Tuesday, March 31, 2015

SAMBUTAN HEBAT DI KOTA BHARU

Assalam semua
Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit aktiviti kami di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Kami baru sahaja mengadakan "Retreat for Success" iaitu special training untuk Perunding Kecantikan di sana pada 27 March 2015 yang lalu. Dan pada keesokan harinya, kami mengadakan Bengkel Kecantikan pula.

RETREAT FOR SUCCESS 2015 @ 27 March 2015

"Retreat for Success 2015" ini adalah julung-julung kali saya adakan di sana. Saya berganding bahu bersama Directors di bawah Future Area saya iaitu SSD Noraniza, SD Jumirdah dan SSD Rosma. Tujuan Retreat ini diadakan adalah untuk membantu Mary Kay sisters kita yang berada di kawasan Pantai Timur. Lebih 30 penyertaan yang kebanyakannya dari Kelantan dan Terengganu. Dan ada juga yang sanggup datang dari Penang dan juga Selangor. Memang sangat menggalakkan.

Retreat yang bertemakan "DREAM, GROW & BLOOM" ini telah berakhir dengan jayanya. Mereka mendapat semangat, inspirasi dan motivasi yang sangat tinggi untuk terus melangkah membina impian dan kerjaya di Mary Kay.

Jom kita tengok beberapa gambar sekitar Retreat tersebut.

4 Directors bergabung tenaga untuk menjayakan Retreat ini


Persediaan untuk setiap peserta. 
 

Door Gift untuk mereka sebagai kenang-kenangan.
 

Semangat menyanyikan lagu Mary Kay Enthusiasm Song

Sesi pembelajaran sedang berlangsung. Didahului dengan saya sebagai Mentor 1, SD Jumirdah Mentor 2 dan SSD Noraniza Mentor 3.

Sesi perkongsian oleh peserta yang hadir, sis Syaza.

Power of Imagination. 
Mereka menitiskan airmata kerana mereka mempunyai keinginan yang tinggi dan dapat merasakan kebahagiaan apabila dapat membahagiakan orang yang disayangi,


Mereka diberi peluang untuk memakai Sales Director suit untuk merasai aura SD.
Tahniah bakal SD Syaza dan SD Hidayah.


Group Photo


Photo bersama Red Jackets

Bersama unit Beaute Butterfly yang hadir, Norina, Syaza, Nana dan Hidayah

Sesi penutupan Retreat

DREAM - segalanya bermula dengan IMPIAN, Bermimpilah setinggi mana yang anda inginkan, Jangan lenyapkan ia di dalam kotak minda anda.

GROW - BESARkan impian anda dengan merealisasikannya. Haruslah percaya pada diri sendiri.

BLOOM - MEKARkan impian anda supaya ia terus berkembang sehingga ke puncak.


INSPIRATION
MOTIVATION
POWER OF IMAGINATION

Alhamdulillah.. saya yakin lebih ramai wanita-wanita hebat dapat dilahirkan dari Retreat ini. Aamiin.

Misi untuk memperkayakan lebih ramai lagi wanita-wanita di Pantai Timur akan diteruskan. Kami sangat mengalu-alukan sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari keluarga kami di Mary Kay.




BENGKEL KECANTIKAN @ 28 March 2015

Keesokan harinya, kami telah mengadakan Bengkel Kecantikan untuk para tetamu mencuba rangkaian produk Mary Kay dan juga mengetahui peluang kerjaya di Mary Kay. Sambutan yang sangat menggalakkan, diluar jangkaan kami. Pada awalnya hanya 43 tetamu sahaja yang mendaftar tapi ianya telah bertambah kepada lebih 60 tetamu. Dan seramai lebih 30 Perunding Kecantikan Mary Kay yang telah bersama menjayakannya.

Sesi dimulai dengan Kelas Penjagaan Kulit Wajah. Semua peserta di beri tips dan teknik bagaimana untuk menjaga kulit supaya sentiasa sihat dan awet muda. Dan seterusnya diikuti dengan sesi solekan.



2 gadis cute yang menjadi tetamu saya iaitu Ara dan Izzati. Dua-dua cantik selepas dimakeupkan.

 Seramai 17 tetamu yang telah membuat keputusan untuk menyertai Mary Kay. Syabas semua yang ingin berjaya, Mereka dapat membawa pulang hadiah iaitu sebatang lipstik dari Mary Kay.

