Thursday, March 12, 2015

MARY KAY - KERJAYA TERBAIK UNTUK WANITA

Assalam semua
Hari ini, saya ingin berkongsi satu cerita. Cerita ini, membuatkan saya rasa sangat bersyukur kerana mempunyai famili yang sangat menyokong kerjaya saya sebagai Perunding Kecantikan di Mary Kay.

Baru-baru ini, saya mengenali seorang wanita. Beliau tidak bekerja dan ibu kepada seorang anak berusia 5 tahun. Suami beliau bekerja di sektor kerajaan. Beliau adalah seorang yang sangat suka buat business.. Beliau telah mencuba pelbagai cabang business tetapi tidak berjaya dan akhirnya beliau terpaksa akur, bahawa beliau telah tersilap langkah. Minat beliau sebenarnya adalah di dalam bidang kecantikan dan telah dipertemukan dengan Mary Kay.

Seingat saya, setahun lepas beliau pernah hubungi saya tetapi ketika itu keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan beliau untuk meneruskan niat beliau untuk menyertai Mary Kay. Dan baru-baru ini, beliau menghubungi saya semula. Kali ini, beliau nampak lebih bersemangat. Masalahnya, beliau mempunyai masalah kewangan yang agak kritikal. Beliau cuba mendapatkan sedikit modal dari suami tetapi jawapannya hampa. Dan akhirnya, di atas ehsan dari kawan-kawan, beliau dapat mengumpulkan sedikit wang untuk membayar yuran keahlian untuk menyertai Mary Kay. Alhamdulillah.. akhirnya beliau dapat mendaftarkan diri sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay dan saya juga dapat mendaftarkan kursus 2 hari untuk beliau hadiri. Apabila melihat kesungguhan beliau, saya memang nekad untuk membantu beliau untuk mengubah kehidupan beliau sekeluarga dengan lebih baik. Itu janji saya.

Walaubagaimanapun, setelah seminggu saya daftarkan nama beliau, beliau mesej saya dan memberitahu, suami beliau tidak membenarkan beliau menghadiri kursus tersebut. Dan juga tidak menyokong apa sahaja yang ingin beliau lakukan. Hingga menyebabkan pergaduhan bersama suami selama beberapa hari, Beliau sangat sedih dan saya rasa sangat simpati. Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu beliau sekiranya suami sendiri tidak memberi sokongan? Yang mampu saya perkatakan ialah SABAR.. dan BERDOAlah supaya Allah bukakan pintu hati suami beliau untuk melihat betapa indahnya kerjaya Mary Kay ini untuk seorang wanita.

Ini membuatkan saya rasa bertambah bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang sangat menyokong kerjaya saya. Beliau bukan sahaja memberi sokongan 100% malahan lebih daripada itu. Tanpa beliau, tidak mungkin saya akan berada di sini. Mary Kay telah membawa perubahan yang sangat besar di dalam kehidupan kami sekeluarga. 
  • Saya mempunyai masa yang sangat fleksibel untuk famili dan kerjaya.
  • Saya hanya berjumpa dan bergaul dengan wanita sahaja di sepanjang masa.
Bukankah itu lebih baik? Daripada menghabiskan masa berjam-jam di pejabat dan bergaul dengan pekerja lelaki? Bukankah 9 daripada 10 pintu rezeki itu datangnya dari PERNIAGAAN? 

Dan sekiranya kita perhatikan, kaum wanita mempunyai peluang business dan potensi yang lebih besar jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Kenapa? Kerana kaum wanita mempunyai sifat semulajadi menjual dengan baik. Kerana wanita suka berkongsi. Dan sifat berkongsi itulah yang tiada pada kaum lelaki. Jadi, kenapa tidak menggunakan peluang itu?

Kepada para suami di luar sana, sekiranya isteri anda ingin mencuba melakukannya, ingin cuba mengubah kehidupan anda sekeluarga, apa yang anda perlu lakukan ialah, berilah RUANG dan PELUANG itu. SOKONG dan BANTUlah. Kerana langit tidak selalu cerah.. Hidup tidak selalu indah.. Kita tidak tahu, bagaimana kehidupan kita sekeluarga 5-10 tahun akan datang. Bertindaklah dari sekarang.

Sebenarnya, banyak lagi yang ingin saya ceritakan mengapa Mary Kay adalah kerjaya terbaik untuk wanita. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peluang kerjaya di Mary Kay, hubungilah saya pada bila-bila masa. Kita boleh sembang-sembang dahulu ya.

Rokie (019-3525405)

Mary Kay Independent Senior Sales Director


TOP DIRECTORS TRIP @PARIS &SOUTH AFRICA
(Fully sponsored by Mary Kay)



No comments:

Post a Comment