Showing posts with label Mary Kay Event. Show all posts
Showing posts with label Mary Kay Event. Show all posts

Monday, October 1, 2012

SEMINAR 2012 - HARI PERTAMA

Alhamdulillah.. memang agak sibuk saya kebelakangan ini.. Seminar 2012 baru sahaja berlalu.. selesai sahaja Seminar di Berjaya Times Square Hotel, KL selama 2 hari berturut-turut, saya terus ke Hangzhou, China untuk menghadiri Seminar di sana pula. Dan akan ke Paris pula untuk Top Director Trip (TDT) selama 9 hari.

Seminar yang berlangsung pada 14-15 September baru-baru ini, memang meninggalkan kenangan manis buat saya. Di hari pertama, saya dengan unit Beaute' Butterfly yang lain, memulakan pendaftaran. Ramai dari unit saya hadir pertama kali ke Seminar tahun ini. Ini adalah gambar hari pertama bersama sebahagian unit saya yang hadir pada 14 September 2012 di Berjaya Times Square Hotel..
 
 
Ada yang datang jauh dari Sabah, Kelantan, Penang dan Kedah. Walaupun jauh tetapi mereka datang dengan harapan dan semangat yang tinggi.
 
Di malam hari pula, kami menghadiri Awards Nite. Tema kita tahun ini adalah merah dan memang glamour semua pada malam itu dengan berpakaian merah menyala-nyala. Samalah dengan semangat yang menyala-nyala di hati kami semua.
 
 
 
 
 
Tengoklah betapa seronok dan gembiranya mereka pada malam itu.
 

SEMINAR 2012 - HARI KEDUA

Pada hari kedua, 15 September 2012, Seminar telah bermula seawal 8.30am. Pagi itu, kami mendapat ilmu yang sangat bermanfaat. Sesi ketrampilan diri (grooming session) yang sememangnya best dan selepas itu sesi motivasi dengan Mentors Mary Kay.

Tengahari pula, untuk Special Luncheon Achievers, sudah tentunya kami mendapat makan tengahari yang istimewa.


Posing jap selepas dapat makan best2 di Special Luncheon. Selepas makan tengahari, bermulalah sesi on-stage recognition. Ini adalah 3 Red Jacket University graduates dari Beaute' Butterfly Unit. Yang berada di tengah tuh, adalah offspring saya yang ke-2 iaitu Sales Director Jumirdah Bahtiar. Dan di apit oleh FSD Norhanim Ithnin (kiri) dan TB Norhayati Razali (kanan).


Gambar bersama off-spring saya yang pertama, SD Noraniza Mohtar..



Sebahagian dari unit saya Beaute' Butterfly yang hadir ke Seminar pada hari itu..



Enjoy sungguh mereka kan..

Apa-apa pun mereka sangat gembira dan teruja. Pulang dengan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar untuk merealisasikan impian di dalam Mary Kay dan seterusnya berada di puncak kejayaan.

Sekiranya anda semua membaca coretan saya ini dan teringin menjadi seperti mereka, hubungilah kak rokie 019-3525405. Mulakan langkah pertama anda. Jangan bimbang, saya akan memberikan bimbingan dan arah tuju untuk mencapai kejayaan di dalam Mary Kay. Saya juga dahulu bermula sepeti anda, tanpa ada apa-apa pengetahuan di dalam bidang kecantikan kerana hampir 20 tahun saya hanya menceburi bidang IT sahaja.

Sekiranya anda ingin mencuba rangkaian produk Mary Kay secara PERCUMA, boleh hubungi saya pada bila-bila. Saya bersedia untuk menjadi Perunding Kecantikan anda..

I LUV MY MARY KAY..

SEMINAR 2012 - AWARDS NITE

Pada seminar tahun ini, sekali lagi saya mencapai TRIPLE STAR ACHIEVERS untuk 3 kategori berikut:

1. Court or Personal Sales
2. Court of Sharing
3. Court of Unit Production

Untuk kategori Court of Personal Sales, saya mendapat tempat ke-5 dan untuk kategori Court of Unit Production, saya mendapat tempat ke-10. Dan untuk kategori Court of Sharing, saya mendapat tempat pertama dan dinobatkan sebagai QUEEN Court of Sharing pada malam itu. Ini bermakna, saya mengumpul lagi 4 cincin berlian pada tahun ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Memang tidak saya jangkakan rezeki yang melimpah ruah ini. Tapi saya yakin, ini adalah ganjaran hasil dari perkongsian saya dengan ramai wanita hebat di luar sana yang sama-sama ingin cantik dan berjaya di dalam bidang Mary Kay yang sememangnya indah ini.
 
 
4 cincin berlian, $900000 Gold Bar PIN dan Diamond Bumble Bee PIN termasuk tiara kristal yang menjadi milik saya pada malam itu. Mary Kay juga tidak melupakan para suami di mana my hubby dapat hadiah jam Charles Jordan yang sangat eksklusif. Happy sangat Mr Hubby dapat hadiah yang mahal itu..
 
 
Senior National Sales Director Pam Fortenberry-Slate memakaikan selendang (sash) dan tiara untuk saya. Beliau merasa sangat gembira pada malam itu kerana sememanganya saya berada di bawah area beliau. Jika nak tengok gambar dengan lebih jelas, sila klik pada gambar tersebut ya..
 
 
Impian untuk berada di kerusi QUEEN ini, memang sentiasa berada di hati saya. Dan Alhamdulillah saya dapat merealisasikan impian ini pada tahun ini.


Ini adalah QUEENs dan Ms GO-GIVE 2012..
(Klik pada gambar di bawah untuk imej yang lebih jelas)

 

Berdiri dari kiri:

1, Queen Court of Personal Sales 2012 (SD Category - SD Juliana)
2. Queen Court of Sharing 2012 (sayalah tuh.. SSD Rokie)
3. Ms Go-Give 2012 (ESSD Maimon Jaafar)
4. Queen Court of Unit Production 2012 (ESSD Nafisah Omar.. ini adalah Senior saya..)
5. Queen Court of Personal Sales 2012 (BC Category.. sorry saya terlupa nama)


 

Tuesday, May 8, 2012

MY PINK CAR GUEST EVENT

Alhamdulillah... Pink Car Guest Event saya baru sahaja selesai pada 28 April 2012 di Grand Dorsett Hotel, Subang. Event telah berlangsung di dalam suasana yang sederhana tetapi meriah dan sangat lancar.. syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan ini..

Acara bermula pada pukul 2.45pm. Dihadiri oleh ibu saya, sanak saudara yang lain, kawan-kawan, MK sisters, unit members Beaute' Butterfly, offsprings saya, MK staffs dan juga para tetamu.

Berikut adalah antara gambar2 yang telah diambil.




Monday, October 17, 2011

SEMINAR 2011

Salam semua..


Wahh... lama betul saya tak upload gambar-gambar baru di dalam blog ni ya. OK Event yang paling terbaru yang saya hadiri adalah Seminar 2011 yang bertempat di Berjaya Time Square Hotel pada 16-17 September 2011 yang lepas. Banyak kenangan manis semasa 2 hari 1 malam berada di sana. Pada hari pertama, 16 Sept, kami sampai di Berjaya Times Square untuk pendaftaran. Diikuti dengan Seminar sehingga pukul 5.00 petang. Ni antara gambar-gambar yang sempat diambil bersama-sama 2 offsprings saya..




Macam biasa, berebut-rebut nak naik Pink Car ni... ada yang sampai terkeluar kepala...hehe.. so cute..



Ini adalah 2 offsprings saya, SD Rozita dan SD Noraniza..