Showing posts with label Peluang Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Peluang Kerjaya. Show all posts

Monday, November 12, 2018

Secebis Kisah Dari Seorang "Penjual Lipstik"

Akak hanyalah seorang anak kampung.
Kehidupan memang susah suatu ketika dulu.
Adik beradik seramai 8 orang tapi seorang kakak meninggal.
Akak anak keempat.


Ayah hanya bekerja sebagai pemandu bas.
Mak pula buat pelbagai kerja seperti menoreh getah, kerja kilang, kerja kantin, jual kerepek dan macam-macam lagi untuk menambah pendapatan keluarga.
Kami sedari kecil telah diajar untuk berniaga.
Membawa kerepek pedas ke sekolah setiap hari untuk dijual.

Selepas tamat Diploma, akak terus bekerja di usia 21 tahun.
Tak sampai hati untuk terus sambung ke peringkat Sarjana kerana adik-adik masih ramai perlu diberi perhatian.
Akak bekerja untuk membantu mak.
Dengan bekerja sebagai kerani dan permulaan gaji RM650 sahaja dapatlah hantar ke mak RM100.
Menumpang di rumah kawan.
Tidur di ruang tamu sahaja untuk beberapa bulan.

Bila dah ada sedikit kenaikan gaji, akak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana secara sambilan di kala usia 25 tahun.
Dapat juga menggenggam segulung ijazah dengan titik peluh sendiri di kala usia 29 tahun.

Gambar kiri adalah pada tahun 2007.
Ketika itu, akak adalah Penolong Pengurus di salah sebuah Bank terkemuka di Malaysia.

Yang suatu ketika dulu,
.. tak pandai bergaya pun
.. tak pandai bersolek pun
.. tak pandai bercakap pun
.. tak punya keyakinan diri pun

Yang hanya tahu melakukan tugas rutin harian.
Pergi kerja pagi dan pulang petang.
Cukup bulan, dapat gaji ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang
Dulu gaji tiada apa pun yang lebih untuk disimpan.

Gambar kanan adalah akak sekarang sebagai Mary Kay Ind. Executive Senior Sales Director telah mengubah segalanya.


Jika dulu bekerja di bidang korporat, akak hanya mampu memberi mak RM200 - RM300 aja sebulan.
Tapi sekarang, akak adalah Perunding Kecantikan Mary Kay dan penjual lipstik.
Bila orang tanya "Jual lipstik boleh hidup ke?"
Kenapa tidak?
Dengan kerja menjual lipstik inilah, akak mampu memberi 4 angka setiap bulan kepada mak sekarang.
Dan dapat membawa emak ke Mekah dengan 100% dari hasil di Mary Kay.
Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki dari Allah ini.

Teringat kata-kata seorang sahabat.
Apa guna kita ada ijazah setinggi gunung, kerja yang nampak hebat di mata.
Tapi kita tak dapat pun nak membahagiakan ibu sendiri,
Setiap bulan nak bagi mak duit pun masih berkira-kira.

Sekarang, kami tujuh beradik ingin membahagiakan mak. Ingin membalas segala jasa mak membesarkan kami selama ini.

Terimakasih mak kerana telah membesarkan kami semua.
Alfatihah untuk arwah ayah yang dirindui.


Sharing with L.O.V.E.
Kak Rokie

MARY KAY MENGUBAH SEGALANYA

Usia kak rokie telahpun menjangkau 47 tahun.
Bukanlah usia yang muda sangat. Hampir setengah abad dah.
Perasaan malas untuk memikirkan ketrampilan diri pasti akan hadir di usia sebegini.
Memang lumrah kan?

Dulu
Jika kak rokie tidak menyertai Mary Kay, mungkin akak masih seorang pekerja Bank sehingga kini.
Dengan wajah yang kusam dan nak bergaya pun dah malas.
Nak pakai make-up? Akak memang tak tahu make-up.
Pakai bedak pun tak rata sebab kulit kering.
Nak bergaya? Memang dah malas sebab akak suka simple aja. Suka pakai pants, blouse, baju kurung dan sandle aja pergi kerja.
Kalau diteruskan, mungkin bila dah capai usia sebegini, dah seperti mak cik mak cik lah rasanya.

Sekarang
Bila berada dalam dunia kecantikan, akak tidak perlu paksa diri untuk buat semua tuh. Ianya semua berlaku secara sendiri dan rela hati. 
Akak seronok bila dapat belajar banyak ilmu kecantikan, bercampur dengan mereka semua yang mementingkan ketrampilan diri.
Bila diri kita semakin berketrampilan, pasti keyakinan diri semakin meningkat.

