Showing posts with label I-Story. Show all posts
Showing posts with label I-Story. Show all posts

Monday, November 12, 2018

Secebis Kisah Dari Seorang "Penjual Lipstik"

Akak hanyalah seorang anak kampung.
Kehidupan memang susah suatu ketika dulu.
Adik beradik seramai 8 orang tapi seorang kakak meninggal.
Akak anak keempat.


Ayah hanya bekerja sebagai pemandu bas.
Mak pula buat pelbagai kerja seperti menoreh getah, kerja kilang, kerja kantin, jual kerepek dan macam-macam lagi untuk menambah pendapatan keluarga.
Kami sedari kecil telah diajar untuk berniaga.
Membawa kerepek pedas ke sekolah setiap hari untuk dijual.

Selepas tamat Diploma, akak terus bekerja di usia 21 tahun.
Tak sampai hati untuk terus sambung ke peringkat Sarjana kerana adik-adik masih ramai perlu diberi perhatian.
Akak bekerja untuk membantu mak.
Dengan bekerja sebagai kerani dan permulaan gaji RM650 sahaja dapatlah hantar ke mak RM100.
Menumpang di rumah kawan.
Tidur di ruang tamu sahaja untuk beberapa bulan.

Bila dah ada sedikit kenaikan gaji, akak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana secara sambilan di kala usia 25 tahun.
Dapat juga menggenggam segulung ijazah dengan titik peluh sendiri di kala usia 29 tahun.

Gambar kiri adalah pada tahun 2007.
Ketika itu, akak adalah Penolong Pengurus di salah sebuah Bank terkemuka di Malaysia.

Yang suatu ketika dulu,
.. tak pandai bergaya pun
.. tak pandai bersolek pun
.. tak pandai bercakap pun
.. tak punya keyakinan diri pun

Yang hanya tahu melakukan tugas rutin harian.
Pergi kerja pagi dan pulang petang.
Cukup bulan, dapat gaji ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang
Dulu gaji tiada apa pun yang lebih untuk disimpan.

Gambar kanan adalah akak sekarang sebagai Mary Kay Ind. Executive Senior Sales Director telah mengubah segalanya.


Jika dulu bekerja di bidang korporat, akak hanya mampu memberi mak RM200 - RM300 aja sebulan.
Tapi sekarang, akak adalah Perunding Kecantikan Mary Kay dan penjual lipstik.
Bila orang tanya "Jual lipstik boleh hidup ke?"
Kenapa tidak?
Dengan kerja menjual lipstik inilah, akak mampu memberi 4 angka setiap bulan kepada mak sekarang.
Dan dapat membawa emak ke Mekah dengan 100% dari hasil di Mary Kay.
Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki dari Allah ini.

Teringat kata-kata seorang sahabat.
Apa guna kita ada ijazah setinggi gunung, kerja yang nampak hebat di mata.
Tapi kita tak dapat pun nak membahagiakan ibu sendiri,
Setiap bulan nak bagi mak duit pun masih berkira-kira.

Sekarang, kami tujuh beradik ingin membahagiakan mak. Ingin membalas segala jasa mak membesarkan kami selama ini.

Terimakasih mak kerana telah membesarkan kami semua.
Alfatihah untuk arwah ayah yang dirindui.


Sharing with L.O.V.E.
Kak Rokie

MARY KAY MENGUBAH SEGALANYA

Usia kak rokie telahpun menjangkau 47 tahun.
Bukanlah usia yang muda sangat. Hampir setengah abad dah.
Perasaan malas untuk memikirkan ketrampilan diri pasti akan hadir di usia sebegini.
Memang lumrah kan?

Dulu
Jika kak rokie tidak menyertai Mary Kay, mungkin akak masih seorang pekerja Bank sehingga kini.
Dengan wajah yang kusam dan nak bergaya pun dah malas.
Nak pakai make-up? Akak memang tak tahu make-up.
Pakai bedak pun tak rata sebab kulit kering.
Nak bergaya? Memang dah malas sebab akak suka simple aja. Suka pakai pants, blouse, baju kurung dan sandle aja pergi kerja.
Kalau diteruskan, mungkin bila dah capai usia sebegini, dah seperti mak cik mak cik lah rasanya.

