BAGAIMANA SAYA
BERMULA?
Di ruangan ini, saya ingin ingin berkongsi cerita dengan anda semua bagaimana saya boleh melibatkan diri dalam dunia Mary Kay.
Saya adalah seorang yang sangat mementingkan kecantikan. Sejak dari kecil, ciri-ciri itu telah jelas kelihatan, apatah lagi bila usia semakin meningkat dewasa. Bagaimanapun, pengetahuan saya di dalam penjagaan kulit wajah, tidak saya titikberatkan kerana boleh dikategorikan, saya sebagai insan yang sangat bertuah kerana dikurniakan kulit yang tiada bermasalah.
Tahun berganti tahun, selaras dengan usia yang semakin meningkat, kulit menjadi semakin kering dan kusam dan jeragat mula kelihatan. Ramai kawan-kawan yang tegur tetapi tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana saya tidak suka bertukar-tukar produk dan tetap setia dengan produk yang sama selama hampir 10 tahun. Sehinggalah apabila saya diperkenalkan kepada produk Mary Kay oleh salah seorang kawan saya.
Produk pertama yang saya cuba adalah Oil-Free Hydrating Gel untuk mengatasi masalah kekeringan di wajah dan juga Medium Coverage Foundation untuk perlindungan kulit. Saya merasa amat teruja kerana setelah beberapa minggu memakai Oil-Free Hydrating Gel, kulit saya menjadi lebih "moist" dan ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk bertukar ke produk Mary Kay dan seterusnya meninggalkan produk lama yang hampir 10 tahun itu.
Pada 21 November 2008, saya telah menandatangani Independent Beauty Consultant Agreement form dan seterusnya bergelar Mary Kay Beauty Consultant (BC). Tujuan utama saya untuk menjadi BC adalah semata-mata untuk kegunaan sendiri dan pada masa yang sama untuk mendapatkan diskaun yang ditawarkan sebagai seorang BC.
Di awal pembabitan sebagai seorang BC, saya tidak terfikir akan begitu serius di dalam bidang ini. Namun, setelah mendapat banyak kebaikan dari produk Mary Kay, maka bermulalah perkongsian demi perkongsian dengan wanita-wanita lain. Kebaikan yang saya perolehi bukan sahaja tentang produknya, malahan dari segala aspek. Mary Kay bukan sahaja membina kecantikan luaran, malahan dia juga membina kecantikan dalaman dengan menjadikan setiap Beauty Consultantnya untuk menjadi insan yang lebih baik dengan berprinsipkan Golden Rule "Do unto others as you would have them do unto me"....its priority "God first, family second and career third" dan "Go-Give Spirit"...Semua ini saya belum pernah jumpa di dalam mana2 syarikat lain.. dan itulah istimewanya Mary Kay selaras dengan misinya "Enriching Women's Live"..
Saya telah mula mempelajari cara-cara untuk mengadakan Skin Care Class (SCC) dan seterusnya menghadiri kelas ESRS untuk persediaan sebagai seorang BC. Hasil dari SCC yang berterusan, saya telah mendapat jualan yang amat memberangsangkan setiap bulan dan pada masa yang sama, saya telah mula merekrut. Apabila anugerah demi anugerah yang saya terima spt Queen of Sales, Queen of Recruit, ianya telah menaikkan lagi semangat saya untuk terus berusaha.
Pada April 2009, saya telah menghadiri kelas Red Jacket University (RJU). Di sini, saya lebih fokus untuk menjadi seorang Leader dan seterusnya impian untuk bergelar Sales Director semakin berkobar-kobar.
Setelah 10 bulan menyertai Mary Kay, iaitu pada October 2009, saya Debut sebagai Mary Kay Independent Sales Director dan mempunyai unit sendiri yang saya namakan "Beaute' Butterfly Unit". Kenapa saya memilih nama ini? Kerana saya ingin jadikan semua wanita itu cantik.. bukan sahaja kecantikan luaran, malahan kecantikan dalaman dan juga kecantikan di dalam seluruh kehidupan mereka.
Sehingga ke hari ini (October 2012), saya telah berjaya menjadikan 3 orang unit saya sebagai Sales Director dan sekarang mempunyai lebih 150 orang Beauty Consultants yang bernaung di bawah Beaute' Butterfly Unit. Tugas saya sudah tentu untuk merealisasikan impian mereka untuk berjaya bersama-sama..
Berikut adalah antara perjalanan dan pencapaian saya di dalam Mary Kay:-
Nov 2008 Beauty Consultant
Jan 2009 Senior Beauty Consultant
Feb 2009 Team Builder
Mar 2009 Team Leader
Apr 2009 Future Sales Director
Oct 2009 Independent Sales Director (SD)
Aug 2011 Independent Senior Sales Director (SSD)
Pencapaian (2009 - 2012)
==> Malaysian Red Jacket Rally (MRJR) (2009)
==> New SD Challenge - Fabulous 50s (2010)
==> New SD Challenge - Catch the Dream, Dallas, Texas (2010)
==> New SD Challenge - Honour Society Achiever (2010)
==> Wall of Fame Achiever (2011)
==> Party of the Year - POTY (2010, 2011, 2012)
==> Go-China Seminar, Hangzhou (2010, 2012)
==> Red Jacket Development Day (2010, 2011)
==> Red Jacket Retreat (RJR) (2012)
==> Asia Pacific Red Jacket Rally (APRJR), Hangzhou (2011, 2012)
==> Diamond Rings for Court of Personal Sales (2010, 2011, 2012)
==> Diamond Rings for Court of Sharing (2010, 2011, 2012)
- 2nd Runner Up - 2011
- Queen of Sharing - 2012
==> Diamond Rings for Court of Unit Production (2011, 2012)
==> Triple Stars Achiever (2011, 2012)
==> Pink Car Achiever (Pink Corolla Altis) (2011)
==> Top Directors Trip (TDT), Paris (2012)
Syukur Alhamdulillah.. Semua ini memang tidak pernah saya bayangkan pada mula-mula saya membuat keputusan untuk menjadi Mary Kay Beauty Consultant.
Semuanya bermula dengan bermodalkan RM180 sahaja. Anda juga boleh melakukannya.. Hubungi saya pada bila-bila masa untuk mengetahui peluang kerjaya yang menarik ini..
Dan kepada semua wanita-wanita yang bernaung di bawah unit Beaute' Butterfly, saya akan terus berusaha untuk membawa anda kepada impian anda dan semoga impian kita semua menjadi kenyataan...Aminn..
No comments:
Post a Comment