Tuesday, March 31, 2015

SAMBUTAN HEBAT DI KOTA BHARU

Assalam semua
Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit aktiviti kami di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Kami baru sahaja mengadakan "Retreat for Success" iaitu special training untuk Perunding Kecantikan di sana pada 27 March 2015 yang lalu. Dan pada keesokan harinya, kami mengadakan Bengkel Kecantikan pula.

RETREAT FOR SUCCESS 2015 @ 27 March 2015

"Retreat for Success 2015" ini adalah julung-julung kali saya adakan di sana. Saya berganding bahu bersama Directors di bawah Future Area saya iaitu SSD Noraniza, SD Jumirdah dan SSD Rosma. Tujuan Retreat ini diadakan adalah untuk membantu Mary Kay sisters kita yang berada di kawasan Pantai Timur. Lebih 30 penyertaan yang kebanyakannya dari Kelantan dan Terengganu. Dan ada juga yang sanggup datang dari Penang dan juga Selangor. Memang sangat menggalakkan.

Retreat yang bertemakan "DREAM, GROW & BLOOM" ini telah berakhir dengan jayanya. Mereka mendapat semangat, inspirasi dan motivasi yang sangat tinggi untuk terus melangkah membina impian dan kerjaya di Mary Kay.

Jom kita tengok beberapa gambar sekitar Retreat tersebut.

4 Directors bergabung tenaga untuk menjayakan Retreat ini


Persediaan untuk setiap peserta. 
 

Door Gift untuk mereka sebagai kenang-kenangan.
 

Semangat menyanyikan lagu Mary Kay Enthusiasm Song

Sesi pembelajaran sedang berlangsung. Didahului dengan saya sebagai Mentor 1, SD Jumirdah Mentor 2 dan SSD Noraniza Mentor 3.

Sesi perkongsian oleh peserta yang hadir, sis Syaza.

Power of Imagination. 
Mereka menitiskan airmata kerana mereka mempunyai keinginan yang tinggi dan dapat merasakan kebahagiaan apabila dapat membahagiakan orang yang disayangi,


Mereka diberi peluang untuk memakai Sales Director suit untuk merasai aura SD.
Tahniah bakal SD Syaza dan SD Hidayah.


Group Photo


Photo bersama Red Jackets

Bersama unit Beaute Butterfly yang hadir, Norina, Syaza, Nana dan Hidayah

Sesi penutupan Retreat

DREAM - segalanya bermula dengan IMPIAN, Bermimpilah setinggi mana yang anda inginkan, Jangan lenyapkan ia di dalam kotak minda anda.

GROW - BESARkan impian anda dengan merealisasikannya. Haruslah percaya pada diri sendiri.

BLOOM - MEKARkan impian anda supaya ia terus berkembang sehingga ke puncak.


INSPIRATION
MOTIVATION
POWER OF IMAGINATION

Alhamdulillah.. saya yakin lebih ramai wanita-wanita hebat dapat dilahirkan dari Retreat ini. Aamiin.

Misi untuk memperkayakan lebih ramai lagi wanita-wanita di Pantai Timur akan diteruskan. Kami sangat mengalu-alukan sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari keluarga kami di Mary Kay.




BENGKEL KECANTIKAN @ 28 March 2015

Keesokan harinya, kami telah mengadakan Bengkel Kecantikan untuk para tetamu mencuba rangkaian produk Mary Kay dan juga mengetahui peluang kerjaya di Mary Kay. Sambutan yang sangat menggalakkan, diluar jangkaan kami. Pada awalnya hanya 43 tetamu sahaja yang mendaftar tapi ianya telah bertambah kepada lebih 60 tetamu. Dan seramai lebih 30 Perunding Kecantikan Mary Kay yang telah bersama menjayakannya.

Sesi dimulai dengan Kelas Penjagaan Kulit Wajah. Semua peserta di beri tips dan teknik bagaimana untuk menjaga kulit supaya sentiasa sihat dan awet muda. Dan seterusnya diikuti dengan sesi solekan.



2 gadis cute yang menjadi tetamu saya iaitu Ara dan Izzati. Dua-dua cantik selepas dimakeupkan.

 Seramai 17 tetamu yang telah membuat keputusan untuk menyertai Mary Kay. Syabas semua yang ingin berjaya, Mereka dapat membawa pulang hadiah iaitu sebatang lipstik dari Mary Kay.

 Bersama sebahagian dari unit Beaute Butterfly yang hadir iaitu Chan dan Nana.

Alhamdulillah.. memang teruja sangat dengan sambutan orang-orang di Kota Bharu. InshaaAllah kami akan ke sana lagi.. Tunggu ya..


No comments:

Post a Comment