Sekarang
Bila berada dalam dunia kecantikan, akak tidak perlu paksa diri untuk buat semua tuh. Ianya semua berlaku secara sendiri dan rela hati. 
Akak seronok bila dapat belajar banyak ilmu kecantikan, bercampur dengan mereka semua yang mementingkan ketrampilan diri.
Bila diri kita semakin berketrampilan, pasti keyakinan diri semakin meningkat.

Dulu
Akak seorang yang low self-esteem, pendiam.
Nak suruh akak bercakap di depan ? Memang tak lah.
Dalam meeting pun akak jarang bercakap, inikan pula nak bercakap di hadapan. Mau menggeletar satu badan.

Sekarang
Memang jauh berbeza. Akak suka jadi Speaker. Akak suka jadi Mentor bercakap di hadapan ramai orang.
Akak suka bila dapat memberi inspirasi pada orang lain. Akak suka bila dapat berkongsi ilmu dan membantu orang lain.

Dulu
Akak tak pernah pun menjejakkan kaki ke luar negara.
Budget memanga tak ada. Gaji yang dapat, cukup-cukup aja setiap bulan. Nak simpan pun tak ada.

Pergi kerja pun naik motorbike. Semata-mata nak jimat minyak, toll, parking. Pernah tergolek berdarah-darah kaki suatu ketika dulu. 
Tak kira berapa kali motor pancit dan tak boleh start di tengah jalan. Tolak sama-sama ngan hubby.
Baju hujan pun koyak rabak dek kerana hujan panas bersilih ganti.

Sekarang
Alhamdulillah.. akak dah memiliki 2 buah kereta Pink (Altis dan Camry) dari Mary Kay. Dan mampu kemana-mana sahaja dengan kereta kesayanga akak ini.

Dulu
20 tahun bekerja makan gaji, gaji terakhir akak tak sampai RM5K pun. Kalau akak masih bekerja makan gaji, pasti tak merasalah akak gaji 5 angka sehingga ke hari ini.

Sekarang
Alhamdulillah.. kurang 2 tahun menyertai Mary Kay, akak dah capai income 5 angka tuh dan bertambah setiap bulan.

Alhamdulillah syukur.. keputusan yang akak ambil 10 tahun lepas untuk menyertai Mary Kay, benar-benar telah mengubah kehidupan akak dan famili dengan lebih baik.
Di kala usia 37 tahun, akak menceburi bidang baru. Beralih dari bidang IT yang telah diceburi selama hampir 20 tahun, ke bidang Beauty yang akak sendiri tiada apa-apa pengetahuan. Bermula dari ZERO.

37 tahun bukanlah usia yang muda dan masa yang sesuai untuk beralih profession. But I DID IT!!!
Akak bersyukur kerana telah buat satu keputusan yang terbaik di dalam kehidupan ini.. Alhamdulillah.

Apa yang anda semua nampak, itulah akak dulu dan kini. 
Adakah akak nampak lebih ceria? Lebih gembira? Lebih muda? Lebih bergaya? Anda nilaikan sendiri ya.

Yang pastinya, akak adalah seorang isteri dan ibu yang berusia 47 tahun. Dan akak juga adalah seorang Perunding Kecantikan yang suka membantu orang lain untuk CANTIK dan BERJAYA.

Ingin menyertai akak di dalam bidang ini? Jangan malu-malu untuk hubungi akak ya. Akak bersedia untuk membantu sesiapa sahaja.

Sharing with L.O.V.E.
Kak Rokie (019-3525405)

Sunday, June 14, 2015

UMRAH 2015 (1 - 13 June)

Assalam semua
Alhamdulillah.. dah 2 minggu saya cuti berehat. Sebenarnya saya baru sahaja kembali dari mengerjakan Umrah bersama suami, ibu dan ibu mertua saya. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan berkat rezeki yang dikurniakan, kami dapat menunaikan Umrah sekali lagi pada tahun ini. Impian saya untuk membawa ibu saya juga dapat dilaksanakan pada tahun ini. Impian seterusnya, saya dan suami berazam untuk menunaikan ibadah Haji secepat mungkin. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aamiin.

