Showing posts with label Testimonial. Show all posts
Showing posts with label Testimonial. Show all posts

Sunday, November 11, 2018

MARY KAY SKIN ANALYSER

Mary Kay Skin Analyser ini sangat kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Berupaya 50x zoom camera lens.

Skin Analyser ini akan menentukan jenis kulit, keanjalan / elasticity kulit, kelembapan dan minyak, pori-pori, sensitivity kulit dan juga menentukan tona kulit.

Gambar-gambar berikut adalah antara keputusan yang telah akak perolehi. Berdasarkan report ini, akak boleh suggest produk yang sesuai untuk mengatasi segala permasalahan kulit anda.

Kepada yang nak analisis kulit, boleh hubungi kak rokie ya. Anda akan dapat test kulit dan sesi rundingan secara percuma sahaja.

Jom cantik!




RAHSIA AWET MUDA ?

47 tahun????
Biar betul ðŸ˜²
Ini adalah antara respons yang biasa akak terima bila akak beritahu umur akak.
Rahsia awet muda akak? 
Sudah tentu TimeWise Repair dari Mary Kay ini, Memang sangat membantu.
Dua produk di bawah ini antara yang akak sukaaaaaaa sangat.
1. TimeWise Revealing Radiance Facial Peel melakukan deep exfoliating, menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan garis halus dan kedutan.
2. TimeWise Repair Lifting Serum pula menegangkan dan menganjalkan kulit.

Dan jangan lupa pakai TimeWise Repair Deep Wrinkle Filler sekali. Sangat membantu untuk mengurangkan kedutan.
Jangan biarkan kulit kita dimamah usia ya..

"Its never too late to rescue skin from the damage of the past"

Untuk info lanjut dan tempahan, hubungi Kak Rokie ya.


Thursday, July 23, 2015

AWET MUDA - APA ITU PENUAAN DALAMAN DAN LUARAN?

Assalam semua
Kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang penting disini. Tahukah anda bahawa penuaan berlaku disebabkan oleh 2 faktor utama iaitu faktor Penuaan Dalaman dan Penuaan Luaran.

Penuaan Dalaman disebabkan oleh faktor genetik dan juga proses penuaan semuajadi iaitu peningkatan usia kita.

Penuaan Luaran disebabkan oleh faktor persekitaran iaitu gaya hidup yang kurang sihat seperti terdedah kepada cahaya matahari yang merbahaya, pencemaran, pemakanan, ekspresi wajah, hormon, stress (tekanan), kurang tidur, pengambilan kafein dan alkohol, merokok dan tiada penjagaan yang sempurna.

Tahukah anda berapa peratusan faktor LUARAN dan faktor DALAMAN yang boleh menyumbang kepada penuaan kulit?

80% penuaan disebabkan oleh faktor LUARAN iaitu persekitaran dan gaya hidup.
20% sahaja penuaan disebabkan oleh faktor DALAMAN iaitu genetik/usia.

Cuba tengok gambar berikut. Ianya adalah testimoni wajah saya sendiri. Perbezaan 7 tahun peningkatan usia. Saya mula mengenali Mary Kay pada usia 37 tahun dan sekarang usia saya telah meningkat kepada 44 tahun. Walaupun usia meningkat, tapi wajah kelihatan lebih muda dari sebelumnya. Anda boleh menilainya sendirikan?


Saya sudi berkongsi tips kecantikan untuk mendapatkan wajah awet muda. Kita boleh set temujanji untuk saya ke tempat anda atau anda ke tempat saya. Hubungi saya untuk perundingan PERCUMA.

Jom bertindaklah dari sekarang. Jangan tua sebelum waktunya ya.

Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay

Sunday, June 14, 2015

SET PENJAGAAN SEMASA MENUNAIKAN IBADAH UMRAH

Assalam semua
Sebagai Perunding Kecantikan, sudah tentu saya perlu menjaga kulit wajah saya walau dimana sahaja berada. Dengan cuaca di Madinah hampir 50c, begitu juga di Mekah, tidak mungkin saya boleh ambil mudah tentang penjagaan kulit. Saya langsung tidak bermekap selama 2 minggu. Tetapi penjagaan kulit wajah saya titik beratkan. 

