Showing posts with label Career Conference. Show all posts
Showing posts with label Career Conference. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

CAREER CONFERENCE 2013

Saya baru sahaja menghadiri Event tahunan iaitu CAREER CONFERENCE untuk tahun 2013. Sememangnya Event ini memang dinanti-nantikan. Disinilah tempat untuk semua para Perunding Kecantikan Mary Kay berkumpul dan mendapat inspirasi, suntikan semangat, penganugerahan dan motivasi.

Sekembalinya dari menghadiri Career Conference ini, semua unit saya iaitu BEAUTE BUTTERFLY semakin bersemangat untuk meneruskan langkah menuju impian..

Berikut adalah gambar-gambar di sekitar Career Conference tersebut..








Tuesday, April 19, 2011

CAREER CONFERENCE 2011

Alhamdulillah... kami baru sahaja menghadiri Career Conference 2011 di Berjaya Times Square Hotel pada 16 April 2011. Banyak kenangan manis sepanjang satu hari di sana. Pelbagai penganugerahan dan tidak ketinggalan juga sesi motivasi untuk semua Mary Kay Beauty Consultant yang hadir pada hari itu. Selesai sahaja tirai Career Conference 2011 berlabuh, satu suntikan semangat yang membara untuk kami terus mencapai impian untuk Seminar 2011 pula.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa Career Conference tersebut.



Sebahagian Beaute' Butterfly Unit Members yang hadir pada hari itu

Salah satu pencapaian saya, Honor Society Achiever. Mendapat Pink Laptop dan Bumble Bee.

Thursday, April 22, 2010

CAREER CONFERENCE 2010

Project Star Power Career Conference baru sahaja berlangsung di Nikko Hotel pada 10 April 2010. Majlis yang gilang gemilang ini dihadiri oleh hampir 700 Mary Kay Beauty Consultants dari seluruh Malaysia dan Singapura. Disinilah tempatnya di mana kami dapat menceduk ilmu dari salah seorang jutawan Mary Kay iaitu Independent Elite Executive Senior Sales Director Grace Kao Sheng Fen dari Taiwan. Beliau telah berkongsi pengalaman dan perjalanannya dalam syarikat Mary Kay yang mana telah mengubah kehidupan beliau daripada seorang suri rumahtangga yang biasa sehingga memperoleh jutaan dollar sebagai komisen dan juga pencapaian 5 Pink Career Cars.
Selain daripada itu, kami juga mendapat penganugerahan ON-STAGE di atas setiap usaha yang telah kami lakukan di dalam membantu wanita-wanita lain untuk memperkayakan kehidupan mereka. Pada Career Confrence 2009, saya hanya dapat melihat mereka yang berjaya naik turun stage. Dari situ juga, timbulnya suntikan semangat yang tinggi untuk saya berusaha dan berazam untuk mencapai impian seperti mereka yang berjaya. Dan Alhamdulillah, setahun berlalu, pada Career Conference tahun ini saya mendapat banyak penganugerahan. Walaupun lenguh juga kaki naik turun stage, tapi kegembiraan apabila diiktiraf di atas setiap usaha kita memang sesuatu yang teramat istimewa buat saya. Menjadikan saya lebih bersemangat untuk berusaha.
Antara anugerah yang telah saya capai semasa Career Conference 2010.


NEW SALES DIRECTOR DEBUT
(Saya berdiri di kedudukan kedua dari kiri)

FABULOUS 50 & NEW DIRECTOR RALLY
CATCH THE DREAM - DALLAS 2010Saya rasakan ini adalah pencapaian yang paling berharga dan mahal buat diri saya pada hari itu. Saya merasa sebak dan pada masa yang sama terlalu gembira dengan pencapaian ini. Tidak pernah saya terfikir sebelum ini akan berjalan jauh sehingga ke US tapi Mary Kay telah merealisasi impian saya. Terima kasih Mary Kay.... Luv u soooo much...



EMERALD STAR CONSULTANTS FOR QUARTER 2 AND QUARTER 3
SPECIAL LUNCHEON
ON-TRACK GO CHINA SEMINAR
ON-TRACK SALES FIRECTOR - COURT OF PERSONAL SALES