Saya kongsi beberapa gambar saya di sana ya.


Gambar di KLIA semasa hendak berangkat ke Madinah.

Kerinduan untuk bersolat di Masjid Nabawi terubat.


Memasuki Raudhah. Rindu serindunya untuk bertemu Rasullullah saw.

Masjid Quba'. Masjid yang dibina dengan penuh ketaqwaan oleh Rasullullah saw dan para sahabat dengan tangan mereka sendiri. Bersolat di dalam masjid ini ibarat kita melaksanakan 1 ibadah Umrah. Subhanallah.

Gambar berlatarbelakangkan Bukit Uhud. Menangis saya bila dengar Mutowwif bercerita mengenai perjuangan Rasullullah bersama para sahabat semasa peperangan Uhud. 

Di bawa ke ladang kurma. Kami dihidangkan dengan teh panas. Kurma dari Madinah adalah kurma yang terbaik dan kurma Nabi atau kurma Ajwa adalah kurma yang paling saya suka.


Bersama sebahagian daripada Jemaah dari group kami. Ada seramai 36 orang.

Berlatarbelakangkan Jabal Thur. Tempat di mana Rasullullah bersembunyi selama beberapa hari dari pihak musuh sebelum behijrah ke Madinah.

Alhamdulillah.. dapat juga saya naik ke puncak tertinggi di Jabal Rahmah nih. Masa saya datang tahun 2013 dulu, tak dapat naik sebab masalah kesihatan. Syukur diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah ini. Di sinilah pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa. 


 Hati sebak menangis tatkala melihat keagunganMu ya Allah. Syukur.

Terlaksana akhirnya impian saya untuk membawa mak ke sini. Walaupun mak kurang sihat tapi semangat mak kuat. Syukur kerana saya diberikan kekuatan untuk menjaga mak.

Kami juga berpeluang untuk melawat Museum. Didalamnya tersimpan khazanah-khazanah dan tempat-tempat yang pernah dikunjungi oleh Rasullullah saw.

Gambar yang nih adalah model Masjidil Haram yang dijangka siap sebelum musim Haji pada tahun ini.






Terimakasih kerana meluangkan masa untuk membaca entri saya ini. Semoga perkongsian saya ini, serba sedikit dapat memberi manafaat kepada anda ya. Wassalam.



Monday, May 20, 2013

As-salam semua..
Alhamdulillah impian saya untuk menunaikan Umrah bersama keluarga terlaksana pada tahun ini.. tempat yang paling tenang pernah saya rasakan.. tidak kurang juga dengan pelbagai dugaan dan cabaran yg benar-benar menuntut kesabaran dan penuh keinsafan..syukur yang mampu saya panjatkan ke hadrat Ilahi di atas peluang ini.. TQ Allah..

Hari ini, saya telahpun memulakan tugas seperti biasa.. agak banyak juga email/whatsapp/sms yang saya terima yang belum sempat dijawab.. saya akan cuba menjawab secepat mungkin.. harap bersabar ya.. Sekiranya anda semua ada pertanyaan mengenai Mary Kay, boleh ubungi saya di 019-3525405 ya..


Monday, March 18, 2013

POWER OF IMAGINATION

As-salam semua
Apabila diberi peluang oleh Sr National Sales Director kami iaitu SNSD Pam Fortenberry Slate untuk menyarungkan NSD suit beliau, kami semua memang tidak ingin melepaskan peluang ini. Terpaksa beratur agak lama untuk bergambar dengan NSD suit ini.

Gambar nih selalu saya tengok dan belek-belek. Saya bayangkan semoga suatu hari nanti, ianya betul-betul menjadi milik saya.. Segalanya bermula dari impian.. kita membayangkan impian kita.. dan dari impianlah, ianya menjadi kenyataan.. Doakan saya ya..





MARY KAY DI HATIKU..

As-salam semua
Tiba-tiba rasa nak berkongsi I-Story saya yang terbaru..

