Tuesday, August 11, 2015

MARY KAY EDUCATION SYSTEM - TRAININGS

OK kali ini, saya ingin berkongsi tentang Education yang terdapat di Mary Kay. Selain daripada Company yang sangat kukuh dan produk yang sangat berkualiti, salah satu lagi kekuatan yang ada pada Mary Kay adalah Education System. Training disediakan sejak dari awal lagi anda melangkah ke dunia Mary Kay. Saya dulu bermula dari zero juga tetapi dengan sokongan Syarikat dan latihan yang diberi, Alhamdulillah saya kini mampu menjadi seorang Perunding Kecantikan Mary Kay yang baik.


Saya cerita secara ringkas tentang Booklet di atas ya. Setiap Training akan diberikan Booklet.

Booklet yang paling kiri adalah kelas yang pertama iaitu NCO (New Consultant Orientation). Ini adalah kelas yang paling asas yang perlu dihadiri. NCO ibarat kita baru nak masuk Gear 1 sebelum kita memulakan pemanduan. Kalau tak masuk gear, macam mana kereta kita hendak bergerak kan? Begitulah juga kepentingan NCO. Selepas sahaja menerima Starter Kit daripada Company, Beauty Consultant (BC) yang baru akan dibimbing untuk meneruskan langkah yang pertama.

Sesi NCO yang dilakukan bersama salah seorang Unit Member saya, Boleh dilakukan di mana-mana. Ambil masa dalam 1-2 jam sahaja.

Kelas yang kedua yang perlu dihadiri adalah ESRS (Essential Steps to Reach Success). Ini adalah kelas formal yang disediakan oleh Company. Di dalam kelas ini, BC akan mempelajari tentang perkara asas di dalam Mary Kay. Antara yang bakal dipelajari adalah tentang Sejarah Mary Kay & Company Philosopy, Impian, Imej, Asas Solekan, Mengenali Kulit, Pengetahuan Produk Mary Kay, Cara Menjual, Skin Care Class, Merekrut, Pengurusan Perniagaan, Program dan Sokongan Syarikat. Kelas ini mengambil masa 2 hari dan wajib hadir kedua-dua hari tersebut. ESRS ibarat Kelas Tadika. Kelas Tadika memang menyeronokan bukan? 

Selepas sahaja kelas ESRS, BC akan dianugerahkan sijil dan boleh bergelar sebagai Certified Mary Kay Independent Beauty Consultant.

Kelas ESRS sedang berlangsung

Beauty Consultants yang telah graduate dan mendapat sijil. Mereka nampak professional dengan Corporate Image kan?

Kelas yang ketiga adalah ESTB (Essential Steps to Team Building). Di dalam kelas ini, BCs akan diajar bagaimana untuk merekrut ahli pasukan baru dengan cara yang lebih efektif dan dengan cara Mary Kay. Kelas ini dikendalikan oleh Sales Director masing-masing dan mengambil masa antara 3-4 jam.

Kelas ESTB tidak formal. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Kelas yang keempat adalah RJU (Red Jacket University). Ini juga kelas formal yang dikendalikan oleh Company. Hanya mereka yang layak iaitu yang telah meningkat ke Red Jacket sahaja yang boleh menghadiri kelas ini. Di dalam kelas ini, BC akan diajar untuk menjadi Leader yang baik. Kelas ini perlu hadir 1 hari sahaja.

Kelas RJU yang saya kendalikan baru-baru ini di Kota Bharu, Kelantan.


Selepas tamat menghadiri kelas RJU, BCs akan diberi tugasan selama 3 bulan. Sekiranya mereka dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik, maka mereka akan graduasi di pentas Career Conference / Seminar dan mendapat sijil dari Company.

Ni gambar semasa saya graduasi dari RJU, tahun 2009.

Kelas yang kelima adalah DIQ (Director in Qualification). Kelas ini adalah formal dan dikendalikan oleh Company. Di dalam kelas ini, BC perlu belajar bagaimana untuk membimbing ahli pasukan mereka dengan baik. Perlu hadir sehari sahaja.

Antara BCs yang hadir ke kelas DIQ yang dikendalikan oleh Senior saya. Kesemua mereka sudah semakin hampir untuk melangkah ke Directorship.



Dan setelah BC menjadi Sales Director pun masih ada training yang disediakan oleh Company seperti Action Plan Training.

Sales Directors di Mary Kay

Selain daripada Trainings yang saya sebut di atas, banyak lagi Trainings lain yang boleh dihadiri oleh Beauty Consultants antaranya Weekly Unit Meeting, Product Knowledge Workshop yang dikendalikan oleh Sales Director masing-masing. Tidak cukup dengan itu, BCs juga berpeluang untuk menghadiri Overseas Trainings seperti di Hangzhou, China dan Dallas, Texas.

Gambar ketika saya menghadiri training Catch the Dream di Dallas, Texas pada tahun 2010 bersama 7 lagi Achievers.

Berpeluang duduk di dalam bilik mendiang Mary Kay Ash adalah sesuatu yang sangat berharga dan tidak mungkin dapat dilupakan.


Gambar semasa saya menghadiri training Asia Pacific Red Jacket Rally (APRJR) di Hangzhou, China. Alhamdulillah saya telah berpeluang sebanyak 5 kali ke sana dan kesemuanya ditaja oleh Mary Kay. 



Seronok kan? Syukur sangat saya dapat berpeluang semua ini. Mary Kay benar-benar telah membentuk saya menjadi seseorang yang berlainan dari yang sebelumnya. Bermula dari bidang IT, akhirnya beralih arah ke bidang Beauty, Dengan ilmu pengetahuan yang zero, saya dibentuk perlahan-lahan untuk menjadi seorang Beauty Consultants yang baik untuk Customers saya dan menjadi seorang Leader yang baik untuk Unit Members saya. Alhamdulillah. Terima Kasih Mary Kay.

Sekiranya saya boleh, kenapa anda tidak? Jom mulakan langkah seperti saya, Saya akan bimbing anda dari ZERO to become a HERO. Sama-sama kita berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.



No comments:

Post a Comment