Assalam semua
Alhamdulillah,, hari ini saya dapat meluangkan masa untuk memasukkan entri di blog ini. Seperti biasa, setiap tahun, bulan September adalah bulan yang paling dinanti-nanti. Kerana pada bulan ini, Event yang terbesar di Mary Kay akan berlangsung. Kami akan sibuk dengan persediaan dan juga aktiviti yang sangat padat. Walaupun telah lebih sebulan Mary Kay Seminar 2015 berlalu, tetapi bahangnya masih terasa hingga ke hari ini. Semangat yang ditiupkan selama kami berSeminar telah menjadi pendorong yang kuat untuk kami terus melangkah menggapai impian di Mary Kay.
Sebelum Seminar, ada banyak aktiviti yang telah dirancangkan. Sempena kedatangan National yang kami sayangi iaitu SNSD Pam Fortenberry-Slate, kami memang seboleh-bolehnya ingin memaksimakan sepenuhnya masa untuk beraktivit bersama beliau.
Pada hari Rabu, 16 September 2015, seawal 10am, kami telah mengadakan Special Training bersama SNSD Pam, Yang layak hadir adalah Beauty Consultants yang telah berjaya mencapai cabaran yang telah ditetapkan.
Sebelum Training, kami berselfie dahulu. Perhati di belakang kami, begitu ramai yang hadir untuk mendapatkan ilmu dari National kami yang hebat.
Dua orang unit saya yang telah berjaya mencapai cabaran untuk hadir ke Special Training ini. Tahniah Syaza dan Fara. Mereka sangat gembira kerana dapat bergambar dengan SNSD Pam. Aura Pam memang sangat hebat.
Seterusnya pada pukul 2pm, kami mengadakan Guest Event untuk berkongsi peluang kerjaya kepada semua tetamu yang hadir. Lebih 100 tetamu yang telah hadir. Seramai 50 orang tetamu telah membuat keputusan untuk menyertai Mary Kay pada hari itu. Wow.. memang amat memberangsangkan.
Pam telah berkongsi tentang perjalanan kerjaya beliau di Mary Kay sehingga meniti kejayaan.
Antara unit Beaute' Butterfly yang telah hadir ke Guest Event
Pada hari Khamis, 17 September 2015 pula, kami mengadakan Awards Nite untuk semua yang bernaung di bawah Pam Area. Seramai lebih 200 Beauty Consultants dan Sales Directors telah menghadiri Awards Nite ini dengan bertemakan UNSTOPPABLE. Semua berpakaian serba hijau pada malam tersebut . Tujuan Awards Nite ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan semua Sales Directors dan Beauty Consultants yang telah berusaha selama setahun untuk mencapainya. Ianya telah diadakan di Bukit Kiara Equetrian Resort dan bermula pada pukul 8pm.
Dewan yang telah dihias cantik
Sebahagian dari unit Beaute' Butterfly yang hadir pada malam itu
Alhamdulillah.. saya dinobatkan sebagai Queen of Sales 2015 (Directors category)
Dan banyak lagi penganugerahan yang diterima hingga saya sendiri pun dah lupa yang mana.. hihi
Pada hari Jumaat, 18 September 2015, hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Bermulanya Mary Kay Seminar pada tahun ini. Saya kongsikan beberapa keping gambar sepanjang Seminar pada hari Jumaat.
Sales Director suit kami telah bertukar kepada warna biru tahun ini.
Jom saya kongsikan banyak lagi gambar-gambar di sepanjang Seminar 2015.
Pentas yang dihias cantik
My inspirations.. NSD in the making.. mudah-mudahan.. InshaaAllah
2 National Sales Directors yang saya kagumi
Special Luncheon bersama En Hubby.. salah satu pencapaian di Mary Kay
Bersama sebilangan unit Beaute' Butterfly yang hadir. Memang sakan berposing.
Bersama Directors dari Butterfly Future Area
Sesi "Debriefing" selepas selesai Seminar. Kami menetapkan matlamat untuk Seminar akan datang
Dan gambar-gambar berikut adalah di malam Awards Nite iaitu malam penganugerahan cincin-cincin berlian. Tema untuk area Pam Fortenberry Slate tahun ini adalah R.E.D, Memang semua nampak anggun dan cantik pada malam tuh.
Pendamping setia.. hihi
Bersama Butterfly Future Area.. cantik kan semua?
Sepanjang "On-Stage Recognition"
Kenangan yang paling manis, apabila sekali lagi saya mendapat kedudukan TOP 3 tapi kali ini untuk kategori COURT OF PERSONAL SALES pula. Sebelum ini, saya pernah mencapai 3 kali kedudukan TOP 3 untuk kategori COURT OF SHARING. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi di atas rezeki ini. Dan terimakasih kepada semua yang menyokong saya selama ini. Saya sayang anda semua.
TOP 3 Court of Personal Sales
Menanti saat-saat diumumkan sebagai 2nd Runner Up, 1st Runner Up dan Queen of Personal Sales.
Alhamdulillah.. walaupun saya berada di tempat ke-3, itu sudah cukup bermakna bagi saya kerana persaingan memang terlalu sengit. Syukur.
Alhamdulillah.. cincin berlian saya yang ke 15 dan ke 16. Terimakasih Mary Kay
Semoga perkongsian saya ini dapat memberi inspirasi pada anda semua. Sememangnya Mary Kay adalah kerjaya terbaik untuk seorang wanita. Saya bersyukur kerana mengenali Mary Kay.
Sekiranya anda suka dengan apa yang saya lakukan ini, dan ingin menjadi sebahagian dari unit Beaute Butterfly, sudah tentu saya mengalu-alukan kedatangan anda semua. Jangan segan silu untuk bertanya dan hubungi saya ya..
Rokie
Mary Kay Independent Senior Sales Director