Showing posts with label Special Events. Show all posts
Showing posts with label Special Events. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

PAM AREA AWARDS NITE 2014

Assalam semua..
Bulan September memang bulan yang sangat sibuk kerana ini adalah bulan kami menghadiri Event yang terbesar di Mary Kay iaitu Seminar yang diadakan setahun sekali. Pada masa ini, Senior National Sales Director yang kami sayangi iaitu SNSD Pam akan datang ke Malaysia untuk menjadi salah seorang Mentor dan meraikan Seminar ini bersama kami. 

Sehari sebelum Seminar, kami mengadakan Pam Area Awards Nite untuk meraikan kejayaan semua Sales Directors dan Beauty Consultants yang berada di bawah area Pam ini. Event ini telah diadakan pada hari Khamis, 11 September 2014 @8pm-11pm di The Club, Bukit Utama, Damansara. Tema kali ini adalah R.O.A.R. Semua kelihatan begitu ceria dan cantik sekali.

Beberapa gambar yang ingin kak rokie kongsi untuk tatapan anda semua..

Ni gambar kak rokie pada malam tersebut. Gaya yang agak simple dan santai tapi tetap R.O.A.Rrrr... hehe

Ni gambar kak rokie bersama 2 org unit members kak rokie (Intan dan Sha) dan juga SNSD Pam (berbaju merah) dan anak daranya, Katie yang sangat cantik..

Dua-dua nih kak rokie sayang..

Dewan dan backdrop yang dihias dengan sangat cantik.. bersesuaian dengan tema,,

Antara gambar-gambar yang diambil untuk pencapaian kak rokie setahun yang lepas..





Antara hadiah-hadiah yang kak rokie terima pada malam tersebut













Alhamdulillah... kak rokie memang suka dan sayang hadiah-hadiah ini..kerana hadiah ini adalah istimewa dari SNSD Pam.. semoga ianya akan dijadikan semangat untuk kak rokie terus berusaha untuk mencapai impian kak rokie seterusnya.. doakan akan ya..

Sekiranya anda ingin menyertai team kak rokie, kak rokie sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke Beaute' Butterfly. Kak rokie sedang mencari lebih ramai wanita-wanita yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya.. jom kita bersama-sama membina impian di dalam bidang yang sangat menarik ini..

Monday, May 5, 2014

JOM MAKE-OVER BERSAMA KAK ROKIE

Berikut adalah wajah-wajah yang mendapat make-over dari kak rokie..  best kan?

Teringin make-over seperti ini? Jom hubungi kak rokie ya.. 019-3525405.. Sesiapa pun boleh.. jangan malu..jangan segan ya..







Thursday, December 5, 2013

MARY KAY PINK CAR RALLY

Alhamdulillah.. kami baru sahaja menjalani sesi fotografi untuk semua Mary Kay Pink Car Achievers di Taman Tasik Titiwangsa pada hari ini, 5 Dec 2013. Ini adalah sempena ulangtahun Mary Kay yang ke-50 tahun..
 
Ada 32 Pink Car Achievers yang hadir (tidak termasuk Sabah dan Sarawak) dan sudah tentu saya adalah salah seorang daripadanya. Alhamdulillah.. saya telah memiliki kereta yang istimewa ini pada October 2011.

Ini adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang sesi fotografi tersebut..



Ini adalah saya..


Membentukan huruf 50 dengan Pink Cars..
 


Bersama Mary Kay sisters yang lain..
 


Kami bahagia bersama.. Alhamdulillah 



Susunan barisan Mary Kay Pink Car Drivers..

Menjadi sebahagian daripada mereka adalah sesuatu yang sangat saya syukuri. Mary Kay benar-benar telah mengubah kehidupan saya.. Philosophy Mary Kay "God First, Family Second and Career Third" juga dapat saya penuhi dengan lebih sempurna selepas saya meninggalkan kerjaya di sektor Perbankan..

Ini adalah kerjaya yang sangat saya cintai dan ianya sepatutnya menjadi kerjaya untuk setiap wanita yang sangat mementingkan keseimbangan kehidupan di atas..

Sekiranya anda juga ingin berjaya besama Mary Kay dan menjadi sebahagian dari kami, hubungi saya ya... 019-3525405.. saya masih mencari-cari wanita-wanita yang ingin dibimbing.. Kita bersama-sama berjaya ya,,



Tuesday, October 22, 2013

PERCUTIAN YANG MENAKJUBKAN DI SOUTH AFRICA (6-13 OCT 2013)

Assalam semua..
Alhamdulillah.. kak rokie dan kawan-kawan telah selamat pulang ke Malaysia selepas mengikuti percutian yang menakjubkan di South Africa. South Africa adalah negara yang sangat cantik.. 8 hari berada di sana terasa begitu cepat masa berlalu.. Terima Kasih Mary Kay di atas percutian yang hebat ini..
 
OK banyak cerita yang ingin kak rokie kongsi di sana termasuklah gambar-gambar yang menarik di sana. Memang kak rokie tak melepaskan peluang untuk merakamkan setiap tempat-tempat yang menarik di sana..
 


Tunggu ya.. banyak lagi gambar-gambar menarik.. akak akan upload gambar-gambar tuh dlm sehari dua lagi.. sebab sekarang kak rokie agak sibuk dengan persediaan untuk Event minggu ini di Melaka dan juga di Petaling Jaya.
 
Kepada yang ingin bertanya tentang produk Mary Kay dan mengetahui peluang kerjaya yang menarik ini, jangan segan silu untuk menghubungi kak rokie pada bila-bila masa.. kak rokie bersedia membantu anda semua..

