Thursday, July 11, 2013

HANGZHOU, CHINA (14 - 19 JUNE 2013)

Assalam semua
Pada tahun ini, sekali lagi kak rokie telah melepasi cabaran Asia Pacific Red Jacket Ralley (APRJR) dan melayakkan kak rokie untuk menghadiri training ke Hangzhou, China. Ini adalah kali yang ke-5 kak rokie melangkah kaki ke Hangzhou bersama Mary Kay. Siapa yang tidak ingin ke sana setiap tahun kerana ilmu yang diperolehi dari sana memang tidak ternilai harganya..melihat dan mendengar sendiri cerita kesusahan dan kepayahan orang-orang di sana untuk mencapai kejayaan, memang menginsafkan diri sendiri kerana betapa bertuahnya kita diberi pelbagai kemudahan dan kesenangan di sini. Ia juga memberi suntikan semangat yang sangat tinggi untuk terus berusaha mencapai kejayaan...Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi..
 
Saya berjaya membawa 3 Achievers dari unit saya untuk bersama-sama kali ini. Nadiatul Syahirah (paling kanan sekali) telahpun menjadi Sales Director, Zabrina (sebelah Nadia) telahpun berjaya melangkah kaki ke Director-In-Qualification dan akan menjadi Sales Director tidak lama lagi dan Sariful Aniqah (sebelah Zabrina) juga akan mengikuti jejak langkah mereka berdua untuk bergelar Sales Director di Mary Kay.




Apa yang menariknya pada tahun ini ialah sempena meraikan Mary Kay 50th Years Anniversary, kami ditempatkan di Resort Hotel yang sangat cantik. Mata tidak berhenti melihat, mulut tidak berhenti memuji dan hati berdetik "Betapa bertuahnya aku dapat datang ke sini pada tahun ini" Terima kasih Mary Kay. Jom lihat sekitar gambar-gambar yang sempat kak rokie ambil sepanjang 6 hari berada di sana..


Antara APRJR Achievers yang pergi bersama kak rokie..
 



 
 
Special key-chain yang kami dapat.. DIM bermakna Director-In-Making..


Bergambar di sekitar kawasan Resort Hotel
 

 

 
Lautan manusia yang menghadiri training... Asia Pacific Region..
 
 
 
Di sekitar Mary Kay Manufacturing Plant
 

 
 
Shopping time.. antara barang-barang yang sempat dirembat di sana.. best beli shawl dan silk murah sangat di sana..


 

No comments:

Post a Comment