Dulu
Akak seorang yang low self-esteem, pendiam.
Nak suruh akak bercakap di depan ? Memang tak lah.
Dalam meeting pun akak jarang bercakap, inikan pula nak bercakap di hadapan. Mau menggeletar satu badan.

Sekarang
Memang jauh berbeza. Akak suka jadi Speaker. Akak suka jadi Mentor bercakap di hadapan ramai orang.
Akak suka bila dapat memberi inspirasi pada orang lain. Akak suka bila dapat berkongsi ilmu dan membantu orang lain.

Dulu
Akak tak pernah pun menjejakkan kaki ke luar negara.
Budget memanga tak ada. Gaji yang dapat, cukup-cukup aja setiap bulan. Nak simpan pun tak ada.

Pergi kerja pun naik motorbike. Semata-mata nak jimat minyak, toll, parking. Pernah tergolek berdarah-darah kaki suatu ketika dulu. 
Tak kira berapa kali motor pancit dan tak boleh start di tengah jalan. Tolak sama-sama ngan hubby.
Baju hujan pun koyak rabak dek kerana hujan panas bersilih ganti.

Sekarang
Alhamdulillah.. akak dah memiliki 2 buah kereta Pink (Altis dan Camry) dari Mary Kay. Dan mampu kemana-mana sahaja dengan kereta kesayanga akak ini.

Dulu
20 tahun bekerja makan gaji, gaji terakhir akak tak sampai RM5K pun. Kalau akak masih bekerja makan gaji, pasti tak merasalah akak gaji 5 angka sehingga ke hari ini.

Sekarang
Alhamdulillah.. kurang 2 tahun menyertai Mary Kay, akak dah capai income 5 angka tuh dan bertambah setiap bulan.

Alhamdulillah syukur.. keputusan yang akak ambil 10 tahun lepas untuk menyertai Mary Kay, benar-benar telah mengubah kehidupan akak dan famili dengan lebih baik.
Di kala usia 37 tahun, akak menceburi bidang baru. Beralih dari bidang IT yang telah diceburi selama hampir 20 tahun, ke bidang Beauty yang akak sendiri tiada apa-apa pengetahuan. Bermula dari ZERO.

37 tahun bukanlah usia yang muda dan masa yang sesuai untuk beralih profession. But I DID IT!!!
Akak bersyukur kerana telah buat satu keputusan yang terbaik di dalam kehidupan ini.. Alhamdulillah.

Apa yang anda semua nampak, itulah akak dulu dan kini. 
Adakah akak nampak lebih ceria? Lebih gembira? Lebih muda? Lebih bergaya? Anda nilaikan sendiri ya.

Yang pastinya, akak adalah seorang isteri dan ibu yang berusia 47 tahun. Dan akak juga adalah seorang Perunding Kecantikan yang suka membantu orang lain untuk CANTIK dan BERJAYA.

Ingin menyertai akak di dalam bidang ini? Jangan malu-malu untuk hubungi akak ya. Akak bersedia untuk membantu sesiapa sahaja.

Sharing with L.O.V.E.
Kak Rokie (019-3525405)

Monday, December 21, 2015

PELUANG PEKERJAAN DI DALAM BIDANG KECANTIKAN

Ingin membina kerjaya di dalam bidang kecantikan?
Ingin mencari pendapatan sampingan secara Full Time / Part Time?
Ingin mempunyai perniagaan sendiri? Tetapi tidak mempunyai modal yang besar?
Jom semuanya ada di sini. Saya ingin membuka peluang ini kepada wanita-wanita di luar sana yang berumur 18 tahun ke atas.

1. Yang ingin mencari pendapatan sampingan.
2. Yang berminat untuk mendalami bidang kecantikan.
3. Yang ingin meningkatkan ketrampilan dan keyakinan diri
4. Yang sukakan hadiah-hadiah dan penghargaan seperti cincin berlian, kereta percuma, percutian percuma, produk-produk percuma dan macam2 lagi.
5. Yang suka melancong ke luar negara secara percuma
6. Yang mempunyai keinginan untuk memajukan diri sendiri.
7. Yang mempunyai impian untuk berjaya.
8. Yang suka bekerja sendiri.
9. Yang suka masa yang fleksibel untuk bekerja.
10. Yang ingin menjadi "BOSS" untuk perniagaan sendiri.
11. Yang ingin bekerja sambil dapat memberi perhatian yang seimbang kepada famili.
Ada banyak lagi.

