Tuesday, January 22, 2013

LEADERSHIP CONFERENCE 2013

As-salam semua
Agak lama juga kak rokie tak update blog nih kan.. bukan tak aktif tapi terlalu sibuk dengan aktiviti sana sini.. teringat dulu masa kak rokie buat part time (dulu kak rokie bekerja di Bank), ingatkan boleh relaks bila dah start buat full time nih.. rupa-rupanya semakin sibuk.. tapi kak rokie suka dan rasa happy sangat sebab sekarang tumpuan cuma pada kerjaya Mary Kay sahaja.. kak rokie rasa seronok dapat buat orang lain jadi cantik dan pada masa yang sama dapat membantu orang lain untuk berjaya..
 
OK untuk pengetahuan semua, kak rokie baru sahaja pulang dari menghadiri LEADERSHIP CONFERENCE di Kota Kinabalu, Sabah. Semua Mary Kay Directors dari Malaysia dan Singapore berkampung di Sutera Harbour, KK dari 17 - 20 Jan 2013 untuk menghadiri Leadership Conference ini. Kami sama-sama menimba ilmu, mendapat inpirasi dan motivasi dan juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama Mary Kay sisters yang lain.
 
Dan pada tahun ini, adalah satu pengalaman yang cukup manis buat kak rokie kerana diberi kepercayaan oleh pihak Company untuk berkongsi serba sedikit pengalaman di hadapan Mary Kay Leaders yang lain. Boleh dikatakan memang agak gementar juga nak berucap di Event yang besar seperti ini. Ini adalah satu penghormatan yang sangat tinggi buat saya.. Terima kasih Mary Kay..
 
 
 
Ni gambar kak rokie bersama Offspring Directors kak rokie yang comel dan cantik2 belaka..SD Noraniza Mohtar (kanan) dan SD Jumirdah Bahtiar (kiri).
 
 
Gambar bersama Senior kak rokie, ESSD Nafisah Omar (tengah) dan Recruiter kak rokie, SSD Norfiza Mahput (kiri)..



Hari kedua kami naik speedboat ke Manukan dan Mamutik Island untuk teambuilding dan snorkelling activities..





Hari terakhir, sebelum pulang, sempat juga kak rokie dan kawan-kawan yang lain shopping di Philiphines Market.. banyak juga kak rokie borong ikan masin dan biskut cincin bawa pulang ke rumah.. tak lupa juga mutiara Sabah..



Pengalaman selama beberapa hari di Sabah memang menyeronokkan.. semoga kami akan dapat kembali ke sana suatu hari nanti.. Terima kasih Mary Kay kerana kerjaya yang menarik ini..


No comments:

Post a Comment