Saya berada selama 6 hari di Madinah. Masuk hari ke-2, bibir saya mula menggelupas dan sangat pedih. Alhamdulillah,,tidak sampai berdarah kerana setiap hari saya menyapunya dengan Mary Kay Satin Lips Lip Balm. Masuk hari ke-4 bibir saya dah pulih sepenuhnya.


Untuk penjagaan kulit wajah pula, walaupun saya pengguna set MelaCEP Whitening System, tapi apabila saya ke sana, saya hanya membawa set Botanical Effects Formula 1 untuk kulit kering, Untuk mengekalkan kulit saya terus hidrat, saya menggunakan Intense Moisturising Cream, TW Night Solution dan TW Moisturing Gel Mask yang disapu setiap malam. Untuk siang hari, saya menggunakan TW Day Solution SPF35 untuk memberi perlindungan kepada sinaran UV yang sangat terik.

Ni antara set penjagaan kulit wajah saya sepanjang berada di Madinah dan Mekah.




Selain daripada itu, saya menggunakan Creme-to-Powder untuk perlindungan kulit dari habuk dan kotoran, Sapuannya sangat ringkas dan mudah.



Untuk penjagaan tangan supaya tidak kering, saya hanya membawa Satin Hands Peach Cream.

Syukur.. kulit saya kekal hidrat walaupun di bawah cuaca yang sangat panas. TQ Mary Kay kerana produk yang memang terbaik.

Muka berkerut-kerut sebab cuaca yang memang panas terik

Sekiranya anda memerlukan perundingan dari saya, boleh hubungi saya pada bila-bila masa ya. Saya sedia membantu.

Rokie (019-3525405)


Thursday, March 12, 2015

PRODUK MANA PILIHAN ANDA? PRODUK YANG SELAMAT ATAU MERBAHAYA?

Assalam semua
Pertama sekali, saya minta maaf ya. Bukan bermaksud untuk mengaibkan mana-mana produk tetapi ini adalah maklumat yang sahih. Saya ambil dari portal government (\\portal.bpfk.gov.my). Dan saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan semua tentang bahayanya produk pemutihan dan pengelupasan. 






Sekiranya kesan penggunaan produk itu sangat cepat iaitu seawal 1-2 minggu, ini bermakna produk tersebut mempunyai bahan kimia yang merbahaya seperti RAKSA, MERCURY, HIDROQUINON dan sebagainya. Bahan-bahan ini adalah merbahaya jika digunakan berpanjangan kerana ianya boleh menipiskan lapisan epidermis kulit kita. Sedangkan kitaran normal kulit memerlukan masa lebih kurang 4 minggu untuk diperbaharui. 

Dari pengalaman saya sendiri yang telah berkecimpung hampir 7 tahun sebagai Perunding Kecantikan, saya temui ramai pengguna produk ini. Kebanyakan kulit mereka menjadi rosak setelah memakainya selama beberapa bulan. Kulit menjadi kemerah-merahan, berjerawat, pedih, sensitif dan macam-macam lagi. Alhamdulillah telah ramai saya bantu untuk mereka mendapatkan kulit yang lebih sihat semula melalui proses rawatan secara semulajadi.


Syukur.. saya merasa satu kepuasan apabila dapat menyedarkan ramai orang betapa pentingnya pemilihan produk yang selamat untuk dipakai dan juga dapat membantu orang lain mendapatkan kulit lebih sihat dan cantik. Kerana objektif kita untuk kulit sepatutnya SIHAT bukan PUTIH ya.

Fikirkanlah.. Bertukarlah sebelum terlambat.
Sekiranya anda perlukan perundingan percuma daripada saya, boleh hubungi saya bila-bila masa ya.

Rokie (019-3525405)
Perunding Kecantikan Mary Kay

Sunday, November 9, 2014

TESTIMONI TERBARU KAK ROKIE - 10 NOVEMBER 2014

Assalam semua
Hari ini kak rokie ingin berkongsi testimoni wajah terkini kak rokie sendiri.