Sekiranya anda mempunyai keinginan seperti di atas, anda adalah orang-orang yang layak untuk menyertai bidang yang menarik ini. Anda boleh bermula dari ZERO kerana latihan intensif akan diberikan .
Hubungi Kak Rokie (019-3525405) untuk pertanyaan lanjut ya. Kita boleh set temujanji untuk sembang-sembang dahulu.

Gambar2 dibawah adalah wanita-wanita yang telah mengorak langkah ke dalam bidang ini. Sijil diberikan selepas anda menghadiri kursus.




Thursday, July 23, 2015

MENCARI PELUANG PERNIAGAAN? INGIN BERALIH ARAH?

Assalam semua
OK kali ini saya ingin berkongsi sesuatu. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pandai menulis. Tetapi saya suka berkongsi. Saya suka bercerita. Ini cerita saya untuk hari ini.

Seringkali saya diajukan dengan soalan sebegini "Seronoknyer tengok kerja yang u buat nih.. tapi mesti penatkan?"

Selalunya saya akan tersenyum dan menjawab "Ya, mestilah penat tapi tak sepenat kerja yang dulu".
Orang yang bertanya selalunya mesti berkerut seakan tidak percaya. OK jom sama-sama kita fikirkan.

Dulu saya adalah Penolong Pengurus di sebuah Bank. Waktu kerja saya, Isnin-Jumaat setiap hari 9 jam. Bangun seawal 6 pagi. Merempuh kesesakan lalu lintas 1-2 jam untuk ke pejabat dan 1-2 jam lagi untuk pulang ke rumah. Kalau sampai rumah waktu azan Maghrib tengah berkemundang itu adalah perkara biasa. Kadang-kadang balik lebih lewat dari itu. Itu tidak termasuk lagi kalau saya perlu datang kerja pada hari-hari cuti. Balik dari kerja, bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam. Saya perlu bekerja 45 jam seminggu, 180 jam sebulan. Bila dicampur lagi dengan perjalanan pergi balik sehari dekat 4 jam, seminggu 20 jam, sebulan 80 jam.

Kerja saya sekarang, saya hanya akan keluar rumah selepas pukul 10am tatkala dah kurang jam. Melainkan kalau saya ada meeting di awal pagi (sebulan sekali sahaja) dan saya pastikan saya akan pulang ke rumah sebelum pukul 5pm (kerana anak saya balik sekolah pukul 5pm). Saya tidak perlu keluar rumah setiap hari. Antara Isnin-Jumaat, Isnin kebiasaannya hari cuti saya. Antara Selasa-Jumaat, saya akan buat penghantaran produk, berjumpa dgn Customers dan Beauty Consultants saya, juga mengadakan Skin Care / Make-Up Class. Itupun bukan setiap hari saya perlu keluar. Dan masa yang diambil setiap kali saya keluar adalah dalam 4-5 jam sahaja. Sabtu dan Ahad adalah masa untuk saya beraktiviti dengan Unit Members saya. Bukan setiap minggu kami ada aktiviti bersama. Kalau ke outstation, anak sayalah yang paling suka sebab sambil bekerja, dia dapat berjalan-jalan. Mary Kay telah membawa kami jauh berjalan ke sana sini. Kalau dulu, saya tidak pernah dapat buat Solat Dhuha sebab waktu bekerja tapi sekarang Alhamdulillah saya dapat melakukannya hampir setiap hari. Saya dapat seimbangkan masa saya antara Tuhan, Famili dan Kerjaya. Sejajar dengan philosophy yang diterapkan oleh Mary Kay iaitu God 1st, Family 2nd, Career 3rd.

Bukan sahaja masa kerja saya semakin kurang dari sebelumnya. Malahan pendapatan yang saya perolehi melebihi 3-4 kali ganda. Alhamdulillah.

Jadi, anda rasa, yang mana satu lebih penat?


Kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi tetapi kita juga boleh membuat pilihan yang lebih baik. 
The choices is OURS.

Sekiranya anda ingin bertukar haluan dan ingin mencuba apa yang saya lakukan ini, saya sedia membantu dan membimbing anda sehingga berjaya. Hubungi saya pada bila-bila masa ya.

I luv my Mary Kay.. because of YOU..

Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay

Monday, April 20, 2015

APAKAH KERJAYA YANG ANDA IMPIKAN?

Assalam semua
Anda suka tak dengan penampilan sebegini? Suit yang kami pakai ini adalah pakaian seragam Mary Kay Independent Sales Director dan ia mencerminkan kerjaya kami yang professional.


