakan sejak dari awal lagi anda melangkah ke dunia Mary Kay. Saya dulu bermula dari zero juga tetapi dengan sokongan Syarikat dan latihan yang diberi, Alhamdulillah saya kini mampu menjadi seorang Perunding Kecantikan Mary Kay yang baik.


Saya cerita secara ringkas tentang Booklet di atas ya. Setiap Training akan diberikan Booklet.

Booklet yang paling kiri adalah kelas yang pertama iaitu NCO (New Consultant Orientation). Ini adalah kelas yang paling asas yang perlu dihadiri. NCO ibarat kita baru nak masuk Gear 1 sebelum kita memulakan pemanduan. Kalau tak masuk gear, macam mana kereta kita hendak bergerak kan? Begitulah juga kepentingan NCO. Selepas sahaja menerima Starter Kit daripada Company, Beauty Consultant (BC) yang baru akan dibimbing untuk meneruskan langkah yang pertama.

Sesi NCO yang dilakukan bersama salah seorang Unit Member saya, Boleh dilakukan di mana-mana. Ambil masa dalam 1-2 jam sahaja.

Kelas yang kedua yang perlu dihadiri adalah ESRS (Essential Steps to Reach Success). Ini adalah kelas formal yang disediakan oleh Company. Di dalam kelas ini, BC akan mempelajari tentang perkara asas di dalam Mary Kay. Antara yang bakal dipelajari adalah tentang Sejarah Mary Kay & Company Philosopy, Impian, Imej, Asas Solekan, Mengenali Kulit, Pengetahuan Produk Mary Kay, Cara Menjual, Skin Care Class, Merekrut, Pengurusan Perniagaan, Program dan Sokongan Syarikat. Kelas ini mengambil masa 2 hari dan wajib hadir kedua-dua hari tersebut. ESRS ibarat Kelas Tadika. Kelas Tadika memang menyeronokan bukan? 

Selepas sahaja kelas ESRS, BC akan dianugerahkan sijil dan boleh bergelar sebagai Certified Mary Kay Independent Beauty Consultant.

Kelas ESRS sedang berlangsung

Beauty Consultants yang telah graduate dan mendapat sijil. Mereka nampak professional dengan Corporate Image kan?

Kelas yang ketiga adalah ESTB (Essential Steps to Team Building). Di dalam kelas ini, BCs akan diajar bagaimana untuk merekrut ahli pasukan baru dengan cara yang lebih efektif dan dengan cara Mary Kay. Kelas ini dikendalikan oleh Sales Director masing-masing dan mengambil masa antara 3-4 jam.

Kelas ESTB tidak formal. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Kelas yang keempat adalah RJU (Red Jacket University). Ini juga kelas formal yang dikendalikan oleh Company. Hanya mereka yang layak iaitu yang telah meningkat ke Red Jacket sahaja yang boleh menghadiri kelas ini. Di dalam kelas ini, BC akan diajar untuk menjadi Leader yang baik. Kelas ini perlu hadir 1 hari sahaja.

Kelas RJU yang saya kendalikan baru-baru ini di Kota Bharu, Kelantan.


Selepas tamat menghadiri kelas RJU, BCs akan diberi tugasan selama 3 bulan. Sekiranya mereka dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik, maka mereka akan graduasi di pentas Career Conference / Seminar dan mendapat sijil dari Company.

Ni gambar semasa saya graduasi dari RJU, tahun 2009.

Kelas yang kelima adalah DIQ (Director in Qualification). Kelas ini adalah formal dan dikendalikan oleh Company. Di dalam kelas ini, BC perlu belajar bagaimana untuk membimbing ahli pasukan mereka dengan baik. Perlu hadir sehari sahaja.

Antara BCs yang hadir ke kelas DIQ yang dikendalikan oleh Senior saya. Kesemua mereka sudah semakin hampir untuk melangkah ke Directorship.



Dan setelah BC menjadi Sales Director pun masih ada training yang disediakan oleh Company seperti Action Plan Training.

Sales Directors di Mary Kay

Selain daripada Trainings yang saya sebut di atas, banyak lagi Trainings lain yang boleh dihadiri oleh Beauty Consultants antaranya Weekly Unit Meeting, Product Knowledge Workshop yang dikendalikan oleh Sales Director masing-masing. Tidak cukup dengan itu, BCs juga berpeluang untuk menghadiri Overseas Trainings seperti di Hangzhou, China dan Dallas, Texas.

Gambar ketika saya menghadiri training Catch the Dream di Dallas, Texas pada tahun 2010 bersama 7 lagi Achievers.

Berpeluang duduk di dalam bilik mendiang Mary Kay Ash adalah sesuatu yang sangat berharga dan tidak mungkin dapat dilupakan.


Gambar semasa saya menghadiri training Asia Pacific Red Jacket Rally (APRJR) di Hangzhou, China. Alhamdulillah saya telah berpeluang sebanyak 5 kali ke sana dan kesemuanya ditaja oleh Mary Kay. 



Seronok kan? Syukur sangat saya dapat berpeluang semua ini. Mary Kay benar-benar telah membentuk saya menjadi seseorang yang berlainan dari yang sebelumnya. Bermula dari bidang IT, akhirnya beralih arah ke bidang Beauty, Dengan ilmu pengetahuan yang zero, saya dibentuk perlahan-lahan untuk menjadi seorang Beauty Consultants yang baik untuk Customers saya dan menjadi seorang Leader yang baik untuk Unit Members saya. Alhamdulillah. Terima Kasih Mary Kay.

Sekiranya saya boleh, kenapa anda tidak? Jom mulakan langkah seperti saya, Saya akan bimbing anda dari ZERO to become a HERO. Sama-sama kita berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.



Monday, August 10, 2015

BENGKEL "CANTIK DI SYAWAL" - 9 AUGUST 2015

Assalam semua
Alhamdulillah.. kami baru sahaja selesai mengadakan Bengkel "Cantik di Syawal' pada 9 August 2015 yang lepas. Seramai hampir 50 Perunding Kecantikan Mary Kay dan Tetamu yang telah hadir untuk menjayakannya. Mereka semua ingin kelihatan cantik berseri sebelum menghadiri jemputan Rumah Terbuka pada Aidilfitri ini.

Jom kita tengok kemeriahan dan keceriaan mereka. Mereka juga di jamu dengan juadah yang sedap-sedap tapi terlupa nak ambil gambar. Antara beberapa keping gambar yang sempat diambil.


Kelas dimulai dengan sesi Penjagaan Kulit Wajah




 Ni group saya, Beaute' Butterfly. Semua happy dan begitu ceria sekali kan. Mana tak happy nyer.. sebab baru terima hadiah.. hihi



Lepas bengkel, kami posing sakan. Part nih memang tak payah ajar dah. Semua memang dah pro.



Ni MK sisters kita yang baru. Tetamu-tetamu yang menyertai Mary Kay pada hari tuh mendapat hadiah, 1 True Dimension Lipstick. Untungnya mereka. Sorry.. gambar dah makin blur.. camera pun demam jugak.


Team saya, Syaza.. kalau bab selfie, memang terbaik..


Memang best sangat. Terimakasih sangat kepada semua yang telah sama-sama membantu melancarkan majlis. 

Bengkel seterusnya akan diadakan pada 5 Sept 2015 di Johor Bahru dan 6 Sept 2015 di Petaling Jaya. Mark the date ya..