(Boleh klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)

.


Kak rokie mula mengenali Mary Kay pada bulan Oct 2008. Pada ketika itu, usia dah meningkat ke 37 tahun. Sebelum ini, kak rokie banyak menggunakan produk-produk tempatan yang mempunyai bahan-bahan pemutih dan pengelupasan. Juga antara produk-produk yang mempunyai bahan-bahan kimia yang merbahaya seperti raksa, merkuri dan hidrokinon.

Bila umur semakin meningkat dan kulit semakin menipis, barulah nampak kesan ke atas pemakaian produk-produk tersebut. Masalah kulit kak rokie ialah sangat kering hingga menggelupas. Kulit kelihatan sangat kusam dan tak bermaya. Jeragat mula berleluasa di kedua belah pipi. Masalah mata memang sangat ketara.

Syukur dipertemukan dengan Mary Kay. Walaupun agak lewat di usia 37 tahun, baru timbul kesedaran tentang penjagaan kulit dan produk-produk selamat yang harus dititikberatkan..tetapi memang masih belum terlambat. Kulit kak rokie di rawat dengan baik dengan produk Mary Kay. Hasil pemakaian yang konsisten dan berdisiplin, perubahan demi perubahan yang positif kak rokie miliki dengan produk ini. Alhamdulillah, setelah 6 tahun menggunakan produk Mary Kay, kulit kelihatan semakin sihat dan awet muda.. walaupun usia semakin meningkat.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk Mary Kay? Hubungi kak rokie ya.. kak rokie sedia berkongsi dengan anda semua.. 019-3525405..


Sunday, December 29, 2013

TESTIMONI KAK ROKIE - 29 DEC 2013

Assalam semua..

Agak lama juga kak rokie tak buat testimoni wajah sendiri. Hari ini, 29 Dec 2013, kak rokie ambil beberapa keping gambar, tanpa guna efek Camera 360 atau Wondercam, Kak rokie hanya guna camera biasa iaitu camera Samsung Note 2. Memang kelihatan terlalu banyak perbezaan setelah 5 tahun guna produk Mary Kay. Jom kita tengok..

(Klik pada gambar untuk imej lebih jelas)


2008 - 37 tahun
Masa ni kak rokie belum pakai Mary Kay. Kerana banyak sangat guna produk pengelupasan dan pemutih, kulit kak rokie semakin nipis dan sensitif, sangat kering (pernah satu ketika sampai mengelupas), kusam dan berjeragat.. pipi kendur selari dengan usia..


2013 - 42 tahun
Setelah 5 tahun setia dengan produk Mary Kay, kulit kak rokie semakin sihat, anjal dan berseri-seri (glowing). Semakin cerah. Kebanyakan yang baru pertama kali jumpa kak rokie, terkejut apabila mengetahui usia sebenar kak rokie. Rata-rata meneka umur kak rokie 10 tahun lebih muda.. 

Alhamdulillah.. memang terbukti berkesan. Produk Mary Kay memang produk yang sangat hebat..

Antara set yang kak rokie guna sekarang adalah
1. MelaCEP Whitening System - untuk masalah jeragat
2. TimeWise Plus Day and Night Treatment - untuk anti-penuaan

Setiap malam, kak rokie guna Timewise Moisture Renewing Gel Mask untuk kulit sentiasa hidrat.
Supplement lain seperti Timewise Replenishing Serum C.

Teringin mencuba? Hubungi kak rokie ya. Kak rokie sedia membantu dan berkongsi tips untuk anda mendapatkan kulit yang sihat. Percubaan adalah PERCUMA sahaja..

Kepada yang tinggal di kawasan Lembah Klang, kita boleh set temujanji untuk mengadakan Skin Care Class. Di dalam Skin Care Class tersebut, kak rokie akan analyse kulit anda dahulu dan tentukan set mana yang sesuai untuk anda cuba. Anda juga akan belajar cara-cara untuk menggunakan set tersebut dengan membuat facial di wajah sendiri..

