Thursday, October 22, 2015

AKU YANG DULU, BUKANLAH YANG SEKARANG

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang.. Dulu lain, sekarang lain.. hehe.. pasti ramai yang tahu dengan lirik lagu Tegar dan lagu nyanyian Allahyarham Dato SM Salim nih kan? Memang best lagu-lagu nih.. OK kita lupakan tentang lagu kerana kak rokie ingin berkongsi sesuatu di sini.


Sepanjang akak bersama Mary Kay, akak selalu kedengaran kata-kata sebegini, "kak rokie bolehlah buat biz nih sebab kak rokie cantik.. kak rokie bergaya.. kak rokie itu.. kak rokie ini". hmm.. sebenarnya itu adalah apa yang anda nampak sekarang. Hakikatnya kita sama sahaja. 

Ni gambar akak sekarang. Yang ramai kenali akak sekarang. Akak telahpun memasuki usia 44 tahun. Bukan muda sangat pun kan. Kebanyakan yang sebaya dengan akak sudah pun mempunyai anak dara dan anak bujang yang besar. Yang dah bermenantu pun ada. Dan rata-rata yang akak jumpa yang seusia akak, mereka banyak menghabiskan masa dengan menguruskan rumahtangga hingga tidak sempat untuk memikirkan tentang keadaan diri sendiri. 


Ramai yang meneka umur akak awal 30an. Boleh percaya ker?



Berpeluang bersantai bersama rakan-rakan sealiran. Kehidupan yang lebih ceria.



Indahnya bila dapat menikmati kehidupan ini



Bergembira bersama mereka



Itu sekarang. Sebenarnya dahulu akak juga seperti anda. Dahulu akak adalah pekerja Bank. Masa akak banyak dihabiskan di tempat kerja dan menguruskan rumahtangga. Setiap hari, selepas balik dari kerja, akak pasti bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam. Letih? Mau tidak. Lebih-lebih lagi bila dah ada anak, lagilah letih dan tiada masa untuk fikir tentang diri sendiri. 

Cuba tengok gambar nih. Gambar 2005 sebelum akak menyertai Mary Kay. Akak menyertai Mary Kay pada bulan Nov 2008. Gambar 2013 dah mula ada perubahan dalam diri akak. Terasa kehidupan lebih ceria.


Gambar-gambar nih sekitar tahun 2009. Akak baru sahaja menyertai Mary Kay. Pada ketika ini wajah akak masih kusam tak bermaya. Tapi akak masih mampu berkongsi tentang kebaikan produk Mary Kay walaupun belum nampak perbezaan yang ketara pada diri sendiri. Pernah beberapa kali akak dinobatkan sebagai Unit Queen of Sales pada tahun 2009. Macam mana akak buat? Hanya perlu berkongsi secara ikhlas dari hati.


Perubahan yang berlaku. ESRS adalah kursus akak yang pertama di Mary Kay


Transformasi diri. Self Development Growth. Memang amat ketara perubahan dari segi keyakinan diri.


Bukan sahaja akak yang berubah, malahan akak seronok membawa perubahan pada wanita-wanita lain yang berdamping bersama akak. Satu kepuasan apabila melihat mereka juga berubah seperti akak. 


Macam mana ini terjadi? Sebenarnya akak sendiri tidak menyedari kerana perubahan ini berlaku sedikit demi sedikit. Dahulu, akak adalah seorang wanita yang sangat sederhana. Muka pun comot aja, kusam dan tidak bermaya. Pendiam. Low self-esteem. Seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Selepas menyertai Mary Kay. memang banyak sangat perubahan yang akak dapat terutama dari segi self development growth. Akak dibentuk perlahan-lahan sehingga berupaya memimpin orang lain pula. Syukur sangat dipertemukan dengan Mary Kay.

Sekiranya Mary Kay boleh ubah akak.. kenapa anda tidak.. Akak bukanlah seorang yang sempurna tetapi akak berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan diri. Alhamdulillah.. suami pun semakin sayang.

Anda inginkan perubahan seperti akak? Akak sedia membantu dan berkongsi apa yang akak tahu. Jangan segan silu untuk bertanya dan menghubungi kak rokie ya.

Rokie
Perunding Kecantikan Mary Kay
019-3525405

1 comment: