Tuesday, September 30, 2014

BENGKEL KECANTIKAN "JOM CANTIK" - 19 OCT 2014

Alhamdulillah.. Bengkel Kecantikan yang bertemakan "LAVENDER" yang diadakan pada 19 Oct 2014 di Petaling Jaya berjalan dengan begitu lancar dan meriah sekali. Seramai 16 Mary Kay Beauty Consultants telah bergabung tenaga untuk menjayakan Event ini. Ini adalah sebahagian dari Beauty Consultants yang hadir.. ada yang belum sampai lagi masa nih..Terimakasih semua... u are awesome..!!



Terimakasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada seramai lebih 30 tetamu yang hadir. Wajah mereka semua kelihatan begitu bersemangat dan teruja sekali. Dan mereka kelihatan begitu cantik memakai warna-warna Lavendar. 

Di awal pagi, selepas pendaftaran, mereka semua membelai tangan masing-masing dengan menggunakan Satin Hands Pampering Set.




Inilah Mary Kay Satin Hands Pampering Set.. sangat best produk nih.



Selepas itu, setelah kulit masing-masing di analisis oleh Beauty Consultants, mereka membelai wajah masing-masing dengan Skin Care Session.. didahului dengan pencuci mata dan bibir, dan seterusnya membual facial di wajah sendiri dengan penggunaan Cleanser, Mask, Freshener dan Hydrate.


Antara produk yang mereka guna..set Botanical Effects dan set miracle anti-ageing Timewise.



Selesai sesi penjagaan kulit wajah, diadakan pula sesi demo dan praktikal untuk asas solekan.



Sesi seterusnya adalah sesi peluang kerjaya di mana kami membuka peluang kepada semua tetamu yang hadir yang berminat untuk menjadi Beauty Consultants seperti kami dan seterusnya mencari pendapatan sampingan dengan Mary Kay. Banyak hadiah yang telah kami berikan kepada para tetamu yang hadir.


Antara yang telah membuat keputusan untuk menyertai team kami.. Tahniah semua..

Adik yang cantik manis ini telah memenangi pakaian dan makeup tercantik.. mengikut tema LAVENDER. Tahniah sis.

Dan akhir sekali, kami mengadakan konsultasi individu dan gambar bersama-sama. 



Ternyata semua yang hadir begitu seronok sekali. Bukan sahaja mereka dapat ilmu yang bermanfaat, malahan dapat membawa pulang hadiah-hadiah yang menarik dan juga mendapat ramai kawan.

Semoga kita akan berjumpa lagi di Event yang akan datang ya.

No comments:

Post a Comment