Kepada yang berada di negeri-negeri lain, jangan risau sebab kak rokie juga bergerak serata Malaysia dan kak rokie juga mempunyai ramai rangkaian Beauty Consultants seluruh Malaysia. Kita boleh menjalinkan perhubungan secara online dahulu. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

1. SMS / Whatsapp kak rokie di talian 019-3525405 dan menyatakan anda berminat untuk mencuba produk Mary Kay.

2. Berikan kak rokie beberapa maklumat seperti berikut:
    a) Nama, lokasi dan umur anda
    b) Jenis kulit (kering/normal/kombinasi/berminyak) - beritahu apa yang anda tahu
    c) Masalah kulit (jerawat/jeragat/kusam/sensitif/etc)
    d) Produk Skin Care yang pernah dan sedang anda guna
    e) Gambar closeup bahagian wajah sahaja

Dengan ada maklumat-maklumat berikut, kak rokie akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah kulit anda ya..

Salam sayang..
K Rokie..

Tuesday, July 23, 2013

TESTIMONIAL - NADIA

Assalam semua
Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang wanita muda yang sangat hebat ini.. Beliau adalah Nadiatul Syahirah yang juga merupakan off-spring saya yang ke-3.

Saya mengenali Nadia pada tahun 2011 di mana pada masa itu beliau mempunyai masalah jerawat yang agak teruk. Beliau yang baru berusia 22 tahun pada ketika itu telah menggunakan pelbagai produk tempatan yang mempunyai pengelupasan. Kesan dari penggunaan produk tersebut, kulit beliau yang sebelum ini licin, tiba-tiba ditumbuhi jerawat yang sangat banyak. Nadia ketika itu berada di Penang dan masih belajar lagi dan saya pula di Kuala Lumpur. Kami memulakan perkenalan jarak jauh dahulu dan apabila saya mengadakan Bengkel Kecantikan di Juru, AutoCity, Penang, saya berpeluang untuk mengenali Nadia dengan lebih dekat.
 
Saya telah mencadangkan Set Botanical untuk Nadia mencuba dahulu. Alhamdulillah selepas beberapa bulan menggunakan set ini, kulit wajah Nadia semakin pulih. Berikut adalah gambar perubahan kulit wajah beliau (Kredit ke atas Nadia di atas testimony ini).
 
(Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
 
 
Selepas 6 bulan menggunakan Mary Kay dan setelah lihat sendiri perubahan pada wajah beliau, telah cukup untuk membuka hati Nadia untuk menyertai Mary Kay. Walaupun saya berada jauh dengan Nadia tapi di atas semangat beliau yang kuat, beliau telah berjaya menjadi Future Sales Director di dalam masa beberapa bulan sahaja.
 
Pada tahun 2012, Nadia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di kampus UiTM Shah Alam. Saya terus membimbing beliau sehinggalah beliau menjadi Sales Director di Mary Kay pada bulan Februari 2013.
 
Apa yang saya lihat di dalam diri beliau ialah:-
 
1) Walaupun usia beliau masih muda tetapi beliau mempunyai semangat dan matlamat yang tinggi. Seorang wanita muda yang mempunyai wawasan yang tinggi dan mempunyai kematangan fikiran.
 
2) Sikap tidak pernah berputus asa. Beliau tidak menjadikan sebarang kesusahan sebagai halangan untuk beliau terus melangkah. Walaupun jarak kami agak jauh dan beliau tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak tapi beliau tetap meneruskan setiap cabaran sehingga Berjaya mencapainya.
 
3) Good Follower - seorang yang menurut kata. Amat mudah untuk saya memimpin beliau kerana sikap positif beliau ini.
 
Dan banyak lagi factor lain yang menyumbang kepada kejayaan beliau.. Alhamdulillah.. saya merasa bangga sangat melihat kejayaan beliau. Saya yakin beliau akan terus terbang tinggi di dalam bidang ini..
 
Berikut adalah gambar-gambar beliau sepanjang bersama Mary Kay..
 
 
Majlis Debut Nadia sebagai Sales Director yang baru di Mary Kay

 
 
Hubungan kami rapat seperti adik beradik
 

 
Sama tak wajah kami?

 
 
Semasa menghadiri Sales Director Retreat di Lone Pine Hotel, Penang pada Februari 2013 yang lepas..bersama 2 off-springs saya yang lain.. SD Nieza, SD Jumie dan SD Nadia..
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, July 22, 2013

WAJAH-WAJAH TERBARU KAK ROKIE

Assalam semua
Ini adalah wajah-wajah terbaru kak rokie.. memang ramai yang tidak percaya apabila mengetahui umur kak rookie dah masuk 4 series.. Alhamdulillah..

TQ Mary Kay kerana menjadikan kulit sy lbh sihat dan awet muda..
TQ Allah di atas kurniaanMu..

Sekiranya ada yang teringin mencuba dan mendapat rundingan peribadi secara percuma dari kak rokie, jangan malu-malu untuk hubungi kak rokie ya.. akak sudi untuk berkongsi tips kecantikan dengan anda semua..


Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas..
 

Tuesday, July 16, 2013

JOM SET APPOINTMENT DENGAN KAK ROKIE

Assalam semua..
Kak rokie ada juga terima sms/whatsapp yang bertanya begini "Kak rokie ada jual produk juga ker?". Ya sudah tentu. Mungkin ada yang membaca blog kak rokie, hanya perasan yang kak rokie banyak berkongsi tentang peluang kerjaya dan keseronokan menjadi Perunding Kecantikan Mary Kay.
 
Sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay, sudah tentu kak rokie mengadakan kelas-kelas penjagaan kulit wajah dan bengkel-bengkel untuk anda mencuba dahulu produk sebelum menjualnya.
 
Kak rokie melakukan kerjaya Mary Kay ini secara sepenuh masa. Sekiranya anda semua ingin mencuba produk, boleh hubungi kak rokie bila-bila masa. Kelas-kelas ini kak rokie adakan secara PERCUMA sahaja. Apa yang perlu anda lakukan:-
 
1) SMS / WHATSAPP kak rokie bila-bila masa untuk menyatakan anda berminat mengenai produk ini di talian 019-3525405 dan nyatakan lokasi anda.
 
a) Sekiranya anda berada di Lembah Klang terutama area Kuala Lumpur, Kajang, Cheras, Balakong, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Petaling Jaya, Bangsar, Shah Alam, Kota Damansara, memang mudah untuk kak rokie set temujanji kerana kak rokie selalu berada di kawasan tersebut.
 
b) Sekiranya anda berada di negeri-negeri lain, kita boleh memulakan perkenalan/perhubungan jarak jauh dahulu. Sekiranya kak rokie berpeluang ke tempat anda, kak rokie akan menjemput anda untuk menghadiri kelas kak rokie. Kak rokie boleh juga rujuk anda kepada Beauty Consultants (BC) yang lain kerana kak rokie mempunyai ramai rangkaian BC di seluruh Malaysia.
 
2) Sekiranya anda ingin menjemput kak rokie mengadakan bengkel-bengkel kecantikan di tempat anda (rumah, pejabat, persatuan, kolej/university, dsbginya), sila maklumkan bengkel yang bagaimana anda perlukan. Kak rokie mengadakan grooming class untuk Teknik Penjagaan Kulit Wajah, Make-Up, Imej dan Penampilan Diri dan banyak lagi yang berkaitan kecantikan wanita.
 
 
Dan kak rokie nak berkongsi testimonial terbaru kak rokie.. gambar ini diambil 2 hari yang lepas (14 Jul 2013). Inilah antara rahsia kak rokie untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.. TimeWise Replenishing Serum C ini memang sangat hebat. Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenainya, hubungilah kak rokie ya..
 
Jika ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai produk Mary Kay, layarilah website ini..
 
 
 
 
 

Tuesday, April 23, 2013

INGIN CANTIK BERSAMA MARY KAY?

Berikut adalah antara wajah-wajah yang telah menghadiri Skin Care Class dan mendapat belaian istimewa dari saya. Sekiranya anda juga ingin cantik seperti mereka, hubungi Kak Rokie 019-3525405 untuk set temujanji ya.. Saya memberikan rundingan dan percubaan secara PERCUMA sahaja..
 




 
 

TESTIMONIAL - MARY KAY TW LIQUID FOUNDATION


Untuk testimoni kali ini, saya ingin membuat perbandingan di antara foundation Mary Kay dengan foundation dari jenama lain.
 
Gambar di sebelah KIRI:
Fodelene memakai foundation jenis 2-way cake. Tujuan beliau adalah untuk menutup jerawat yang sedia ada. Keburukan memakai foundation 2-way cake adalah ia membuatkan pori-pori tersumbat dan tidak dapat bernafas dengan baik. Juga kelihatan kulit Fodelene sangat kering dan warna foundation tidak serasi dan sekata dengan kulit beliau.
 
Gambar di sebelah KANAN:
Selepas wajah Fodelene dicuci dengan set penjagaan wajah Mary Kay Botanical Effects dan disapu dengan TimeWise Liquid Foundation, wajah beliau kelihatan lebih lembab dan warna foundation sangat sekata dengan kulit beliau. Beliau sangat berpuashati. Semestinya foundation Mary Kay is one of best selling items. sangat ringan dan membenarkan pori-pori anda bernafas..
 
Terbaik dari Mary Kay!!!
 
Sekiranya anda ingin mencuba, hubungi saya 019-3525405 untuk set temujanji pada bila-bila masa ya..
 
(Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
 
Mary Kay TimeWise Liquid Foundation
 
 
Wajah Fodelene sebelum dan selepas make-over..
 —

Monday, March 18, 2013

MARY KAY MENGUBAH PENAMPILANKU..

As-salam semua
OK kak rokie nak tunjuk satu lagi testimoni terbaru kak rokie..

Baru-baru nih, anak bujang kak rokie yang berusia 9 tahun tuh asyik menyelak album lama kak rokie.. dan ni salah satu gambar yang kak rokie nak kongsi..

Gambar pada tahun 2005, ketika itu usia kak rokie 34 tahun. Masih bekerja di salah sebuah Bank.. Anak kak rokie, Nabil baru aja berusia dalam setahun.. Sejak kahwin dan dah ada anak, kak rokie memang kurang sikit jaga penampilan. Sibuk kendong anak ke sana ke mari.. Gambar ini pun diambil semasa kami dalam perjalanan nak menghadiri kenduri kahwin di rumah saudara..
 
3 tahun kemudian kak rokie kenal dengan Mary Kay. Dan gambar yang sebelah tuh adalah gambar terbaru kak rokie. Alhamdulillah.. dah 4 tahun kak rokie berkecimpung di dalam dunia Mary Kay.. Mary Kay benar-benar telah mengubah segalanya..
 
Sekiranya anda semua ingin menjadi Perunding Kecantikan seperti kak rokie, jom sertai team kak rokie. Kak rokie akan membimbing anda semua. Mary Kay bukan sahaja boleh mengubah penampilan dan membuatkan kita semakin cantik dari hari ke hari, malahan mengubah kehidupan kita keseluruhannya..
 
Hubungi kak rokie ya.. jangan segan silu..
 
 
(Klik gambar di bawah untuk imej yang lebih jelas)
 
 
 
 