 Bersama sebahagian dari unit Beaute Butterfly yang hadir iaitu Chan dan Nana.

Alhamdulillah.. memang teruja sangat dengan sambutan orang-orang di Kota Bharu. InshaaAllah kami akan ke sana lagi.. Tunggu ya..


Thursday, March 12, 2015

MARY KAY - KERJAYA TERBAIK UNTUK WANITA

Assalam semua
Hari ini, saya ingin berkongsi satu cerita. Cerita ini, membuatkan saya rasa sangat bersyukur kerana mempunyai famili yang sangat menyokong kerjaya saya sebagai Perunding Kecantikan di Mary Kay.

Baru-baru ini, saya mengenali seorang wanita. Beliau tidak bekerja dan ibu kepada seorang anak berusia 5 tahun. Suami beliau bekerja di sektor kerajaan. Beliau adalah seorang yang sangat suka buat business.. Beliau telah mencuba pelbagai cabang business tetapi tidak berjaya dan akhirnya beliau terpaksa akur, bahawa beliau telah tersilap langkah. Minat beliau sebenarnya adalah di dalam bidang kecantikan dan telah dipertemukan dengan Mary Kay.

Seingat saya, setahun lepas beliau pernah hubungi saya tetapi ketika itu keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan beliau untuk meneruskan niat beliau untuk menyertai Mary Kay. Dan baru-baru ini, beliau menghubungi saya semula. Kali ini, beliau nampak lebih bersemangat. Masalahnya, beliau mempunyai masalah kewangan yang agak kritikal. Beliau cuba mendapatkan sedikit modal dari suami tetapi jawapannya hampa. Dan akhirnya, di atas ehsan dari kawan-kawan, beliau dapat mengumpulkan sedikit wang untuk membayar yuran keahlian untuk menyertai Mary Kay. Alhamdulillah.. akhirnya beliau dapat mendaftarkan diri sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay dan saya juga dapat mendaftarkan kursus 2 hari untuk beliau hadiri. Apabila melihat kesungguhan beliau, saya memang nekad untuk membantu beliau untuk mengubah kehidupan beliau sekeluarga dengan lebih baik. Itu janji saya.

Walaubagaimanapun, setelah seminggu saya daftarkan nama beliau, beliau mesej saya dan memberitahu, suami beliau tidak membenarkan beliau menghadiri kursus tersebut. Dan juga tidak menyokong apa sahaja yang ingin beliau lakukan. Hingga menyebabkan pergaduhan bersama suami selama beberapa hari, Beliau sangat sedih dan saya rasa sangat simpati. Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu beliau sekiranya suami sendiri tidak memberi sokongan? Yang mampu saya perkatakan ialah SABAR.. dan BERDOAlah supaya Allah bukakan pintu hati suami beliau untuk melihat betapa indahnya kerjaya Mary Kay ini untuk seorang wanita.

Ini membuatkan saya rasa bertambah bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang sangat menyokong kerjaya saya. Beliau bukan sahaja memberi sokongan 100% malahan lebih daripada itu. Tanpa beliau, tidak mungkin saya akan berada di sini. Mary Kay telah membawa perubahan yang sangat besar di dalam kehidupan kami sekeluarga. 
  • Saya mempunyai masa yang sangat fleksibel untuk famili dan kerjaya.
  • Saya hanya berjumpa dan bergaul dengan wanita sahaja di sepanjang masa.
Bukankah itu lebih baik? Daripada menghabiskan masa berjam-jam di pejabat dan bergaul dengan pekerja lelaki? Bukankah 9 daripada 10 pintu rezeki itu datangnya dari PERNIAGAAN? 

Dan sekiranya kita perhatikan, kaum wanita mempunyai peluang business dan potensi yang lebih besar jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Kenapa? Kerana kaum wanita mempunyai sifat semulajadi menjual dengan baik. Kerana wanita suka berkongsi. Dan sifat berkongsi itulah yang tiada pada kaum lelaki. Jadi, kenapa tidak menggunakan peluang itu?

Kepada para suami di luar sana, sekiranya isteri anda ingin mencuba melakukannya, ingin cuba mengubah kehidupan anda sekeluarga, apa yang anda perlu lakukan ialah, berilah RUANG dan PELUANG itu. SOKONG dan BANTUlah. Kerana langit tidak selalu cerah.. Hidup tidak selalu indah.. Kita tidak tahu, bagaimana kehidupan kita sekeluarga 5-10 tahun akan datang. Bertindaklah dari sekarang.

