Thursday, April 22, 2010

CAREER CONFERENCE 2010

Project Star Power Career Conference baru sahaja berlangsung di Nikko Hotel pada 10 April 2010. Majlis yang gilang gemilang ini dihadiri oleh hampir 700 Mary Kay Beauty Consultants dari seluruh Malaysia dan Singapura. Disinilah tempatnya di mana kami dapat menceduk ilmu dari salah seorang jutawan Mary Kay iaitu Independent Elite Executive Senior Sales Director Grace Kao Sheng Fen dari Taiwan. Beliau telah berkongsi pengalaman dan perjalanannya dalam syarikat Mary Kay yang mana telah mengubah kehidupan beliau daripada seorang suri rumahtangga yang biasa sehingga memperoleh jutaan dollar sebagai komisen dan juga pencapaian 5 Pink Career Cars.
Selain daripada itu, kami juga mendapat penganugerahan ON-STAGE di atas setiap usaha yang telah kami lakukan di dalam membantu wanita-wanita lain untuk memperkayakan kehidupan mereka. Pada Career Confrence 2009, saya hanya dapat melihat mereka yang berjaya naik turun stage. Dari situ juga, timbulnya suntikan semangat yang tinggi untuk saya berusaha dan berazam untuk mencapai impian seperti mereka yang berjaya. Dan Alhamdulillah, setahun berlalu, pada Career Conference tahun ini saya mendapat banyak penganugerahan. Walaupun lenguh juga kaki naik turun stage, tapi kegembiraan apabila diiktiraf di atas setiap usaha kita memang sesuatu yang teramat istimewa buat saya. Menjadikan saya lebih bersemangat untuk berusaha.
Antara anugerah yang telah saya capai semasa Career Conference 2010.


NEW SALES DIRECTOR DEBUT
(Saya berdiri di kedudukan kedua dari kiri)

FABULOUS 50 & NEW DIRECTOR RALLY
CATCH THE DREAM - DALLAS 2010Saya rasakan ini adalah pencapaian yang paling berharga dan mahal buat diri saya pada hari itu. Saya merasa sebak dan pada masa yang sama terlalu gembira dengan pencapaian ini. Tidak pernah saya terfikir sebelum ini akan berjalan jauh sehingga ke US tapi Mary Kay telah merealisasi impian saya. Terima kasih Mary Kay.... Luv u soooo much...



EMERALD STAR CONSULTANTS FOR QUARTER 2 AND QUARTER 3
SPECIAL LUNCHEON
ON-TRACK GO CHINA SEMINAR
ON-TRACK SALES FIRECTOR - COURT OF PERSONAL SALES

No comments:

Post a Comment