Wednesday, March 6, 2013

RAHSIA AWET MUDA KAMI

 
OK apa yang anda semua rasa bila orang meneka umur anda lebih dari usia sebenar? Mesti rasa sedih dan hilang keyakinan diri kan.. Sebenarnya, perempuan nih kalau bab umur memang agak sensitif.. semua nak nampak awet muda kan.. Alhamdulillah.. sejak bersama Mary Kay nih, kak rokie selalu dapat diskaun umur 10 tahun.. pada pendapat akak, nak awet muda, bukan bergantung 100% pada produk sahaja, sebaliknya lifestyle kita adalah salah satu faktor utama.. sejak kak rokie dah tak bekerja di ofis nih, tekanan dah kurang.. masa lebih terurus.. kerja sebagai Beauty Consultant Mary Kay sangat enjoy.. hidup rasa lebih ceria dan happy selalu.. so, itulah yg membuatkan kami semakin hari semakin awet muda.. terimakasih Mary Kay... Nak awet muda mcm kami juga? Jom bersama kak rokie melangkah ke dunia Mary Kay yang indah ini.. akak sudi berkongsi dgn anda semua..
 
Ni gambar kak rokie dan nadia.. nampak kami mcm tak jauh beza umur?
 
Actually nadia baru berumur 24 tahun dan sangat comel.. wajah beliau macam budak2 sekolah aja kan..
 
Dan kak rokie dah hampir 42 tahun.. 18 tahun beza umur kami.. dah kira pangkat anak dan emak kan..
 
 

Monday, November 5, 2012

TESTIMONIAL TERKINI KAK ROKIE


Alhamdulillah memang banyak perubahannya.. Sekiranya anda ingin tips kecantikan luaran dan dalaman dan juga ketrampilan diri, saya bersedia menjadi Perunding Kecantikan anda.. jangan segan silu hubungi kak rokie ya.. 019-3525405..
 
 
Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas..
 
 


Monday, October 22, 2012

TESTIMONI TIMEWISE REGENA-FIRM INTENSIVE SERUM

Bila saya perhatikan gambar-gambar saya yang terbaru, baru saya perasan ada perubahan di wajah saya.. Cuba lihat di sini..



(Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
 



Gambar yang pertama di ambil pada 15 September 2012 yang lalu. Dan gambar yang kedua (tengah) diambil pada 15 Oktober 2012. Saya pakai Timewise Regena-Intensive Serum bermula pada 17 September 2012. Kurang dari 4 minggu penggunaan, sudah nampak perbezaan dagu yang semakin meruncing. Jelas ketara "V" shape.. Woww.. produk ini memang sangat hebat.. Tak perlu melalui suntikan botox.. sapu sahaja pada keseluruhan wajah setiap hari.. Bayangkan kalau dah pakai beberapa bulan, sudah tentu perbezaannya lebih ketara kan
 
Ingin mencuba? Hubungi kak rokie untuk maklumat lanjut ya.. 01903525405..
 
 

TESTIMONIAL - SATIN LIPS LIP MASK

Berikut adalah salah seorang customer saya yang mencuba Satin Lips Lip Mask. Beliau mengalami masalah bibir kering mengelupas dan lebam. Beliah mencuba Lip Mask di bibir bahagian bawah sahaja. Selepas beberapa minit menggunakan Lip Mask ini, nampak perbezaan yang sangat ketara antara bibir atas dan bawah. Hasil yang sungguh menakjubkan.
 
Satin Lips Lip Mask adalah salah satu produk yang mendapat Beauty Awards di dalam Her World Magazine. Memang produk ini sangat hebat. Kalau nak cuba, hubungi kak rokie ya..
 
 (Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
 
 

Thursday, August 23, 2012

TESTIMONIAL TERBARU KAK ROKIE

Memiliki kulit yang sihat adalah idaman setiap wanita. Tanpa perlu solekan yang tebal, kita masih mampu kelihatan cantik dan berseri. Alhamdulillah.. setelah hampir 4 tahun setia bersama Mary Kay, inilah perbezaannya. Tanpa perlu menjalani apa-apa suntikan dan juga facial yang menyakitkan.. inilah hasilnya.. jawapannya hanya MARY KAY.. sekiranya anda belum mencuba dan teringin mencuba produk ini, jom bersama kak rokie, sesi membelai diri pada 31 Aug ini atau boleh hubungi kak rokie untuk set temujanji pada bila-bila masa.. percubaan adalah PERCUMA shj.. Hubungi/sms kak rokie untuk maklumat lanjut ya..019-3525405..
 
