Monday, November 12, 2018

Secebis Kisah Dari Seorang "Penjual Lipstik"

Akak hanyalah seorang anak kampung.
Kehidupan memang susah suatu ketika dulu.
Adik beradik seramai 8 orang tapi seorang kakak meninggal.
Akak anak keempat.


Ayah hanya bekerja sebagai pemandu bas.
Mak pula buat pelbagai kerja seperti menoreh getah, kerja kilang, kerja kantin, jual kerepek dan macam-macam lagi untuk menambah pendapatan keluarga.
Kami sedari kecil telah diajar untuk berniaga.
Membawa kerepek pedas ke sekolah setiap hari untuk dijual.

Selepas tamat Diploma, akak terus bekerja di usia 21 tahun.
Tak sampai hati untuk terus sambung ke peringkat Sarjana kerana adik-adik masih ramai perlu diberi perhatian.
Akak bekerja untuk membantu mak.
Dengan bekerja sebagai kerani dan permulaan gaji RM650 sahaja dapatlah hantar ke mak RM100.
Menumpang di rumah kawan.
Tidur di ruang tamu sahaja untuk beberapa bulan.

Bila dah ada sedikit kenaikan gaji, akak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana secara sambilan di kala usia 25 tahun.
Dapat juga menggenggam segulung ijazah dengan titik peluh sendiri di kala usia 29 tahun.

Gambar kiri adalah pada tahun 2007.
Ketika itu, akak adalah Penolong Pengurus di salah sebuah Bank terkemuka di Malaysia.

Yang suatu ketika dulu,
.. tak pandai bergaya pun
.. tak pandai bersolek pun
.. tak pandai bercakap pun
.. tak punya keyakinan diri pun

Yang hanya tahu melakukan tugas rutin harian.
Pergi kerja pagi dan pulang petang.
Cukup bulan, dapat gaji ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang
Dulu gaji tiada apa pun yang lebih untuk disimpan.

Gambar kanan adalah akak sekarang sebagai Mary Kay Ind. Executive Senior Sales Director telah mengubah segalanya.


Jika dulu bekerja di bidang korporat, akak hanya mampu memberi mak RM200 - RM300 aja sebulan.
Tapi sekarang, akak adalah Perunding Kecantikan Mary Kay dan penjual lipstik.
Bila orang tanya "Jual lipstik boleh hidup ke?"
Kenapa tidak?
Dengan kerja menjual lipstik inilah, akak mampu memberi 4 angka setiap bulan kepada mak sekarang.
Dan dapat membawa emak ke Mekah dengan 100% dari hasil di Mary Kay.
Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki dari Allah ini.

Teringat kata-kata seorang sahabat.
Apa guna kita ada ijazah setinggi gunung, kerja yang nampak hebat di mata.
Tapi kita tak dapat pun nak membahagiakan ibu sendiri,
Setiap bulan nak bagi mak duit pun masih berkira-kira.

Sekarang, kami tujuh beradik ingin membahagiakan mak. Ingin membalas segala jasa mak membesarkan kami selama ini.

Terimakasih mak kerana telah membesarkan kami semua.
Alfatihah untuk arwah ayah yang dirindui.


Sharing with L.O.V.E.
Kak Rokie

No comments:

Post a Comment