Tiba-tiba rasa nak berkongsi I-Story saya yang terbaru..
Sebelum kenal Mary Kay, kak rokie hanyalah insan biasa sahaja. Bukanlah orang senang. Dan orang yang sangat simple. Selepas tamat pengajian di salah sebuah Universiti Tempatan pada usia 21 tahun, kak rokie terus mencari pekerjaan untuk menampung keluarga. Bila usia meningkat ke 26 tahun, barulah kak rokie berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana. Itupun secara part time sahaja. Selama berbelas-belas tahun bekerja di Bank, gaji yang dapat setiap bulan hanya sekadar cukup untuk perbelanjaan bulanan. Kak rokie banyak menjalankan pelbagai business kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan harian. Hinggalah pada penghujung tahun 2008, kak rokie diperkenalkan dengan Mary Kay. Tujuan asal kak rokie jadi Beauty Consultant adalah untuk kegunaan sendiri sahaja. Pada ketika itu, kulit wajah dah semakin kusam, kering dan berjeragat. Tapi tanpa disedari, kak rokie semakin aktif menjalankan perniagaan ini.
Selama 3 tahun setengah kak rokie menjalankan perniagaan Mary Kay secara sambilan. Dan akhirnya, setelah hampir 20 tahun bekerja di Bank, kak rokie mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja dan hingga kini (March 2013), hampir 10 bulan kak rokie menjalankan perniagaan Mary Kay secara fulltime.
Kak rokie merasakan kehidupan lebih sempurna dan bermakna. Masa lebih terurus malahan hubungan dengan keluarga semakin rapat. Terima kasih Mary Kay kerana memberi sinar di dalam hidupku. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cerita kak rokie nih, kita boleh jumpa dan sembang-sembang ya..
Dan sekarang, tugas kak rokie adalah untuk membantu wanita lain untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Gambar di bawah adalah di antara wanita-wanita yang telah berjaya kak rokie bimbing dan mereka pun telahpun bergelar Sales Director sekarang ini..Alhamdulillah..
Mary Kay terlalu indah buat saya.. menyempurnakan saya dari hari ke hari..
Sekiranya anda juga ingin mengubah kehidupan anda, kenapa tidak ingin merebut peluang ini? Hubungi saya.. saya sudi berkongsi dan membimbing anda untuk berjaya seperti mereka..
Gambar ini diambil semasa kami menghadiri Directors Retreat di Lone Pine Hotel, Batu Feringgi, Penang. Dinner pada malam itu, bertemakan HELLO AFRICA.. Aummmm...
Hubungan kami sangat akrab melebihi hubungan adik beradik..
No comments:
Post a Comment