Sebenarnya, banyak lagi yang ingin saya ceritakan mengapa Mary Kay adalah kerjaya terbaik untuk wanita. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peluang kerjaya di Mary Kay, hubungilah saya pada bila-bila masa. Kita boleh sembang-sembang dahulu ya.

Rokie (019-3525405)

Mary Kay Independent Senior Sales Director


TOP DIRECTORS TRIP @PARIS &SOUTH AFRICA
(Fully sponsored by Mary Kay)



PRODUK MANA PILIHAN ANDA? PRODUK YANG SELAMAT ATAU MERBAHAYA?

Assalam semua
Pertama sekali, saya minta maaf ya. Bukan bermaksud untuk mengaibkan mana-mana produk tetapi ini adalah maklumat yang sahih. Saya ambil dari portal government (\\portal.bpfk.gov.my). Dan saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan semua tentang bahayanya produk pemutihan dan pengelupasan. 






Sekiranya kesan penggunaan produk itu sangat cepat iaitu seawal 1-2 minggu, ini bermakna produk tersebut mempunyai bahan kimia yang merbahaya seperti RAKSA, MERCURY, HIDROQUINON dan sebagainya. Bahan-bahan ini adalah merbahaya jika digunakan berpanjangan kerana ianya boleh menipiskan lapisan epidermis kulit kita. Sedangkan kitaran normal kulit memerlukan masa lebih kurang 4 minggu untuk diperbaharui. 

Dari pengalaman saya sendiri yang telah berkecimpung hampir 7 tahun sebagai Perunding Kecantikan, saya temui ramai pengguna produk ini. Kebanyakan kulit mereka menjadi rosak setelah memakainya selama beberapa bulan. Kulit menjadi kemerah-merahan, berjerawat, pedih, sensitif dan macam-macam lagi. Alhamdulillah telah ramai saya bantu untuk mereka mendapatkan kulit yang lebih sihat semula melalui proses rawatan secara semulajadi.


Syukur.. saya merasa satu kepuasan apabila dapat menyedarkan ramai orang betapa pentingnya pemilihan produk yang selamat untuk dipakai dan juga dapat membantu orang lain mendapatkan kulit lebih sihat dan cantik. Kerana objektif kita untuk kulit sepatutnya SIHAT bukan PUTIH ya.

Fikirkanlah.. Bertukarlah sebelum terlambat.
Sekiranya anda perlukan perundingan percuma daripada saya, boleh hubungi saya bila-bila masa ya.

Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay

Monday, March 2, 2015

INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN? PART TIME? FULL TIME?

Ingin mempunyai perniagaan sendiri? Tetapi tidak tahu bagaimana? Tidak mempunyai modal yang besar?

Dengan itu, saya ingin membuka peluang business kepada wanita-wanita di luar sana.
1. Yang ingin mencari pendapatan sampingan secara Part Time atau Full Time.
2. Yang berminat dengan bidang kecantikan.
3. Yang ingin meningkatkan ketrampilan dan keyakinan diri
4. Yang sukakan hadiah-hadiah dan penghargaan seperti cincin berlian, kereta percuma, produk-produk percuma dan macam2 lagi.
5. Yang suka melancong ke luar negara secara percuma
6. Yang mempunyai keinginan untuk memajukan diri sendiri.
7. Yang mempunyai impian untuk berjaya.
8. Yang suka bekerja sendiri.
9. Yang suka masa yang fleksibel untuk bekerja.
10. Yang ingin menjadi "BOSS" untuk perniagaan sendiri.
11. Yang ingin bekerja sambil dapat memberi perhatian yang seimbang kepada famili.
Ada banyak lagi.


Sekiranya anda mempunyai keinginan seperti di atas, anda adalah orang-orang yang saya cari. Jom sertai saya di dalam bidang yang menarik ini. Jadilah ahli pasukan dan business partner saya. Saya akan membimbing anda dari ZERO. Kita bersama-sama mengorak langkah dan membina impian untuk berjaya.

Hubungi Kak Rokie untuk pertanyaan lanjut ya. Kita boleh set temujanji untuk sembang-sembang dahulu.

Rokie
Mary Kay Ind. Senior Sales Director
019-3525405

Nota:
Gambar di bawah adalah Starter Kit Mary Kay yang bakal menjadi milik anda sekiranya anda menyertai Mary Kay.