Sebelum kenal Mary Kay, kak rokie hanyalah insan biasa sahaja. Bukanlah orang senang. Dan orang yang sangat simple. Selepas tamat pengajian di salah sebuah Universiti Tempatan pada usia 21 tahun, kak rokie terus mencari pekerjaan untuk menampung keluarga. Bila usia meningkat ke 26 tahun, barulah kak rokie berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana. Itupun secara part time sahaja. Selama berbelas-belas tahun bekerja di Bank, gaji yang dapat setiap bulan hanya sekadar cukup untuk perbelanjaan bulanan. Kak rokie banyak menjalankan pelbagai business kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan harian. Hinggalah pada penghujung tahun 2008, kak rokie diperkenalkan dengan Mary Kay. Tujuan asal kak rokie jadi Beauty Consultant adalah untuk kegunaan sendiri sahaja. Pada ketika itu, kulit wajah dah semakin kusam, kering dan berjeragat. Tapi tanpa disedari, kak rokie semakin aktif menjalankan perniagaan ini.
 
Selama 3 tahun setengah kak rokie menjalankan perniagaan Mary Kay secara sambilan. Dan akhirnya, setelah hampir 20 tahun bekerja di Bank, kak rokie mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja dan hingga kini (March 2013), hampir 10 bulan kak rokie menjalankan perniagaan Mary Kay secara fulltime.
 
Kak rokie merasakan kehidupan lebih sempurna dan bermakna. Masa lebih terurus malahan hubungan dengan keluarga semakin rapat. Terima kasih Mary Kay kerana memberi sinar di dalam hidupku. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cerita kak rokie nih, kita boleh jumpa dan sembang-sembang ya..
 
Dan sekarang, tugas kak rokie adalah untuk membantu wanita lain untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Gambar di bawah adalah di antara wanita-wanita yang telah berjaya kak rokie bimbing dan mereka pun telahpun bergelar Sales Director sekarang ini..Alhamdulillah..
 
Mary Kay terlalu indah buat saya.. menyempurnakan saya dari hari ke hari..
Sekiranya anda juga ingin mengubah kehidupan anda, kenapa tidak ingin merebut peluang ini? Hubungi saya.. saya sudi berkongsi dan membimbing anda untuk berjaya seperti mereka..
 
Gambar ini diambil semasa kami menghadiri Directors Retreat di Lone Pine Hotel, Batu Feringgi, Penang. Dinner pada malam itu, bertemakan HELLO AFRICA.. Aummmm...
 
 
 
Hubungan kami sangat akrab melebihi hubungan adik beradik..
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, November 1, 2009

MY DEBUT AS A SALES DIRECTOR MARY KAY...


Salam semua....

Dah lama betul sy tak update blog nih.... disebabkan kesibukan yg teramat sgt terutama sekali untuk melepasi cabaran DIQ selama 4 bulan...akhirnya sy berjaya menggapai impian untuk menjadi Sales Director di Mary Kay.... syukur Alhamdulillah...bukanlah mudah utk kita mencapai impian ini dan tidak juga susah sekiranya kita benar2 berusaha....

Pada Ahad lepas, 1/11/09 @ 2pm, majlis Debut sy sbg Sales Director telah diadakan di Mary Kay Office, PJ....majlis yg cukup sederhana tp meriah ini dihadiri oleh org2 penting di dalam kehidupan sy... maka lahir jugalah unit sy sendiri iaitu Beaute' Butterfly.... Kami rasa seronok sgt berada di dalam dunia Mary Kay.... dunia kecantikan yg sudah tentunya begitu sinonim dgn wanita... impian sy dan semua unit members sy sudah tentu untuk berkongsi dgn semua wanita di luar sana...to enrich their life...

Tuesday, July 21, 2009

KENAPA SAYA PILIH MARY KAY?


Kenapa Mary Kay? Kenapa tidak produk-produk lain?

Saya adalah pengguna yang setia. Sebab itu, hampir 10 tahun saya setia pada produk sebelumnya. Bukan senang saya nak bertukar ke produk lain jika ianya tidak betul-betul dapat meyakinkan saya...

Antara sebab utama saya memilih Mary Kay adalah:

1) Kualiti produknya. Selepas dapat mencuba sendiri dan melihat kesannya, ianya betul-betul membuat saya teruja.