Klik pada gambar di bawah untuk gambar yang lebih jelas..
 


Gambar di sebelah kiri (atas), adalah gambar sebelum guna Mary Kay. Kulit wajah sebenar tanpa secalit make-up.

Gambar di sebelah kiri (bawah), juga gambar sebelum guna Mary Kay. Hanya menggunakan solekan yang nipis. Tapi kulit masih kelihatan kusam tidak bermaya. Kerana kulit yang agak kering, membuatkan bedak yang dipakai, kelihatan tidak sebati dengan kulit.

Gambar di sebelah kanan, adalah gambar terbaru kak rokie semasa Hari Raya. Di ambil pada 22 Ogos 2012 dengan menggunakan Samsung Tab camera sahaja. Hanya dengan solekan yang agak nipis, mampu membuatkan wajah kelihatan berseri. Sangat berpuashati..


Thursday, August 9, 2012

TESTIMONIAL - NIEZA

Ini adalah testimonial dari salah seorang pelanggan saya.
Kulit wajah Nieza sebelum mengenali Mary Kay
- Not glowing, sangat kusam, masalah jerawat dan parut jerawat, tona tak sekata.
Selepas lebih 3 bulan guna Mary Kay,
- Kulit Nieza sangat glowing. Kawan2 baik di pejabat pun perasan akan perubahan ini, apatah lagi suami Nieza. She's so happy.. Sekarang, tanpa make-up pun, Nieza sudah berani keluar rumah. Alhamdulillah..

Nieza bermula dengan set Botanical dan sekarang perlahan-lahan bertukar ke set miracle anti-ageing Timewise. InsyaAllah, kalau Nieza teruskan pemakaian secara konsisten, sudah tentu beliau akan mendapat kulit yang lebih cantik dan sihat nanti..

Terimakasih Nieza kerana sudi berkongsi.. Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi kak rokie (019-3525405). Sy sudi berkongsi dan bersedia menjadi Perunding Kecantikan anda..

Monday, July 23, 2012

MARY KAY TELAH MENGUBAHKU..


Terlalu banyak perubahan yang berlaku selepas berkecimpung di dalam dunia Mary Kay ini. Selain daripada kehidupan yang semakin baik, penampilan juga semakin berubah, bertambah anggun dan kelihatan lebih muda dari usia (bercakap dengan penuh yakin nih.. hehe.. Alhamdulillah)

Gambar "Dulu" tu adalah semasa umur 37 tahun, sebelum mengenali Mary Kay. Memang tak pandai make-up, cuma tahu pakai bedak compact, eye liner dan lipstick sahaja. Tapi bergaya jugalah dengan tudung Ariani masa tuh. Kulit wajah tak berapa cantik, kusam, kering dan berjeragat dan masalah eye bag tuh mmg musuh utama saya sejak dahulu lagi. Mata saya sangat sensitif.. Dan pipi juga tak berapa tegang dah masa nih.. sesuailah dengan usia 37 tahun masa tuh..

Dan gambar "Sekarang", baru sahaja di ambil pada 15 Julai 2012.. Walaupun usia dah menjangkau 41 tahun, tapi kelihatan kulit semakin halus, licin dan tegang. Pipi pun semakin "cembung".. lalu menampakkan wajahku semakin muda...hehe..Gaya tudung pun dah berubah.. dari Ariani beralih arah pula ke tudung Fareeda Nyata Jelita.. bukan setakat dah pandai bersolek, malahan dah boleh anjurkan Make-Up Class..  mmg berbezanya saya Dulu dan Sekarang.. yang pasti, perubahan yang positif.. semakin berusia semakin nampak muda.. Alhamdulillah...

Pada saya, semua makhluk Allah tuh cantik.. yang penting, cara kita menjaganya.. kalau kita pandai menjaganya, eloklah dia.. samalah macam kita jaga harta kita yang lain.. Sekiranya anda semua inginkan perubahan yang baik seperti ini, bolehlah hubungi kak Rokie (019-3525405). Saya sedia berkongsi tips kecantikan ini dengan anda semua..