Sunday, September 22, 2013

SEMINAR 2013

Assalam semua
Sekarang kak rokie nak update pula Event yang paling gilang gemilang di Mary Kay iaitu Seminar 2013 yang baru sahaja berlangsung pada 13 - 14 September 2013 di Berjaya Times Square Hotel, KL. Ini adalah Seminar yang keempat yang kak rokie hadiri sepanjang berkecimpung hampir 5 tahun di Mary Kay. Sememangnya Event ini adalah yang paling dinanti-nantikan oleh setiap para Beauty Consultants di Mary Kay.
 
Bermula pada 13 Sep 2013, pendaftaran telah dibuka seawal 11.00am. Para Sales Director diminta datang awal untuk sesi fotografi dengan memakai Sales Director Suit yang baru.
 
Berikut adalah gambar kak rokie bersama Off-Springs Sales Director. Alhamdulillah untuk tahun Seminar 2013, kak rokie telah berjaya melahirkan 3 Off-Spring Directors. Berdiri dari kiri adalah SD Nadia, SD Jumie, SSD Rokie, SD Nieza dan SD Zabrina. Mereka semualah pendorong dan kekuatan kak rokie di Mary Kay.. Alhamdulillah..
 
 
 
Dan inilah gambar bersama sebahagian unit members kak rokie yang hadir iaitu Beaute' Butterfly. Dari kiri adalah Zara, Sha, Intan, Lyn dan Min. Hubungan kami sangat akrab dan saling bantu membantu untuk mencapai impian di Mary Kay..Sayang semua..
 
 
Off-Spring kak rokie yang keempat iaitu SD Zabrina mendapat pengiktirafan on-stage dan juga pembacaan ikrar sebagai Sales Director yang baru sedang dijalankan..
 
 
 
Hari pertama Seminar tamat pada pukul 4 petang dan semua balik ke bilik hotel masing-masing untuk persiapan ke Awards Nite yang akan berlangsung pada pukul 8.00 malam. Dan tahun ini, agak lewat kak rokie turun ke Royal Reception disebabkan oleh beberapa masalah teknikal. Hanya sempat ambil beberapa keping gambar di Royal Reception. Tema tahun ini adalah RED & GOLD dan inilah pakaian kak rokie untuk ke Seminar Awards Nite 2013.
 
 
Alhamdulillah.. untuk tahun ini, sekali lagi kak rokie mendapat anugerah Triple Courts Achievers dan ini adalah kali ke-3 kak rokie mendapat anugerah ini selama 3 tahun berturut-turut. Kak rokie berjaya mendapat 3 cincin berlian pada malam tersebut untuk kategori berikut:-
 
COURT OF PERSONAL SALES
COURT OF SHARING (2nd Runner Up)
COURT OF UNIT PRODUCTION
 
Untuk kategori Court of Sharing, sekali lagi kak rokie berada di tangga TOP 3. Walaupun hanya mendapat tempat ke-3, itu sudah cukup bermakna untuk diri kak rokie. Usaha yang berterusan dan saling bantu membantu wanita lain untuk berjaya memang menampakkan hasilnya. Syukur ke hadrat Ilahi yang mampu kak rokie panjatkan.
 
Jom tengok gambar-gambar seterusnya di malam Awards Nite tersebut..
 





 
Dan berikut adalah 3 cincin berlian yang berjaya kak rokie miliki pada tahun ini dan satu Bumble Bee untuk TOP 3 Achiever. Dengan ini menjadikan jumlah kesemuanya 12 cincin berlian yang telah kak rokie miliki sepanjang 4 1/2 tahun berkecimpung di dalam dunia Mary Kay..
 
 
 
Awards Nite berlangsung sehingga pukul 11.00 malam dan kami lepak bersama MK sisters yang lain sehingga pukul 2 pagi, Keesokan harinya, Seminar berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 4 petang. Pagi itu dimulai dengan Grooming Session bersama Professional Image Consultant iaitu Fiona Tahir. Memang best sesi tersebut. Untuk tengahari pula, kak rokie mendapat Special Luncheon bersama ramai lagi Achievers yang lain..
 
Pentas seluas 80 kaki yang cantik dihias bertemakan 50 years Mary Kay Anniversary..

Red Jacket University (RJU) Graduation

Special Luncheon Achievers.. bergambar bersama SNSD Pam dan Off-Springs

Bergambar bersama SNSD Pam dan suami beliau, Chad

Saat gembira berposing sakan bersama Off-Springs dan Beaute' Butterflies..Keakraban kami jelas kelihatan melalui gambar-gambar berikut..




Selepas Seminar, kami sempat mengadakan "debrief session" bersama MK sisters yang lain dan sempat berposing beramai-ramai..

Ni antara Gifts, Awards dan Recognitions yang kak rokie dapat semasa Pam Area Awards Nite dan Seminar 2013.. Alhamdulillah usaha yang sangat berbaloi..
   




 
 
Alhamdulillah.. kesyukuran yang mampu saya panjatkan kehadrat Ilahi di atas kurniaan ini..
Impian saya untuk Seminar 2014 ini, adalah untuk membantu lebih ramai wanita-wanita lain untuk berjaya dan mengubah kehidupan mereka dengan lebih baik. Sekiranya anda semua ingin menjadi sebahagian dari famili saya di Mary Kay, marilah bersama saya menyertai bidang yang sangat menarik ini, Saya akan melatih dan memberi bimbingan sehingga anda berjaya mencapai impian anda..
 
Hubungi saya di talian 019-3525405 atau email di rokie.mk@gmail.com ya..
 
Jangan takut atau segan ya.. mungkin langkah anda ini bakal mengubah kehidupan anda sekeluarga.. InshaaAllah kita sama-sama berusaha ya..