2) Mahal? Sudah tentu tidak. Secara jujurnya, saya merasakan harganya sgt berbaloi dengan kualitinya. Dan yang paling best, saya berpeluang menjadi BC (Beauty Consultant) dan enjoy diskaun yang diberikan. semua org berpeluang untuk menjadi BC..

3) Selamat? Sudah tentu. Semua produk Mary Kay "clinically tested" and "proven satisfaction". Malahan, ianya ada 90-days money back guarantee sekiranya ianya tidak sesuai dgn kita.

4) Halal? Sudah tentu sbb semua bahan-bahan di dalam produk Mary Kay diperbuat daripada bahan-bahan Botanical / tumbuh-tumbuhan. Tiada langsung unsur-unsur haiwan. Pembuatannya teramat bersih malahan saya sendiri berpeluang melawat cara-cara pembuatannya di kilang di Dallas.

Dan yang paling best, Mary Kay bukan sahaja dapat mencantikkan wanita, malahan memperkayakan wanita.... saya sukakan the company's philosophies...its Golden Rule "Do unto others as you would have them do unto me'....its priority, God First, Family Second and Career Third...and the Go Give Spirit...yang mana tidak pernah saya jumpa di dalam syarikat yang lain...

Harapan saya, inilah produk terakhir yang akan saya guna...saya cuma inginkan kulit yang cantik dan sihat...pada masa yg sama, saya dapat berkongsi dengan wanita-wanita lain di luar sana untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan....sama seperti saya...


Mary Kay... Enriching Women's Lives...


Thank You Mary Kay!

Saturday, May 2, 2009

MY "I" STORY

BAGAIMANA SAYA BERMULA?


Di ruangan ini, saya ingin ingin berkongsi cerita dengan anda semua bagaimana saya boleh melibatkan diri dalam dunia Mary Kay.

Saya adalah seorang yang sangat mementingkan kecantikan. Sejak dari kecil, ciri-ciri itu telah jelas kelihatan, apatah lagi bila usia semakin meningkat dewasa. Bagaimanapun, pengetahuan saya di dalam penjagaan kulit wajah, tidak saya titikberatkan kerana boleh dikategorikan, saya sebagai insan yang sangat bertuah kerana dikurniakan kulit yang tiada bermasalah.

Tahun berganti tahun, selaras dengan usia yang semakin meningkat, kulit menjadi semakin kering dan kusam dan jeragat mula kelihatan. Ramai kawan-kawan yang tegur tetapi tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana saya tidak suka bertukar-tukar produk dan tetap setia dengan produk yang sama selama hampir 10 tahun. Sehinggalah apabila saya diperkenalkan kepada produk Mary Kay oleh salah seorang kawan saya.

Produk pertama yang saya cuba adalah Oil-Free Hydrating Gel untuk mengatasi masalah kekeringan di wajah dan juga Medium Coverage Foundation untuk perlindungan kulit. Saya merasa amat teruja kerana setelah beberapa minggu memakai Oil-Free Hydrating Gel, kulit saya menjadi lebih "moist" dan ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk bertukar ke produk Mary Kay dan seterusnya meninggalkan produk lama yang hampir 10 tahun itu.

Pada 21 November 2008, saya telah menandatangani Independent Beauty Consultant Agreement form dan seterusnya bergelar Mary Kay Beauty Consultant (BC). Tujuan utama saya untuk menjadi BC adalah semata-mata untuk kegunaan sendiri dan pada masa yang sama untuk mendapatkan diskaun yang ditawarkan sebagai seorang BC.

Di awal pembabitan sebagai seorang BC, saya tidak terfikir akan begitu serius di dalam bidang ini. Namun, setelah mendapat banyak kebaikan dari produk Mary Kay, maka bermulalah perkongsian demi perkongsian dengan wanita-wanita lain. Kebaikan yang saya perolehi bukan sahaja tentang produknya, malahan dari segala aspek. Mary Kay bukan sahaja membina kecantikan luaran, malahan dia juga membina kecantikan dalaman dengan menjadikan setiap Beauty Consultantnya untuk menjadi insan yang lebih baik dengan berprinsipkan Golden Rule "
Do unto others as you would have them do unto me"....its priority "God first, family second and career third" dan "Go-Give Spirit"...Semua ini saya belum pernah jumpa di dalam mana2 syarikat lain.. dan itulah istimewanya Mary Kay selaras dengan misinya "Enriching Women's Live"..