Bila diimbas kembali, jika saya masih dengan kerjaya di Bank, sudah tentu penampilan saya tidak sebegini kerana saya sangat simple orangnya. Lebih suka berbaju kurung, blouse dan berseluar panjang sahaja. Apatah lagi dengan sis Nieza yang berdiri di sebelah saya ini. Sudah tentu masih dengan overoll techniciannya dan bergelumang dengan spanar lagi.


Pada tahun ini, umur saya akan menjangkau ke 44 tahun dan sis Nieza pula adalah ibu kepada 4 cahayamata. Tugas kami sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay adalah untuk membantu orang lain untuk menjadi cantik di samping kami juga menjaga penampilan kami sendiri.

Saya sangat cintakan kerjaya saya sekarang. Dulu saya tidak pernah ambil tahu apa itu "PASSION". Tapi sekarang, I'm passionate about my Career.. Alhamdulillah.. saya dah bertemu dengan sesuatu yang saya suka. Bagaimana dengan anda? Adakah anda suka dengan kerjaya anda sekarang? 

Sekiranya jawapan YA, Alhamdulillah. 
Sekiranya jawapan TIDAK, buatlah sesuatu yang kita suka. Kenapa nak biarkan hidup kita penuh dengan tekanan sepanjang hari. Hidup ini adalah berdasarkan PILIHAN. Kita berhak memilih apa yang terbaik untuk diri kita dan keluarga. THE CHOICES IS YOURS.

Fikirkan ya..


Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay

Thursday, March 12, 2015

MARY KAY - KERJAYA TERBAIK UNTUK WANITA

Assalam semua
Hari ini, saya ingin berkongsi satu cerita. Cerita ini, membuatkan saya rasa sangat bersyukur kerana mempunyai famili yang sangat menyokong kerjaya saya sebagai Perunding Kecantikan di Mary Kay.

Baru-baru ini, saya mengenali seorang wanita. Beliau tidak bekerja dan ibu kepada seorang anak berusia 5 tahun. Suami beliau bekerja di sektor kerajaan. Beliau adalah seorang yang sangat suka buat business.. Beliau telah mencuba pelbagai cabang business tetapi tidak berjaya dan akhirnya beliau terpaksa akur, bahawa beliau telah tersilap langkah. Minat beliau sebenarnya adalah di dalam bidang kecantikan dan telah dipertemukan dengan Mary Kay.

Seingat saya, setahun lepas beliau pernah hubungi saya tetapi ketika itu keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan beliau untuk meneruskan niat beliau untuk menyertai Mary Kay. Dan baru-baru ini, beliau menghubungi saya semula. Kali ini, beliau nampak lebih bersemangat. Masalahnya, beliau mempunyai masalah kewangan yang agak kritikal. Beliau cuba mendapatkan sedikit modal dari suami tetapi jawapannya hampa. Dan akhirnya, di atas ehsan dari kawan-kawan, beliau dapat mengumpulkan sedikit wang untuk membayar yuran keahlian untuk menyertai Mary Kay. Alhamdulillah.. akhirnya beliau dapat mendaftarkan diri sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay dan saya juga dapat mendaftarkan kursus 2 hari untuk beliau hadiri. Apabila melihat kesungguhan beliau, saya memang nekad untuk membantu beliau untuk mengubah kehidupan beliau sekeluarga dengan lebih baik. Itu janji saya.

Walaubagaimanapun, setelah seminggu saya daftarkan nama beliau, beliau mesej saya dan memberitahu, suami beliau tidak membenarkan beliau menghadiri kursus tersebut. Dan juga tidak menyokong apa sahaja yang ingin beliau lakukan. Hingga menyebabkan pergaduhan bersama suami selama beberapa hari, Beliau sangat sedih dan saya rasa sangat simpati. Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu beliau sekiranya suami sendiri tidak memberi sokongan? Yang mampu saya perkatakan ialah SABAR.. dan BERDOAlah supaya Allah bukakan pintu hati suami beliau untuk melihat betapa indahnya kerjaya Mary Kay ini untuk seorang wanita.

Ini membuatkan saya rasa bertambah bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang sangat menyokong kerjaya saya. Beliau bukan sahaja memberi sokongan 100% malahan lebih daripada itu. Tanpa beliau, tidak mungkin saya akan berada di sini. Mary Kay telah membawa perubahan yang sangat besar di dalam kehidupan kami sekeluarga. 
  • Saya mempunyai masa yang sangat fleksibel untuk famili dan kerjaya.
  • Saya hanya berjumpa dan bergaul dengan wanita sahaja di sepanjang masa.
Bukankah itu lebih baik? Daripada menghabiskan masa berjam-jam di pejabat dan bergaul dengan pekerja lelaki? Bukankah 9 daripada 10 pintu rezeki itu datangnya dari PERNIAGAAN? 

