Tuesday, January 22, 2013

TESTIMONI - ZEB

Berikut adalah testimoni terbaru pengguna Mary Kay. Zeb adalah sahabat baik yang saya kenali sejak berumur 18 tahun semasa kami belajar di institusi pengajian tinggi dahulu. Dan sekarang kami sama-sama menginjak ke 42 tahun. Bila umur meningkat, sudah tentu wajah pun nampak berusia.
 
Apabila Zeb melihat perubahan diri saya sejak menceburi Mary Kay, beliau amat teruja dan akhirnya mengambil keputusan untuk menceburi bidang ini. Baru beberapa bulan sahaja menceburi bidang ini, kawan-kawan sudah mula menegur perubahan beliau. Bukan sahaja kulit beliau semakin cantik malahan penampilan beliau semakin anggun. Beliau sekarang semakin bergiat aktif dan tidak jemu-jemu berkongsi dengan wanita lain tentang kebaikan Mary Kay ini.

Zeb sekarang telah meningkat menjadi Team Builder dan telah memakai Red Jacket. Saya pasti impian beliau untuk menjadi Sales Director di Mary Kay akan tercapai tidak lama lagi.. Inshaa Allah..
 
 

MY 1st OFFSPRING - SD NORANIZA MOHTAR


Berikut adalah testimonial dari salah seorang customer saya dahulu iaitu Niza yang sekarang telah berjaya di dalam Mary Kay.

Niza yang mula saya kenali secara online ini telah datang ke Mary Kay Office, Petaling Jaya pada 19/04/09 untuk menghadiri Open Skin Care Class dianjurkan oleh group kami.. di sana, ramailah Beauty Consultants (BC) Mary Kay yang sempat Niza kenali... dan sambil tersenyum dan berbisik ke telinga saya, beliau berkata "cantiknyer BCs nih semua... mostly kulit nampak "pink" aja.."... sambil tersenyum, saya menjawab "Mary Kaylah jawapannya..." Itulah antara kenangan manis bersama Niza semasa sesi facial tersebut...

Masalah yang Niza hadapi adalah jerawat yg tumbuh melata di bahagian pipi dan dahi.. pelbagai cara telah beliau cuba utk mengatasi masalah tersebut termasuklah membuat treatment di Pusat Kecantikan yg bertaraf antarabangsa yang tentunya menelan belanja beribu2 ringgit tapi kesan amat tidak memuaskan hati beliau...

Berikut adalah gambar beliau sebelum mengenali Mary Kay.



Dan berikut adalah gambar selepas 6 bulan menggunakan produk Mary Kay..



Beliau hanya berbelanja kurang dari RM500 untuk mendapat result sebegini...Dan RM500 itu pula adalah penggunaan sehingga 6 bulan... tidakkah anda rasa sangat berbaloi? Adakah anda masih berfikir yang produk Mary Kay adalah mahal? Anda tentukan sendiri...

Setelah setahun menjadi pengguna Mary Kay dan berpuashati dengan hasilnya, akhirnya Niza mengambil keputusan untuk menjadi Beauty Consultant. Setelah setahun lebih bergelar Beauty Consultant, beliau telah berjaya menjadi salah seorang Sales Director di Mary Kay dan telah meninggalkan pekerjaan beliau sebagai Air Force Team dan menumpukan sepenuh perhatian di Mary Kay. Di bawah unit beliau sendiri, Belleza Butterfly, beliau mengorak langkah untuk menjadi Sales Director yang berjaya.

Lihatlah betapa anggunnya Niza sekarang ini..




Sekiranya anda juga ingin melakukan perubahan di dalam kehidupan anda, marilah bersama saya untuk melakukan perubahan ini.. Sekiranya Niza boleh, sudah tentu anda pun boleh..

NEW SALES DIRECTOR DEBUT CUM GUEST EVENT

Pada minggu ini kak rokie akan mengadakan majlis khas untuk meraikan salah seorang unit members kak rokie yang telah berjaya menjadi Sales Director di Mary Kay. SD Jumirdah Bahtiar (Jumie)sebelum ini bernaung di bawah unit Beaute' Butterfly dan sekarang telah mengorak langkah ke hadapan untuk menjadi Sales Director yang berjaya di bawah unit beliau sendiri.
 
Beliau bermula dari bawah dan mendapat bimbingan dari kak rokie sendiri. Kak rokie rasa sangat gembira dan terharu melihat kejayaan Jumie.  Untuk mengetahui bagaimana perjalanan Jumie dalam meniti kejayaan ini, jom bersama-sama kak rokie di dalam majlis berikut. Jadilah tetamu khas kak rokie.
 
(Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)


Kepada yang ingin mencuba semua rangkaian produk Mary Kay (skin care, cosmetic, lips care, eye care, body care, fragrance), boleh datang pada pukul 11.00am sebelum Event bermula. Ada banyak hadiah2 menarik menanti anda semua..

Hubungi kak rokie untuk tempahan tempat duduk ya.. 019-3525405..


LEADERSHIP CONFERENCE 2013

As-salam semua
Agak lama juga kak rokie tak update blog nih kan.. bukan tak aktif tapi terlalu sibuk dengan aktiviti sana sini.. teringat dulu masa kak rokie buat part time (dulu kak rokie bekerja di Bank), ingatkan boleh relaks bila dah start buat full time nih.. rupa-rupanya semakin sibuk.. tapi kak rokie suka dan rasa happy sangat sebab sekarang tumpuan cuma pada kerjaya Mary Kay sahaja.. kak rokie rasa seronok dapat buat orang lain jadi cantik dan pada masa yang sama dapat membantu orang lain untuk berjaya..
 
OK untuk pengetahuan semua, kak rokie baru sahaja pulang dari menghadiri LEADERSHIP CONFERENCE di Kota Kinabalu, Sabah. Semua Mary Kay Directors dari Malaysia dan Singapore berkampung di Sutera Harbour, KK dari 17 - 20 Jan 2013 untuk menghadiri Leadership Conference ini. Kami sama-sama menimba ilmu, mendapat inpirasi dan motivasi dan juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama Mary Kay sisters yang lain.
 
Dan pada tahun ini, adalah satu pengalaman yang cukup manis buat kak rokie kerana diberi kepercayaan oleh pihak Company untuk berkongsi serba sedikit pengalaman di hadapan Mary Kay Leaders yang lain. Boleh dikatakan memang agak gementar juga nak berucap di Event yang besar seperti ini. Ini adalah satu penghormatan yang sangat tinggi buat saya.. Terima kasih Mary Kay..
 
 
 
Ni gambar kak rokie bersama Offspring Directors kak rokie yang comel dan cantik2 belaka..SD Noraniza Mohtar (kanan) dan SD Jumirdah Bahtiar (kiri).
 
 
Gambar bersama Senior kak rokie, ESSD Nafisah Omar (tengah) dan Recruiter kak rokie, SSD Norfiza Mahput (kiri)..



Hari kedua kami naik speedboat ke Manukan dan Mamutik Island untuk teambuilding dan snorkelling activities..





Hari terakhir, sebelum pulang, sempat juga kak rokie dan kawan-kawan yang lain shopping di Philiphines Market.. banyak juga kak rokie borong ikan masin dan biskut cincin bawa pulang ke rumah.. tak lupa juga mutiara Sabah..



Pengalaman selama beberapa hari di Sabah memang menyeronokkan.. semoga kami akan dapat kembali ke sana suatu hari nanti.. Terima kasih Mary Kay kerana kerjaya yang menarik ini..