Showing posts with label Perunding Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Perunding Kecantikan. Show all posts

Thursday, October 22, 2015

AKU YANG DULU, BUKANLAH YANG SEKARANG

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang.. Dulu lain, sekarang lain.. hehe.. pasti ramai yang tahu dengan lirik lagu Tegar dan lagu nyanyian Allahyarham Dato SM Salim nih kan? Memang best lagu-lagu nih.. OK kita lupakan tentang lagu kerana kak rokie ingin berkongsi sesuatu di sini.


Sepanjang akak bersama Mary Kay, akak selalu kedengaran kata-kata sebegini, "kak rokie bolehlah buat biz nih sebab kak rokie cantik.. kak rokie bergaya.. kak rokie itu.. kak rokie ini". hmm.. sebenarnya itu adalah apa yang anda nampak sekarang. Hakikatnya kita sama sahaja. 

Ni gambar akak sekarang. Yang ramai kenali akak sekarang. Akak telahpun memasuki usia 44 tahun. Bukan muda sangat pun kan. Kebanyakan yang sebaya dengan akak sudah pun mempunyai anak dara dan anak bujang yang besar. Yang dah bermenantu pun ada. Dan rata-rata yang akak jumpa yang seusia akak, mereka banyak menghabiskan masa dengan menguruskan rumahtangga hingga tidak sempat untuk memikirkan tentang keadaan diri sendiri. 


Ramai yang meneka umur akak awal 30an. Boleh percaya ker?



Berpeluang bersantai bersama rakan-rakan sealiran. Kehidupan yang lebih ceria.



Indahnya bila dapat menikmati kehidupan ini



Bergembira bersama mereka



Itu sekarang. Sebenarnya dahulu akak juga seperti anda. Dahulu akak adalah pekerja Bank. Masa akak banyak dihabiskan di tempat kerja dan menguruskan rumahtangga. Setiap hari, selepas balik dari kerja, akak pasti bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam. Letih? Mau tidak. Lebih-lebih lagi bila dah ada anak, lagilah letih dan tiada masa untuk fikir tentang diri sendiri. 

Cuba tengok gambar nih. Gambar 2005 sebelum akak menyertai Mary Kay. Akak menyertai Mary Kay pada bulan Nov 2008. Gambar 2013 dah mula ada perubahan dalam diri akak. Terasa kehidupan lebih ceria.


Gambar-gambar nih sekitar tahun 2009. Akak baru sahaja menyertai Mary Kay. Pada ketika ini wajah akak masih kusam tak bermaya. Tapi akak masih mampu berkongsi tentang kebaikan produk Mary Kay walaupun belum nampak perbezaan yang ketara pada diri sendiri. Pernah beberapa kali akak dinobatkan sebagai Unit Queen of Sales pada tahun 2009. Macam mana akak buat? Hanya perlu berkongsi secara ikhlas dari hati.


Perubahan yang berlaku. ESRS adalah kursus akak yang pertama di Mary Kay


Transformasi diri. Self Development Growth. Memang amat ketara perubahan dari segi keyakinan diri.


Bukan sahaja akak yang berubah, malahan akak seronok membawa perubahan pada wanita-wanita lain yang berdamping bersama akak. Satu kepuasan apabila melihat mereka juga berubah seperti akak. 


Macam mana ini terjadi? Sebenarnya akak sendiri tidak menyedari kerana perubahan ini berlaku sedikit demi sedikit. Dahulu, akak adalah seorang wanita yang sangat sederhana. Muka pun comot aja, kusam dan tidak bermaya. Pendiam. Low self-esteem. Seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Selepas menyertai Mary Kay. memang banyak sangat perubahan yang akak dapat terutama dari segi self development growth. Akak dibentuk perlahan-lahan sehingga berupaya memimpin orang lain pula. Syukur sangat dipertemukan dengan Mary Kay.

Sekiranya Mary Kay boleh ubah akak.. kenapa anda tidak.. Akak bukanlah seorang yang sempurna tetapi akak berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan diri. Alhamdulillah.. suami pun semakin sayang.

Anda inginkan perubahan seperti akak? Akak sedia membantu dan berkongsi apa yang akak tahu. Jangan segan silu untuk bertanya dan menghubungi kak rokie ya.