Dan sekiranya kita perhatikan, kaum wanita mempunyai peluang business dan potensi yang lebih besar jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Kenapa? Kerana kaum wanita mempunyai sifat semulajadi menjual dengan baik. Kerana wanita suka berkongsi. Dan sifat berkongsi itulah yang tiada pada kaum lelaki. Jadi, kenapa tidak menggunakan peluang itu?

Kepada para suami di luar sana, sekiranya isteri anda ingin mencuba melakukannya, ingin cuba mengubah kehidupan anda sekeluarga, apa yang anda perlu lakukan ialah, berilah RUANG dan PELUANG itu. SOKONG dan BANTUlah. Kerana langit tidak selalu cerah.. Hidup tidak selalu indah.. Kita tidak tahu, bagaimana kehidupan kita sekeluarga 5-10 tahun akan datang. Bertindaklah dari sekarang.

Sebenarnya, banyak lagi yang ingin saya ceritakan mengapa Mary Kay adalah kerjaya terbaik untuk wanita. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peluang kerjaya di Mary Kay, hubungilah saya pada bila-bila masa. Kita boleh sembang-sembang dahulu ya.

Rokie (019-3525405)

Mary Kay Independent Senior Sales Director


TOP DIRECTORS TRIP @PARIS &SOUTH AFRICA
(Fully sponsored by Mary Kay)



Monday, March 2, 2015

INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN? PART TIME? FULL TIME?

Ingin mempunyai perniagaan sendiri? Tetapi tidak tahu bagaimana? Tidak mempunyai modal yang besar?

Dengan itu, saya ingin membuka peluang business kepada wanita-wanita di luar sana.
1. Yang ingin mencari pendapatan sampingan secara Part Time atau Full Time.
2. Yang berminat dengan bidang kecantikan.
3. Yang ingin meningkatkan ketrampilan dan keyakinan diri
4. Yang sukakan hadiah-hadiah dan penghargaan seperti cincin berlian, kereta percuma, produk-produk percuma dan macam2 lagi.
5. Yang suka melancong ke luar negara secara percuma
6. Yang mempunyai keinginan untuk memajukan diri sendiri.
7. Yang mempunyai impian untuk berjaya.
8. Yang suka bekerja sendiri.
9. Yang suka masa yang fleksibel untuk bekerja.
10. Yang ingin menjadi "BOSS" untuk perniagaan sendiri.
11. Yang ingin bekerja sambil dapat memberi perhatian yang seimbang kepada famili.
Ada banyak lagi.


Sekiranya anda mempunyai keinginan seperti di atas, anda adalah orang-orang yang saya cari. Jom sertai saya di dalam bidang yang menarik ini. Jadilah ahli pasukan dan business partner saya. Saya akan membimbing anda dari ZERO. Kita bersama-sama mengorak langkah dan membina impian untuk berjaya.

Hubungi Kak Rokie untuk pertanyaan lanjut ya. Kita boleh set temujanji untuk sembang-sembang dahulu.

Rokie
Mary Kay Ind. Senior Sales Director
019-3525405

Nota:
Gambar di bawah adalah Starter Kit Mary Kay yang bakal menjadi milik anda sekiranya anda menyertai Mary Kay.



Sunday, February 1, 2015

BINA KERJAYA DI MARY KAY

Alhamdulillah..Mary Kay telah banyak mengubah kehidupan saya sekeluarga. Sekiranya saya tidak bertemu dengan Mary Kay, mungkin saya masih bekerja di Bank. Pada saya, ini adalah kerjaya terbaik untuk wanita kerana kecantikan sangat sinonim dengan wanita. Di samping mempunyai kerjaya sendiri, saya juga dapat memberi sepenuh perhatian pada famili dengan menerapkan Mary Kay Philosophy iaitu God 1st, Famili 2nd and Career 3rd. TQ Allah for this beautiful career.

Jom ikuti secebis cerita saya yang dikongsi di suratkhabar Sinar Harian 25 Jan 2015 baru-baru ini di ruangan WOW (Wanita Oh Wanita). Semoga cerita saya ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua untuk mencuba membina kerjaya di Mary Kay.






Saya ingin membuka peluang kerjaya ini kepada wanita-wanita yang impikan kehidupan yang lebih seimbang. Marilah bersama saya untuk membina kerjaya bersama Mary Kay. Berilah peluang kepada diri anda sendiri.

Hubungi saya, Rokie 019 - 3525405 untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut ya.