Thursday, March 12, 2015

PRODUK MANA PILIHAN ANDA? PRODUK YANG SELAMAT ATAU MERBAHAYA?

Assalam semua
Pertama sekali, saya minta maaf ya. Bukan bermaksud untuk mengaibkan mana-mana produk tetapi ini adalah maklumat yang sahih. Saya ambil dari portal government (\\portal.bpfk.gov.my). Dan saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan semua tentang bahayanya produk pemutihan dan pengelupasan. 






Sekiranya kesan penggunaan produk itu sangat cepat iaitu seawal 1-2 minggu, ini bermakna produk tersebut mempunyai bahan kimia yang merbahaya seperti RAKSA, MERCURY, HIDROQUINON dan sebagainya. Bahan-bahan ini adalah merbahaya jika digunakan berpanjangan kerana ianya boleh menipiskan lapisan epidermis kulit kita. Sedangkan kitaran normal kulit memerlukan masa lebih kurang 4 minggu untuk diperbaharui. 

Dari pengalaman saya sendiri yang telah berkecimpung hampir 7 tahun sebagai Perunding Kecantikan, saya temui ramai pengguna produk ini. Kebanyakan kulit mereka menjadi rosak setelah memakainya selama beberapa bulan. Kulit menjadi kemerah-merahan, berjerawat, pedih, sensitif dan macam-macam lagi. Alhamdulillah telah ramai saya bantu untuk mereka mendapatkan kulit yang lebih sihat semula melalui proses rawatan secara semulajadi.


Syukur.. saya merasa satu kepuasan apabila dapat menyedarkan ramai orang betapa pentingnya pemilihan produk yang selamat untuk dipakai dan juga dapat membantu orang lain mendapatkan kulit lebih sihat dan cantik. Kerana objektif kita untuk kulit sepatutnya SIHAT bukan PUTIH ya.

Fikirkanlah.. Bertukarlah sebelum terlambat.
Sekiranya anda perlukan perundingan percuma daripada saya, boleh hubungi saya bila-bila masa ya.

Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay

No comments:

Post a Comment