Rokie
Perunding Kecantikan Mary Kay
019-3525405

Wednesday, February 19, 2014

BEKERJA DARI RUMAH

Hari ini kak rokie banyak bekerja dari rumah sahaja.. memang ambil kesempatan untuk update blog.. sambil-sambil mengemas ofis kecil di rumah, kak rokie ternampak Souveniers dari luar negara ini..


Bila dikenang kembali, hampir 20 tahun kak rokie bekerja makan gaji, memang tidak pernah berpeluang sekalipun ke luar negara.. 5 tahun di Mary Kay, telah membawa kak rokie ke semua negara berikut.. bermula dari Dallas Texas, 5 kali ke Hangzhou China, Paris, Johannesburg dan Cape Town South Africa.. semuanya percuma sahaja.. dan juga berpeluang ke Mekah dengan 100% pendapatan dari Mary Kay.. Alhamdulillah syukur di atas nikmat pemberian Allah yang tidak terhingga ini.. sesungguhnya 9 dari 10 pintu rezeki itu datang dari perniagaan..


Ingin memulakan langkah seperti kak rokie? Hubungi kak rokie pada bila-bila masa... kak rokie akan tunjukkan jalannya...019-3525405..

Jom ubah kehidupan kita.. dapatkan kehidupan yang lebih baik dan diredhai.. InshaaAllah..





Thursday, December 5, 2013

FROM CORPORATE SECTOR TO BEAUTY


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu.. semoga dapat membuka hati ramai wanita di luar sana untuk mencuba kerjaya ini ya..

Berikut adalah gambar kami yang baru sahaja menjalani sesi fotografi untuk Mary Kay Pink Car Rally di Taman Tasik Titiwangsa pagi tadi..



Untuk pengetahuan semua, kami berempat adalah ex-Bankers.. pernah bekerja di Bank yang sama, mampunyai Ijazah di dalam bidang masing-masing dan keempat-empat kami telahpun menjangkau usia 40an.. Bukanlah usia yang muda untuk meninggalkan kerjaya yang stabil selama berbelas-belas tahun di sektor Perbankan semata-mata untuk memberi laluan sepenuh masa kepada kerjaya Mary Kay.. Alhamdulillah.. keputusan yang kami buat itu memang amat bertepatan sekali.. kami menikmati kehidupan yang lebih baik.. philosophy Mary Kay "GOD FIRST, FAMILY SECOND and CAREER THIRD" benar-benar dpt dipenuhi dengan sempurna..

Sememangnya Mary Kay adalah kerjaya yang sangat saya cintai.. Jika ingin kaya, saya boleh menceburi bidang lain yang mudah, yang menjanjikan pendapatan yang cepat dan banyak dalam masa singkat tapi bukan duit semata-mata yang dicari.. Mary Kay mempunyai lebih dari apa yang saya perlukan di dalam kehidupan ini.. dan sepatutnya ia menjadi kerjaya kepada wanita yang sangat mementingkan keseimbangan kehidupan seperti di atas iaitu GOD FIRST, FAMILY SECOND and CAREER THIRD.

Saya masih berusaha untuk mencari ramai lagi wanita yang ingin dibimbing untuk berjaya bersama-sama di Mary Kay.. sekiranya anda salah seorang daripadanya, hubungi saya ya.. Sekiranya kami boleh melakukan, kenapa anda tidak? 019-3525405..

Sunday, August 25, 2013

NEW MARY KAY TRAINING CENTER

Alhamdulillah.. Mary Kay (Malaysia) baru sahaja melancarkan Training Center yang baru. Dengan adanya Training Center yang baru ini, semakin mudah untuk kami melakukan aktiviti di sana nanti. Ianya bertempat di sini:-
 
Mary Kay (M) Sdn Bhd
Level 8, VSQ @ PJ City Center
Block 6-08-1, Jalan Utara
46200 Petaling Jaya
Selangor
 

 
Berikut adalah sekitar gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa majlis pelancaran training center yang baru ini.. telah dirasmikan oleh General Manager, Mary Kay Malaysia iaitu En. Nasution dan Executive Senior Sales Directors yang hebat ini..
 