Saya telah mula mempelajari cara-cara untuk mengadakan Skin Care Class (SCC) dan seterusnya menghadiri kelas ESRS untuk persediaan sebagai seorang BC. Hasil dari SCC yang berterusan, saya telah mendapat jualan yang amat memberangsangkan setiap bulan dan pada masa yang sama, saya telah mula merekrut. Apabila anugerah demi anugerah yang saya terima spt Queen of Sales, Queen of Recruit, ianya telah menaikkan lagi semangat saya untuk terus berusaha.

Pada April 2009, saya telah menghadiri kelas Red Jacket University (RJU). Di sini, saya lebih fokus untuk menjadi seorang Leader dan seterusnya impian untuk bergelar Sales Director semakin berkobar-kobar.

Setelah 10 bulan menyertai Mary Kay, iaitu pada October 2009, saya Debut sebagai Mary Kay Independent Sales Director dan mempunyai unit sendiri yang saya namakan "
Beaute' Butterfly Unit". Kenapa saya memilih nama ini? Kerana saya ingin jadikan semua wanita itu cantik.. bukan sahaja kecantikan luaran, malahan kecantikan dalaman dan juga kecantikan di dalam seluruh kehidupan mereka.

Sehingga ke hari ini (October 2012), saya telah berjaya menjadikan 3 orang unit saya sebagai Sales Director dan sekarang mempunyai lebih 150 orang Beauty Consultants yang bernaung di bawah Beaute' Butterfly Unit. Tugas saya sudah tentu untuk merealisasikan impian mereka untuk berjaya bersama-sama..

Berikut adalah antara perjalanan dan pencapaian saya di dalam Mary Kay:-

Nov 2008 Beauty Consultant
Jan 2009 Senior Beauty Consultant
Feb 2009 Team Builder
Mar 2009 Team Leader
Apr 2009 Future Sales Director
Oct 2009 Independent Sales Director (SD)
Aug 2011 Independent Senior Sales Director (SSD)

Pencapaian (2009 - 2012)

==> Malaysian Red Jacket Rally (MRJR) (2009)
==> New SD Challenge - Fabulous 50s (2010)
==> New SD Challenge - Catch the Dream, Dallas, Texas (2010)
==> New SD Challenge - Honour Society Achiever (2010)
==> Wall of Fame Achiever (2011)
==> Party of the Year - POTY (2010, 2011, 2012)
==> Go-China Seminar, Hangzhou (2010, 2012)
==> Red Jacket Development Day (2010, 2011)
==> Red Jacket Retreat (RJR) (2012)
==> Asia Pacific Red Jacket Rally (APRJR), Hangzhou (2011, 2012)
==> Diamond Rings for Court of Personal Sales (2010, 2011, 2012)
==> Diamond Rings for Court of Sharing (2010, 2011, 2012)
        - 2nd Runner Up - 2011
        - Queen of Sharing - 2012
==> Diamond Rings for Court of Unit Production (2011, 2012)
==> Triple Stars Achiever (2011, 2012)
==> Pink Car Achiever (Pink Corolla Altis) (2011)
==> Top Directors Trip (TDT), Paris (2012)

Syukur Alhamdulillah.. Semua ini memang tidak pernah saya bayangkan pada mula-mula saya membuat keputusan untuk menjadi Mary Kay Beauty Consultant.

Semuanya bermula dengan bermodalkan RM180 sahaja. Anda juga boleh melakukannya.. Hubungi saya pada bila-bila masa untuk mengetahui peluang kerjaya yang menarik ini..

Dan kepada semua wanita-wanita yang bernaung di bawah unit Beaute' Butterfly, saya akan terus berusaha untuk membawa anda kepada impian anda dan semoga impian kita semua menjadi kenyataan...Aminn..