Thursday, July 11, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Kepada semua pembaca yang mengikuti blog kak rokie, rasanya belum terlambat lagi untuk kak rokie mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Selamat berpuasa dan menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini. Yang mengenali diri ini, maafkan kak rokie sekiranya ada kekhilafan selama perkenalan kita semua. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.. InshaaAllah.. Ameen..
 
 
 
Di kesempatan ini juga, kak rokie ingin berkongsi pengalaman semasa Ramadhan dulu. Tetiba sahaja teringat pengalaman selama 18 tahun semasa masih bekerja di Bank dulu. Bila bulan Ramadhan, selepas sahur, sudah pastilah tak tidur balik. Dah nak kena bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Memandu dari Kajang --> PJ --> Kajang setiap hari bukanlah jarak yang dekat. Allah sahajalah yang tahu betapa penat dan mengantuknya. Itu belum tiba di office lagi. Bila petang pula, berkejar nak balik ke rumah untuk berbuka puasa. Makan apa sahaja yang sempat dicapai. Kadang-kadang berbuka puasa di dalam kereta aja sebab jam yang melampau. Tahun ini, bila terdengar kawan-kawan merungut keletihan, memang faham sangat isi hati mereka. apa-apa pun, kena bersabar ya..
 
Alhamdulillah.. kak rokie rasa sangat syukur dengan keadaan sekarang.. Sejak dah tidak bekerja di Bank, kehidupan kak rokie lebih terurus. Kak rokie dapat seimbangkan waktu untuk Allah, Famili dan Kerjaya dengan baik. I luv my life now.. Syukur tidak terhingga,. TQ Allah..
 
Sekiranya anda semua ingin mengubah kehidupan seperti kak rokie, jom sertai kak rokie di dalam bidang ini.. ia tidak memerlukan modal yang banyak pun.. boleh mulakan sebagai Part Time dahulu.. kak rokie dulupun buat Mary Kay sebagai Part Time 3 1/2 tahun.. jangan malu-malu untuk menghubungi kak rokie ya.. kak rokie akan membimbing anda semua untuk mencapai impian sehingga berjaya..
 
Jom kita mulakan dengan langkah berani.. Bismillahirrahmannirrahim...
 
 
 

No comments:

Post a Comment