Sempat berposing depan VSQ Center bersama barisan Pink Car Altis..
 
 
 
Gembiranya dapat bertemu semula dengan sister Directors.. inilah pertemuan pertama kali selepas Hari Raya..

 
Semasa majlis pelancaran..air yang dalam botol tuh adalah juice buah-buahan ya.. non-alcohol drinks..





Selepas majlis pelancaran, acara diteruskan dengan Sales Directors Development Meeting. Memang banyak perkara yang telah disampaikan kepada kami pada hari itu,

Dan ini pula gambar during Recognition.. seorang lagi dari Unit Beaute' Butterfly telah berjaya menjadi Sales Director iaitu SD Zabrina Mohamad.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..


Impian saya ingin mengeluarkan lebih ramai lagi Sales Director dari Unit Beaute' Butterfly. Ingin bersama saya untuk mengejar impian ini? Jom hubungi saya pada bila-bila masa untuk mengetahui peluang kerjaya yang menarik ini..
 

Thursday, July 11, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Kepada semua pembaca yang mengikuti blog kak rokie, rasanya belum terlambat lagi untuk kak rokie mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Selamat berpuasa dan menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini. Yang mengenali diri ini, maafkan kak rokie sekiranya ada kekhilafan selama perkenalan kita semua. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.. InshaaAllah.. Ameen..
 
 
 
Di kesempatan ini juga, kak rokie ingin berkongsi pengalaman semasa Ramadhan dulu. Tetiba sahaja teringat pengalaman selama 18 tahun semasa masih bekerja di Bank dulu. Bila bulan Ramadhan, selepas sahur, sudah pastilah tak tidur balik. Dah nak kena bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Memandu dari Kajang --> PJ --> Kajang setiap hari bukanlah jarak yang dekat. Allah sahajalah yang tahu betapa penat dan mengantuknya. Itu belum tiba di office lagi. Bila petang pula, berkejar nak balik ke rumah untuk berbuka puasa. Makan apa sahaja yang sempat dicapai. Kadang-kadang berbuka puasa di dalam kereta aja sebab jam yang melampau. Tahun ini, bila terdengar kawan-kawan merungut keletihan, memang faham sangat isi hati mereka. apa-apa pun, kena bersabar ya..
 
Alhamdulillah.. kak rokie rasa sangat syukur dengan keadaan sekarang.. Sejak dah tidak bekerja di Bank, kehidupan kak rokie lebih terurus. Kak rokie dapat seimbangkan waktu untuk Allah, Famili dan Kerjaya dengan baik. I luv my life now.. Syukur tidak terhingga,. TQ Allah..
 
Sekiranya anda semua ingin mengubah kehidupan seperti kak rokie, jom sertai kak rokie di dalam bidang ini.. ia tidak memerlukan modal yang banyak pun.. boleh mulakan sebagai Part Time dahulu.. kak rokie dulupun buat Mary Kay sebagai Part Time 3 1/2 tahun.. jangan malu-malu untuk menghubungi kak rokie ya.. kak rokie akan membimbing anda semua untuk mencapai impian sehingga berjaya..
 
Jom kita mulakan dengan langkah berani.. Bismillahirrahmannirrahim...
 
 
 

Thursday, July 4, 2013

INGIN MENJADI PERUNDING KECANTIKAN MARY KAY?

Assalam semua
Ingin menyertai kak rokie di dalam bidang yang sangat menarik ini? Di samping dapat mencantikkan wajah, menambah keyakinan dan penampilan diri, kita juga dapat mencari pendapatan sampingan. Kerja ini boleh dilakukan secara PART TIME atau FULL TIME. Kak rokie akan menunjukkan cara bagaimana untuk berjaya di dalam Mary Kay..
 
Pada bulan ini, pihak Company melanjutkan promosi Starter Kit Rebate sehingga 31 Julai 2013. Sekiranya anda menyertai Mary Kay pada bulan ini dengan bayaran RM195 sahaja, anda akan mendapat semula rebate RM50 selepas anda membuat pembelian paling minimum. Ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana caranya? Hubungi kak rokie 019-3525405 pada bila-bila masa ya..