Wednesday, August 12, 2015

SEMINAR 2016 - DIAMOND RINGS

Alhamdulillah.. dalam diam tak diam, Seminar 2015 telahpun melabuhkan tirainya. Syukur kali ini saya dapat memiliki 2 bentuk lagi cincin berlian pada Seminar 2015 yang lepas. Tak sabar rasanya saya nak terima cincin berlian saya yang ke 15 dan ke 16 dari Mary Kay.

OK saya kongsi serba sedikit ya cincin-cincin berlian yang pernah saya terima dari Mary Kay. Ada 14 bentuk kesemuanya bermula dari tahun 2010 hingga 2014.


Saya suka membelek-belek cincin-cincin nih. Walaupun saya tidak berapa suka memakai cincin (sebab saya nih cuai, suka letak merata-rata), tapi saya suka mendapatkannya. Bila saya tengok cincin-cincin berlian ini, ianya adalah satu kepuasan yang tidak terhingga. Mengingatkan saya kepada setiap usaha dan pengorbanan saya selama ini. TQ Allah. TQ kepada semua famili saya. TQ semua para pelanggan saya, TQ kepada semua Beauty Consultants yang berada di bawah unit saya, Beaute' Butterfly. 



InshaaAllah, pada 18 Sept 2015 ini, saya akan menerima lagi 2 bentuk cincin berlian. Ni cincin berlian yang bakal saya terima.



Cantik sangat kan? Saya memang suka dan idam-idamkan sangat cincin yang berbatu Pink tuh. Nanti saya kongsi gambar-gambar semasa majlis penganugerahan tuh ya.



OK jom kita tinggalkan Seminar 2015 yang telahpun berlalu. Kita sambut kedatangan Seminar 2016 dengan semangat yang lebih membara. Setiap kali kedatangan Seminar baru, sudah tentulah semangat akan berkobar-kobar. Tahun baru, semangat pun mesti baru. Matlamat juga baru. Dan paling tak sabar, nak tengok apakah cincin-cincin berlian yang bakal ditawarkan pada Seminar yang baru ini. 



Jom kita tengok. Semua cincin-cincin nih dari Habib Jewels dan direka secara eksklusif untuk Mary Kay sahaja.


Exclusive White Gold ring with Tsavorite and Diamonds. 
Cincin ini untuk kategori menjual. Peacock Design yang sangat unik. 



White Gold Ring with Heart Shape details with Pink Sapphire and Diamonds. 
Cincin nih untuk kategori merekrut. Memang betul-betul buat jantung saya bergegar bila tenung lama-lama. Melting.. Melting..


Dazzling White Gold Ring encrusted with Blue Sapphire and Diamonds.
Cincin nih pula untuk kategori Unit Production. Hanya Sales Directors sahaja yang boleh memilikinya.


Exclusive White Gold Ring with Ruby and Diamond encrusted details.
Cincin ini diberikan kepada Queen untuk setiap kategori di atas. Makna kata, yang mendapat tempat pertama. 

Untuk semua Beauty Consultants, mereka boleh memiliki 2 cincin berlian iaitu Court of Personal Sales dan Court of Sharing. Best kan? Dan cabaran ini baru sahaja bermula 1 Aug 2015 dan berlangsung selama setahun iaitu akan berakhir pada 31 July 2016.

Anda semua juga boleh memiliki cincin-cincin berlian di atas sekiranya anda menyertai Mary Kay. Jika ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya.

Selain daripada itu, Company juga menawarkan percutian mewah untuk TOP DIRECTORS TRIP. Destinasi kali ini ke BUDAPEST, HUNGARY. Achievers boleh membawa suami bersama-sama untuk mengikuti percutian mewah ini. Ditanggung sepenuhnya oleh Mary Kay. Memang sangat teruja..!


Dekat mana lagi kita nak dapat peluang sebegini selain daripada di Mary Kay. Jom sertai saya. Saya sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk bersama pasukan saya. Kita maju bersama-sama ya.


Rokie
019-3525405



No comments:

Post a Comment